Friday, October 19, 2012

BUSY busy BuSy


Salam semua.

Dah 2 hari xupdate blog sebab terlalu busy dan letih bila dah sampai rumah. Azam nak idupkan blog personal dan Super Junior tetap diteruskan demi nak cambah idea menulis. *Konon la.

Hari ni hari Jumaat bersamaan dengan 19 Oktober 2012 adalah merupakan hari yang sangat busy dan agak menyakitkan hati juga la diwaktu pagi. Kisahnya ada sorang manusia ni konon nak tunjuk hebat dan yang sorang lagi konon nak tunjuk sangat yang dirinya very out spoken telah menyusahkan unit aku.
Hey, kau diva sangat ke sampai rasa besar sangat diri tu. Umur baru setahun jagung ada hati nak tunjuk belang ya. Kalo la aku ni jenis yang kurang ajar, mau je aku panggil budak tu dan bagi sedas lempang kat mulut dia yang very out spoken xtentu pasal tu.

Aku yang tengah busy menyiapkan booklet MTCP tu terus jadi ilang mood dan rasa geram sepanjang pagi sebab sikap very unprofessional budak tu dan yang sorang lagi tu pulak sememangnya la slalu membuatkan aku rasa nyampah sebab suka sangat tunjuk kuasa dia. Pleaselah ya, xyah nak tunjuk kuasa sangat la sedangkan BIG boss pun xcakap pape..kau yang lebih2 apahal?

Ok..sudah2 Anim...sila redakan marah tu. 

Ok..next story..plan tengah hari ni aku ingat g IKEA sebab nak cari frame gambar untuk projek Malaysian ELF tapi terus tergendala sebab keja yang sangat banyak membuatkan aku xdapat nak keluar. So, terpaksalah lepak je kat opis tambahan pulak ujan yang tersangat la lebatnya sampai berterbangan daun2, dahan2 pokok dan banner INTRADE yang ada kat lobi West Wing pun jatuh terkulai kot.

So, lepas lunch kat Traders Cafe maka kerja pun bersambung balik. Wah, aku rasa cam budak baik giler sebab time rehat hari Jumaat aku ada kat opis terus je buat keje. Wakaka..nasib officer2 aku Kak Alin n Cik Huda dan bos aku Pn Anisah pun sume skali buat keje time rehat.

Macam2 nak kena siap hari ni, MTCP Booklet, Training Point Branch & Overseas Office, Re-print MTCP Booklet dll tapi last2 xsiap gak sebab time constraint. Aku pulak tepat pukul 5pm terus kemas beg dan berambus balik sebab dah xlarat. Mungkin sebab dah tua kot. Heheheh

Ok la..dah xtau nak cite apa..so, ini je la pengalaman idup untuk hari Jumaat ni. Walau apa pun aku tetap bersyukur sebab dalam kesibukan bekerja masih ada insan yang boleh buat aku tersenyum dan orang semestinya Mak aku la kan. :)

OK...esok plan nak update gambar larian Maksak Putrajaya..last week punya event. Harap menjadi. Oh, esok ada jemputan kenduri akikah anak En. Haris, baby Ummar yang kiut miut cam mak dia.

BYe bye


No comments:

Post a Comment

My friend say: