Wednesday, May 02, 2012

Memori April 2012

Salam and 안녕하세요!!! ^^

Mesti la adakan perkataan Korea sepatah tu kan. Haha

Well, lamanya update blog ni. Almaklumla busy tersangat la sangat. Ye, saya busy sampai tiada masa nk online internet apatah lagi nk update blog. Fanblog pun dah naik sawang lelabah. Alahai, kesian.

Selamat menyambut hari buruh kepada mereka-mereka yang dah bekerja atau pun bakal bekerja.
Hari pertama bekerja dibulan Mei..harus la purple kan

Ok...jom sharing caring jap fasal memori April. HUH.....keluh dulu..sangat penat dan letih dan lesu. Memang sangat lesu April ni. Kenapa? Sebab sangat banyak kerja sampai kena datang opis hari Sabtu. Alasan? sebab kena siapkan buku-buku servis yang berlambak tu la..lepas tu kena siapkan e-training card lagi, audit lagi..bla bla....OK STOP..xmau cerita pasal kerja.
Dengan Madihah..menunggu masa nak makan je ni

OK...last month ada e-pop 1st fanmeet di Sg Wang Plaza. Saya pergi juga la dengan kembar tersayang, Ain dan member2 Azi dan Elys. Hmm..pergi punya la excited bagai sekali bila sampai, mak aiii..ramainya orang dah tentu2 la kan..paling xbest bila MC tu asyik cakap Mandarin je..yg saya faham ada la sepatah dua itu pun experience ramai kawan Cina time sekolah dulu kan.
Opps..tergedik jap walau dengan ad board siwon je pun


Dah la xtau apa nak kena buat, bila tengok orang beratur sempat juga tanya kenapa beratur..rupanya nak redeem gift epop tapi kena ada epop mag chinese edition la. Kami mana la ada kan lagipun dalam epop Facebook xde pulak bagitau. Hmm...kami pun buat keputusan yang xberapa nak cerdik la pergi cari kedai buku dalam Sg Wang tu..naik tingkat 1, orang kedai kata tingkat 2 ada kedai buku. Naik tingkat 2 orang kedai kata tingkat 3..makanya mula la naik angin sikitkan..dah la penat kan. 

So, kembar kata..xyah cari magazine tu..full stop. Maka kami pun decide sekadar nk tengok2 je MV yang dorang tayang.

Tapi dah memang rezeki kot..sekali boleh beratur walau xde magazine tu.. Maka dipendekkan cerita. Dapatla kami free gift tu walaupun kena beli ikut harga majalah.Hahah..Ok la kan..
At least dapat gak lepas rindu kat Elys yang dah lama xjumpa.. Azi pulak 1st time jumpa..
Ni la Azi....1st time jumpa


OK...Cite lain plak.. Last week bersempena ngan kenaikan gaji kakitangan awam, maka kami meraikan dengan jamuan unit. En. Faizalkhan yang sememangnya murah hati tu belanja makan pagi, Nasi Lemak Kak Ton..Kak Ida n Kak Ina pun sponsor jajan dan air oren twister. Kak Aida pulak paling best sbb belanja Secret Recipe, Kek Chocolate Indulgence sebiji.. wowowow.. meriah gitu. 
Birthday women..hahhaa

Kak Alin n Madi..steady je nak tunggu makan
Maka kami pun makan la dengan xkiranya sampai kenyang sangat2. Jamuan tu pun utk bid farewell Abg Azmal sbb dia nk CTG 3bln plus En. Nazri a.k.a. Papa Naz a.k.a. Papa Ayi.. dapat 1st baby.
Big Boss..sampaikan hadiah kepada Papa Naz a.k.a. Papa Ayi
Sehari sebelum tu pulak ada Jamuan BKP..maka acara makan2 memang meriah sangat last week. Rasanya hilang kot control diet saya. Xpe, janji makan best.
Bersama kakakku.. Kak Alin Poy..hahaha
Tapikan yang paling meriah dah tentu2 je Big Charity Bazaar @ MATRADE. Hahah..motif? sebab time to shopping. Kekek..walau xabis banyak duit tapi yang penting beli makanan. Haha...dapat la juga sambar tudung n selendang, beg, buku untuk buah hati pengarang jantung, Cik A'isyah Mastura la.. mesti dia suka dapat kaler kaler buku upin ipin..hehe.. 

OK...sekarang dah bulan Mei.. ada projek lain plak nak kena setelkan.. Jumpa lagi..Babai

No comments:

Post a Comment

My friend say:

Nuff Ads