Thursday, December 06, 2012

Malaysia Technical Cooperation Programme [MTCP] - Part 2

Assalamualaikum semua...

Jumpa lagi..kali ni nak cite pasal MTCP Program yang baru saja berakhir Selasa lepas 4 Dec 2012.
Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang telah dirancang. Walaupun pelbagai dugaan yang kami terima dan tapi dengan kerjasama semua, segalanya dapat diatasi.

MTCP programme kali ni adalah yang paling sweet buat aku. Bermula daripada preparation untuk menjelang program hinggalah pada hari berlangsungnya program ni. Aku stay di Hotel Crowne Plaza Mutiara bermula hari Sabtu 25 Nov 2012 sebagai persediaan untuk hari program berlangsung iaitu Ahad 26 Nov 2012. 

Alhamdulillah, peserta kali ni semua ok2 belaka dan sangat peramah, rajin senyum dan buat aku sendiri tak rasa gentar nak berbual dengan dorang. Sepanjang dorang stay di Malaysia setiap peserta diberi elaun harian sebanyak RM85. So, untuk 10 hari diMalaysia mereka dapat RM850. Wow..ok tu. Leh cover buat shopping. Best

Pada opening program di hotel Ahad lepas, mereka turut diajar asas Bahasa Melayu seperti warna, sebutan, nombor, tarikh, dll. Disebabkan bahasa Melayu sememangnya mudah difahami dan dipelajari, sekejap je dorang dah boleh menyebut beberapa ayat dan perkataan Melayu and it makes us proud too.

Sepanjang program MTCP berlangsung, aktiviti peserta memang padat dengan pelbagai program yang pada aku balance untuk mereka. Ada classroom session, visits, dan untungnya mereka kali ni ialah MTCP dijalankan in-conjunction with INTRADE Malaysia, so mereka turut diberi kesempatan untuk menyaksikan Opening Ceremony INTRADE Malaysia. Besides, they also brought to see how MATRADE organised International Business Meeting (IBM). So they can get an overview on how Malaysia attract buyers to do business in Malaysia.

Selain tu, pada hari Sabtu lepas 1 Dec 2012, para peserta turut dibawa ke Homestay Sg Haji Dorani untuk cultural trip. Haaa part yang ni aku paling suka. Kenapa? Sebab time ni la kita nak kenalkan dorang dengan true culture Malaysia. So, kami bertolak dari hotel dalam pukul 8 am ke Sg Hj Dorani yang mengambil masa dalam 2 jam.

Together with the participants, kami berkesempatan untuk merasai kehidupan sebenar duduk dikampung yang betul dikawasan sawah padi. Bukan tu saja, kami turut diberi peluang untuk bermain layang-layang dan menggagau ikan. *akan dishare dalam part 3.

Selesai semua aktiviti kami pun berangkat pulang ke KL kerana seorang peserta harus pulang ke Nigeria atas urusan rasmi.

Malam Sabtu tu, sempat la jugak bawa 3 peserta iaitu Alisher, Marwa dan Fatma ke Uptown Danau Kota. Mulanya aku dan lula nak jenjalan bersama tapi dah alang2 terserempak ngan dorang ni kitorang ajak la skali. Sekali, hambek kau...Ali shopping sakan kat situ dan paling best sebab dia jadi pakar untuk tawar menawar. Hebat sungguh. 

Hari Ahad, kitorang teman peserta ni pergi shopping area Low Yatt, Sg Wang, dan Jalan TAR ( Cik Huda je gi). Ada yang nak beli iron, laptop, Quran dan macam2.

Hari Isnin, mereka ada forum lagi dan petang tu visit ke Northport. Dan Selasa 4 Dec 2012 adalah penutup program. Dan Selasa jugalah hari yang paling aku rasa darah kering sangat. Disebabkan CD untuk participants xsiap2 sebab gambar xcukup abis collect, aku dan Ridzuan rasa nak mati burn CD dalam waktu terdesak. Time tu aku rasa perut dah senak dan darah aku rendah kot. Abis pening dari pagi membawa ke petang. 

Alhamdulillah, walaupun haru biru dan agak kelam kabut kitorang dari pagi..dan walaupun ada kesilapan teknikal pada video untuk participants, nasib sebelahi kami. Segalanya selesai juga. Nasib BIG J kata ok. 
Lepas setel je wrap up session tu, aku terus tarik nafas panjang2 sebab program dah abis. Walau sedih dan terharu bila tengok balik gambar2 participants ni, tapi aku tetap bangga dengan usaha dan kerjasama semua yang menjayakan program ni.


Malam tu, kitorang semua dinner kat Seri Melayu. Masa tengah jalan tu aku rasa sayu dalam hati sebab dorang semua dah nak balik ke negara masing2.

Aku takkan lupakan kenangan MTCP 2012 ni sebab ni adalah yang paling bermakna buat aku. Thanks to Pn Anisah dan Cik Huda yang banyak bagi aku tunjuk ajar dan semangat time2 aku tengah kritikal dan stress. Hehehehe....

Pada Lula, Kak Aida, Abg  Adan, Abg Azham..korang memang team yang best sepanjang kat hotel. Seronok spend time makan2 kat Planter's Inn. 


Feel Free To View

No comments:

Post a Comment

My friend say: