Sunday, October 28, 2012

World Walking Day Nestle 2012

Salam you alls...hehehe. Sihat tak?

Dah berapa hari xupdate ni.

Hmm, hari ni nak update sal World Walking Day Nestle 2012 yang telah berlansung pada hari ni 28 Oktober 2012 di Putrajaya. Aku pun join sama program ni. Oleh sebab jalan kaki je, so memang excited sangat nak join. Dari hari Sabtu lagi aku dah training kaki ni berlari berjalan supaya hari ni xde la sengal sangat kaki ni nak jalan 5,000 langkah.WOW

Pukul 5am aku dah terjaga, excited punya pasalkan. Tapi lepak2 dulu atas katil sampai pukul 5.30am baru mandi dan after setel solat subuh, aku siap2 nak keluar umah dah. Tepat 6.30am lepas siap cucuk insulin mak, aku drive ke tempat event tu. Sampai je tengok dah ramai peserta yang sampai. Lepas parking keta, aku terus je ke meja pendaftaran untuk claim t-shirt WWD tu. Punya la ramai orang..tapi nasib baik kaunter claim kupon dan t-shirt berbeza, so takde la lama sangat aku beratur.

Ok, lepas dapat baju aku terus salin dan lepas tu terus ke tapak permulaan. Tengah jalan2, terserempak dengan member ofis, Kak Noreen dan keluarganya. Gambar Kak Noreen xsempat nak amik, tapi dapat snap gambar anak bongsu Kak Noreen, adik Rahman yang sangat comel ni. Time ni Rahman tengah busy dengan belon.

Acara bermula tepat pukul 8am. Tapi sebelum ada acara senamrobik untuk regangan badan. Sekali dia menari tariang Bangra daaa...terkial2 aku nak ikut tarian tu..haruslah lintang pukangkan. Hehehe...last2 tangan gerak kaki kaku je. Apa benda aku buat pun aku xtau.

WWD 2012 ni serentak dengan 6 buah negeri seluruh Malaysia yang turut berlangsung juga. Di Putrajaya ada lebih 6,000 peserta yang join dan aku salah seorang daripada beribu yang sertai program ni. Sebaik acara bermula, ada juga yang try berjogging..eh, ni jalan kaki la.yang kau jogging tu nak buat apa.

Aku jalan kaki dengan Kak Noreen and family. Awal2 jalan tu sempat berborak dengan mak Kak Noreen cite2 sal eksesais kaki. Best juga tapi bila dah capai 1,000 langkah, makcik nak stop sebab penat katanya. So, aku continue jalan dengan Kak Noreen dan anak sulungnya Luqman. Tapi sampai 2,000 langkah Kak Noreen terpaksa stop atasa sebab2 tertentu. So, aku continue la jalan kaki seorang diri. Bila dah jalan sorang2 ni mula la langkah tu laju semacam dek kena kejar hantu kan.

Yeay!!!! Aku dah capai 3,000 langkah..wow..tak sangka kejap je dah 3,000 langkah.
Fuh, lagi bersemangat aku nak sampai 4,000 langkah. Eceh...sempat la juga aku snap gambar2 sekitar acara jalan kaki ni. Macam2 gaya dan ragam ada tapi yang paling aku respect bila ada kanak2 yang turut ikut serta program ni. Ada kecik cam umur 3-4 tahun pun jalan juga. Hebat mu dik... :) Kagum acik. 


Sedar xsedar dah 4,000 langkah..WOW! ini sudah bagus...sikit lagi je nak 5,000. Aku rasa makin excited ni. Berkobar nak abiskan jalan kaki  ni. Dah tetibe je aku tengok dah 5,000 langkah...oh sungguh laju aku jalan. 
Tapi ni belum sampai penamat lagi ni. Tapi aku bangga dengan diri sendiri sebab mampu abiskan jalan kaki 5,000 langkah ni. Lepas ni kalo 10,000 langkah aku nak join plak. YEahhh.


Sebaik sampai penamat, aku terus je gi kat crew Nestle sebab nak amik air mineral. Hauuuussss sangat. Lepas teguk air mineral, gi beratur nak amik milo plak. Sedapnya milo..*lama xminum. Nyesal plak amik 1 cawan je..orang sume pakat2 amik 2 cawan sorang.

OK, semasa program ni berlangsung, turut diadakan jualan produk Nestle seperti, minuman Bliss, Cereal. Sempat juga aku sambar Nestle Fitness 2kotak sebab murah giler RM23 2 kotak. Bukan kotak kecik tau. Pastu aku beli juga school pack Koko Crunch untuk anak buah aku. 
Acara cabutan bertuah pun turut ada tapi xde luck nak menangkan..tengok je la orang amik hadiah tu. 
Aku balik rumah dalam pukul 10.30 dengan hati excited nak update blog..bukan apa bila dah lama2 aku jadi malas nak update. Kang buang masa je amik gambar kan.

OK. kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat aku snap semasa acara jalan kaki tu. Jumpa lagi di next entry..tata
 Feel free to view:

No comments:

Post a Comment

My friend say: