Wednesday, October 31, 2012

Persiapan Kursus Induksi Khusus MITI & Agensi 2012

Salam semua...sihat?


Kali ni entri tentang kerja pulak. Memandangkan aku bekerja di unit latihan, so kerja berkaitan latihan MATRADE officials ni memang xkan lepas dari hidup aku. Event paling latest yang unit aku organised baru2 ini ialah Kursus Induksi Khusus MITI & Agensi 2012. Biasalah, kalo dah namanya penjawat awam kan, kursus induksi ni memang wajib sebagai salah satu syarat untuk disahkan dalam perkhidmatan.


Kursus berlangsung daripada 30 Oktober hingga 01 November 2012 melibatkan peserta daripada MATRADE, MIDA & MPC tapi MATRADE yang organise kursus ni. Kursus 3 hari tapi preparation memang berhari2 dan makan masa berminggu juga sebab banyak yang perlu diuruskan. So, after budget approved by management, tiba masanya untuk prepare kit dan keperluan kursus. 


Baru balik raya haji, Isnin dah sangat busy sebab nak prepare segala keperluan kursus. Mana dengan tag peserta, table tag, kit kursus, senarai kedatangan peserta dan lain2. Memang sangat banyak yang perlu kitorang prepare. 

Sejak dari pukul 8am aku dah prepare segalanya. Time ni la benda ni xde benda tu xcukup la. Macam2 hal. Time tengah busy ni juga la ada benda lain nak kena setel lagi. Huh.....memang berpeluh juga aku pepagi buta tu. Mana taknya, kursus start hari Selasa. Pagi2 pkl 7.30am dorang dah kena bertolak ke Cheringin Hills tu.


Aku pulak buat sorang sebab partner aku si Ridzuan tu pun bakal peserta. Dia pun busy nak siapkan kerja2 hakiki yang memang banyak tu. Xdapat nak tolong sangat. Sikit2 lama2 jadi bukit kan. Alhamdulillah, semuany setel dan siap pada pukul 6pm. HUHHHHHH...LEGA.. *tarik nafas dalam2 sambil sengeh tengok kotak yang dah penuh dengan barang2 kursus.

Selasa, 30 Oktober 2012, semua peserta bergerak ke Cheringin dalam pkl 8am lebih kurang la. Walaupun ada beberapa hal yang xdapat dielakkan, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku tengok budak2 yang gi kursus ni pun cam bahagia je update sal induksi. Maksudnya memang best la kursus tu kali ni.

OKAY....nak chow dulu..next entri nak cite sal makanan korea yang aku beli kat Publika.
TATA\

Feel free to view

No comments:

Post a Comment

My friend say: