Sunday, June 10, 2012

Tempahan Pertama Business Kecil Kecilanku (Sila komen kalau suka)

Salam Semua,

Entri lepas ada share tentang aku baru nak mulakan business kecil kecilan dengan member ofis.
OK...kat bawah ni adalah tempahan pertama yang aku berjaya siapkan. Spirit pad case. Spirit Pad ni ala2 tab kanak-kanak la. Sebagai galakan untuk aku buat business ni, kakak sulung aku tempah kat aku untuk siapkan sarung tab Aisyah. 
Mulanya agak fenin la camne nak buat ya..maklumla kalo brooch tu ok la lagi nak buatkan. Ni sarung kot..haha..dengan material ada yang xcukup. Maka struggle juga la aku nak siapkan tempahan kakak aku ni. 
Tambahan pulak aku ni busy kat ofis., kat umah pun busy gak. Hmm, bila nak siap? Dengan Aisyah asyik bertanya bila nak siap..adoiii.. 
Xpe, take it as challenge, aku pun terus mulakan acara mengukur tab and menggunting kain felt yang aku dah beli awal2 ahad lepas. 
Ingatkan senang la nak buat, rupanya...hamik ko.. Terus demam aku..buat lawak tol.. Orang lain kerja teruk lagi daripada aku pun x sampai demam.
Nak jadikan cite, disebabkan material untuk decoration casing ni xcukup, maka semalam (Sabtu), aku dan kaknyah gi kedai jahit kat Serdang. Dapatlah juga aku sambar 8 warna kain felt saiz A4.
Malam tu lepas balik daripada celebrate birthday mak, terus je aku start siapkan segalanya demi anak buah tersayang la katakan.
Dari pukul 11p.m. membawa ke 2 a.m. aku design kereta, bintang sume bagai. Lukis sendiri kot, ikut bentuk kat dalam internet.
Penat giler aku dengan demam yang xsurut2, aku gagahkan juga la nak siapkan benda ni.
Sampai pukul 3.30 am, mak bangun daripada tidur sebab tengok lampu kat living hall terang, terus je mak tanya "Anim xngantuk ke, dah nak pukul 4 am ni. Kang lambat bangun pulak". Over confident aku jawab, "Anim letih sangat sampai xboleh tido mak. Mak jangan risau ya."
Pastukan, terus je mak duduk kat sofa temankan aku yang bajet khusyuk sangat la kononnya menjahit.
Dalam 1/2 jam mak masuk bilik tidur balik maka tinggallah aku sorang2 balik.
Ginilah rupanya aku tengah menjahit sarung tab ni. Sedar xsedar tetibe je dengar azan Subuh. Alamak...dah nak pukul 6 pagi rupanya. So, aku pun terus cakap kat diri, "Kang kalo ngantuk sangat tidur je la kejap." Makanya, aku pun fokus pada jahit sampai la dalam pkl 8.30 aku tidur jap sampai pkl 10 lebih. 
Hmm, bangun je terus sambung sampai la pkl 5 baru siap. Wah.... LEGANYA AKU!!!!!
So, kat bawah ni la hasilnya segala titik peluh(?!) demam batuk selesema aku.
Harapnya Aisyah suka la..cuma aku dalam dilema nak letak harga berapa sebab ni first time aku buat. So xtau nak letak harga berapa. Ada cadangan? Sila komen jika anda rasa saya ada bakat nk buat craft felt ni. 

OK...nak promote skit. Kalau ada sesiapa yang nak buat tempahan apa2 craft daripada felt bolehla email ke  feelthefeltcraft@gmail.com atau boleh visit http://feelthefeltcraft.blogspot.com untuk tengok sample produk tapi Oppss!!, blog tu masih belum banyak gambar sample produk lagi.
*Sila komen kalau ada apa2 cadangan atau pandangan

No comments:

Post a Comment

My friend say: