Wednesday, October 17, 2012

Beauty or Ugly?

Salam korang..

Tengok tajuk kat atas tu...
Actually, yesterday during lunch hour, aku sembang sambil makan2 ngan officer unit aku, Kak Alin. Kitorang sedang mengenang kisah2 lama zaman belajar dulu. Tetibe je masuk bab cantik ke tak.
Mula la kitorang kenangkan muka zaman student. Kak Alin penuh semangat cerita pasal mamat yang minat dan menaruh hati kat dia. Memang kelakar giler cite Kak Alin.
Sampai aku rasa nak pecah perut gelak dengar cerita Kak Alin. Bak kata Kak Alin, "Ye la, aku kan jenis kampung2..xpandai nak melawa." Kekeke.

Pastu aku pun mula la buka cerita tentang diriku yang dihina kerana rupaku yang buruk. Peristiwa tu berlaku masa aku baru je melangkah masuk sekolah menengah. Huh...memang pedih kot ayat2 budak2 yang hina aku tu. Macam2 kata dorang lempat kat aku. Buruk, busuk , tak cantik n macam2 la ayat. Kalo aku jenis sentap, mau aku lari 5 km keluar dari sekolah kot. Tapi ye la kan...aku ni memang sedar diri la yang aku ni memang jenis yang biasa2 aje..xcantik pun.

Tapi yang buat aku tergelak tu, yang cakap aku buruk tu sebenarnya lebih kurang je ngan aku. Muka dorang bukan le jenis atau tergolong dalam kategori hensem pun. Muka masing2 kalo orang mulut laser dorang cakap jenis muka pecah rumah. Hahahaha..

Disebabkan time tu aku masih lagi budak, xreti nak control emosi, maka aku pun benci giler ar ngan budak2 tu. Sumpah aku xkan kawan ngan dorang dan memang sampai aku dah besar dewasa ni la aku memang langsung xkawan ngan bebudak tu. Bukan sebab dendam pun, cuma memang aku rasa xperlu kot nak berkawan dengan orang yang macam tu. Kalo berkawan sebab muka, apa ada kan? Kita nak berkawan ni kena tengok sikap dan hati dia dulu. hehehehe

Bila dah besar ni kan, bila ingat kenangan lama memang buat aku sendiri gelak dan aku sebenarnya xmalu pun nak cerita tentang pengalaman aku kena hina tu sebab aku rasa itu sume asam garam dalam hidup. Lagipun itu kan time zaman sekolah..kang xde pulak kenangan pahit.heheh

Moral of the story, korang jangan nak hina2 orang cantik ke tak cantik ke...sebab kecantikan seseorang itu bukan letak pada muka semata2 tapi lebih kepada hatinya. Kalo muka cantik, hensem tapi perangai buruk xde guna gak. Last2 buat diri kena maki ngan orang je kan. Ingat la ye, cantik/hensem itu very subjective.

Ni ada quotes untuk sama2 kita renungkan;
Beauty is only skin deep. If you go after someone just because she's beautiful but don't have anything to talk about, it's going to get boring fast. You want to look beyond the surface and see if you can have fun or if you have anything in common with this person.
Amanda Peet

No comments:

Post a Comment

My friend say:

Nuff Ads