Saturday, October 20, 2012

Larian Maksak Putrajaya 2012

Salam semua...

Malam2 ni baru dapat online sebab siang hari merayap teman mak gi shopping tudung Fareeda dan beli kain untuk baju kurung anak buah tersayag, Cik Aisyah Mastura. 

Semalam aku cakap nak update sal Larian Maksakkan? Sebab malam ni kan ada Putrajaya Night Marathon. Hehehe

So, pada 13 Oktober lepas, aku join larian Maksak ni bersama-sama dengan beberapa orang opis. Punya la excited nak lari sampai malam jumaat tu aku tido giler punya awal. *Bangganya diri sebab tido..rasa baik dah ni.

Aku bangun dalam pukul 5.30 pagi. Dah mandi dan lepas solat subuh, aku pun bersiap2 dengan baju t-shirt dan track suit untuk larian. Siap punya awal sebab katanya register pukul 7 pagi. Tapi sebelum tu aku kena amik member opis, Ridzuan kat ERL station sebab dia datang dari KL. Dah siap, aku message Wan nak tau dia dah ada kat mana.. sekali aku dapat message yang dia masih ada di stesen KTM Segambut. Laaa!! Pitam!. Apa ke lambatnya..tapi bukan salah Ridzuan la sebab dia ada kat stesen tu seawal pkl 5.45 am kot tapi tren xsampai sehingga pukul 6.30 am. Apa ke jadah punya lambat tren KTM tu? Melambatkan orang je. Maka, Wan suruh aku gi je dulu dan dia akan naik teksi bila sampai kt ERL nanti.

So, aku keluar rumah dalam pukul 6.45 sebab takut xde parking. Nasib umah aku ni dekat je ngan Palace of Justice tu. So xde la rushing sangat kan... Aku parking keta kat JPN tapi time tu dah mendung sangat. Aku dah dapat rasa cam lari dalam ujan je. Elok je kuar keta aku terus call Kak Aida nak tau mana orang MATRADE berkumpul. Tapi time jalan nk ke parking keta Kak Aida tu sempat juga mata ni usha peserta2 lain yang dah dok berlari. Ooooo..sangat hebat mereka..siap berlatih lari. Aku? Hampeh je...hahaha. Regangan pun takdak.

Sesampai je genge larian..kitorang nak gi kat tempat mula larian sebab ada senamrobik. Pastu larian dimulakan dengan lepasan untuk peserta lelaki. Time tu si Ridzuan baru nak sampai dan yang paling BEST sekali sebab jersi larian dan no bib ada kt dalam keta Kak Aida..so camane nak lari?

Nak jadi cerita, Kak Aida berusaha juga untuk bolehkan Wan join larian. Dia pun tanya la samada boleh walk-in register ke tidak. Yang buat dia jadi hangin satu badan tu bila sekretariat Maksak ni xpaham bahasa..asyik kata xboleh2..padahal dah explain sume sebab pun xfaham2. Bila dah ngamuk baru la nak bagi lari..padahal no bib tu banyak je lagi. Baru kecut perut tengok Kak Aida marah..hahahaha

Maka Wan pun join kitorang lari 8km..kira kategori wanita la Wan join...takpe...janji berbaloi datang. Tapi yang xbley blah bila tengah lari sekali Kak Alin, orang opis yang join sekali larian ni baru sampai call aku bagitau dia baru sampai. Alamak Kak...dah xleh register da..maka Kak Alin pun lepak je la kt tempat sekretariat tu.nak buat camane kan.

Time lari memang best la sebab aku yang xlaju ni dapat la juga abiskan 4km larian sebelum tukar larian kepada jalan kaki. Sebab dah xlarat..hahaha.. Nasib ada Kak Aida dan Wan yang bagi semangat nak abiskan larian ni. Wahahaha...teruk betul aku ni. 

Abis je larian, kitorang duk lepak2 dulu nak rehatkan kaki. Ala..baru je feeling rehat sikit2 ujan pun trun. Terus lari masuk khemah Maksak tu. Tapi xpe la..ujan tu kan rahmat. Yang bestnya sebab Kak Aida dan Wan Najib dapat hadiah sebab menang. Best..ada jugak wakil MATRADE yang dapat hadiah kan. HEhehehe


Larian ni best cuma satu je yang xbest..sebab organiser xsediakan refreshment untuk peserta. Kelaparan kitorang lepas makan. Kesian tau...dah la ujan. Nak gi kat keta pun kena lari. Adooooiii.

Dalam pukul 11 tu juga kitorang lari2 anak dalam ujan gi kat keta terus gerak gi Presint Diplomatik nak breakfast. Pekena pulak roti telur banjir. Sikit punya sedap sebab kelaparan dan makan time ujan..perghhhh memang feeling abis. Alhamdulillah..kenyang la jugak. ehehe. Dalam pukul 12 kitorang gerak pulang ke rumah masing2 sementara Wan Najib pulak ada Nike Run kat AKLEH. 

Pengalaman yang best walaupun ada suka dan duka..eceh. *konon. Kat bawah ni ada beberapa keping gambar yang aku dan kawan snap masa larian tu. Enjoy the photos..
Muka Kak Aida yang gembira bila dapat hadiah
Posing ngan hadiah orang pun jadik la kan
Sempat posing time tengah lari
Peace Yo!
Giler skem muka Wan....
Adeh..bile nak abis lari ni..baru 1km?
Feel free to view



No comments:

Post a Comment

My friend say: