Wednesday, November 21, 2012

Al Fatihah Untuk Arwah Pakcik Abas Bin Bidi

Assalamualaikum w.b.t.

Diharap kalian semua sihat hendaknya.

Daripada Allah kita datang dan kepada Dia juga kita kembali. Itu rangkap kata yang mampu aku ucapkan saat ini bila mengenang pemergian arwah Pakcik yang aku sayangi, Abas bin Bidi. Arwah pakcik adalah abang kepada mak aku, Halihah binti Bidi. Pakcik meninggal awal pagi tadi didalam perjalanan ke Hospital Sg Buloh akibat serangan jantung. Sangat mengejutkan kerana hari Sabtu lepas, mak aku baru je pergi menziarah pakcikku itu dan arwah kelihatan agak sihat dan ceria.

Mengimbas kembali beberapa minggu sebelum itu, pakcik dimasukkan ke Hospital Sg Buloh kerana sakit dikakinya akibat daripada diabetes. Lebih kurang seminggu arwah kena tahan diwad. Walaubagaimanapun, kerana kakinya beransur pulih, arwah dibenarkan pulang. 

Kisahnya arwah xmahu pulang ke rumahnya di Kelantan kerana ingin memudahkan adik beradiknya (mak dan makcik2 aku) untuk menziarahinya. Alhamdulillah, arwah pakcik punya anak2 yang sangat baik dan patuh kepada parents. Arwah pakcik duduk dirumah Kak Long Rina. Maka dengan itu memudahkan mak aku untuk menziarahi pakcik.

Baru sabtu lepas, mak ziarah pakcik dan mak bagitau aku yang pakcik dah makin sihat dan sudah mampu untuk makan sendiri dan ambil wuduk sendiri. Alhamdulillah, itu kata benak hatiku. Aku tak dapat ikut mak ziarah pakcik kerana menunggu kedatangan kakak aku dan anaknya. So, mak cuma pergi dengan kaknyah.

Walaubagaimanapun, pagi tadi semasa aku sedang sibuk bekerja, tetibe tergerak hati untuk check message di handphone. Sesuatu yang jarang aku buat kalo diopis. Kebiasaannya bila dah message mak yang aku dah sampai ofis, handphone tu hanya akan dibelek bila dah tengahari. So, masa check handphone, ada misscalled daripada mak. Hmm..hairan. So, aku call mak untuk tanya kenapa. 

Suara mak menangis dah memang buat aku rasa ada tak kena. "Nim, pakcik dah takde nim. Pakcik meninggal pagi tadi nim" itu yang mak cakap. Aku tergamam seketika dan terus rasa menggigil satu badan. Ya Allah, pakcik dah takde. Dalam fikiran aku masa tu satu je, aku nak pergi tengok arwah buat kali terakhir. 

Selepas dapat kebenaran keluar pejabat daripada bos aku, aku terus bergerak ke Hospital Sg Buloh. OK...biasa la kan, bila kita nak cepat dan dalam keadaan terdesak, macam2 dugaan datang untuk uji kesabaran. Aku yang first time nak drive sendiri ke Hospital Sg Buloh ni sesat barat tah mana2 sampai sikit lagi nak masuk simpang ke Kuala Selangor. K, itu dah uji kesabaran *tepuk dahi salahkan diri sendiri sebab buta jalan. Elok aku pusing balik, sampai kat hospital, parking susah nak cari.

Hari dah panas terik ni. Aku parking keta tah kat mana2..sekali jalan cari tempat forensik sume tak jumpe. Aku masuk keta drive keluar parking sebab ingat salah masuk kawasan. K, itu lagi sekali dah uji aku..K Fine..bila keluar lagi sekali aku masuk jalan tah mana2 punya jalan tapi aku u-turn kat mana tah masuk balik hospital. Dah 2 kali ni masuk kawasan parking yang sama. So, aku amik keputusan keluar balik hospital tu pastu gi cari kawasan parking pelawat dekat dengan lobi. 

Elok aku masuk kawasan lobi tu, kakak call bagitau kat kawasan KECEMASAN!. K, FINE!!!! Aku dah rasa cam ilang sabar gak ni sebab aku dah masuk kawasan tu untuk kali ke-3 baru aku tau yang jenazah pakcik kat jabatan forensik dan tempat tu aku dah lalu sebanyak 3 KALI! K FINE LAGI LA....

Cari parking tak jumpa2 sudahnya aku naik kat parking atas bukit. Jalan kaki bawah matahari terik tu ke jabatan forensik. Alhamdulillah sampai juga. 

Masa aku sampai, jenazah pakcik sedang dimandikan. Yang sambut kedatangan aku, mak, kembar dan kaknyah ialah husband Kak Long, Abg Kamil. Sempat bertanya punca kematian pakcik. Rupanya akibat serangan jantung. 

Sesudah dimandikan, arwah pakcik dikapankan. Ini ialah pengalaman ke-3 aku tengok jenazah dikapankan seumur hidup aku. Pertama arwah Yob Aziz, kedua arwah Abah aku sendiri dan ketiga arwah Pakcik Abas. Ya Allah, hanya titisan air mata yang mengalir tak henti2 ni temankan kesedihan aku. Walau pakcik bukan abah, tapi kasih sayang pakcik kepada kami sekeluarga memang tak dapat dinafikan.

Selesai dikafan dan disembahyangkan, menunggu saudara mara untuk sampai dan menatap arwah buat kali terakhir. Alhamdulillah, semua sempat menziarah dan menatap arwah buat kali terakhirnya. Arwah pakcik akan dibawa pulang ke Kelantan untuk disemadikan disana. 

Ya Allah, aku tak mampu menahan kesedihan melihat mak aku yang menangis kerana terlalu sedih kehilangan abang kesayangannya. Arwah pakcik memang seorang abang yang sangat bertanggungjawab. Kalo ikut cerita mak, daripada mak kecil lagi pakcik memang sangat manjakan mak. Ye la, adik bongsu la katakan. Pakcik jaga mak, tanggung segala belanja sekolah mak sampai sanggup kawin lambat demi nak besarkan adiknya ni. Dan sehingga la mak dah dewasa dan kawin, pakcik masih lagi amik berat akan mak. 

Aku sendiri bila tengok cara pakcik cakap dengan mak pun boleh nampak sayangnya pakcik aku ni pada mak. Aku bersyukur punya pakcik yang penyayang macam ni. 

Tatkala aku menulis ni, mungkin jenazah dah sampai diKelantan atau mungkin hampir sampai. Doaku semoga segala urusan pengebumian berjalan dengan lancar. Semoga arwah pakcik ditempatkan dikalangan para solehin. AL FATIHAH
Gambar terakhir pakcik yang kembar aku rakamkan buat kenangan. Masa ni arwah telah seminggu berada diwad. Keadaan kaki pun beransur pulih. Tak sangka hari tu merupakan kali terakhir aku melihat pakcik. 
Baju dan kain terakhir yang arwah pakcik pakai sebelum menghembuskan nafas terakhir

3 comments:

  1. al-Fatihah, semoga Allah swt melimpahkan rahmat hidayah kepada arwah,
    takziah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Rafique. Pakcik saya ni semasa hidupnya sgt penyayang. Memang agak terkejut bila dia pergi secepat ni

    ReplyDelete

My friend say: