Wednesday, May 30, 2012

First Try For Felt Crafts

Salam Semua,

Jumpa lagi..kali ni entri tentang "Felt Craft". Baru je belajar nak buat business felt crafts ni. Join dengan member ofis. Mula2 terfikir macam mana nak buat "hair clip" guna felt. So, belajar dengan Madihah cara nak gunting felt ikut design yang kita suka. Lepas tu terus dapat idea macam mana nak buat. 

Hasil penjelajahan dialam maya a.k.a. internet, maka dapatlah sedikit ilham dan pengetahuan bagaimana nak buat kraf daripada felt. 
Tetapi, sebelum kena la kenal dulu jenis-jenis kain felt yang sesuai untuk setiap produk yang ingin dihasilkan. Bila dah tau, maka kami ke Daiso the Curve sebab nak cari material yang diperlukan. 

Ok, semalam, Isnin, maka bermulalah first try untuk membuat "hair clip" daripada felt. Buat yang simple dulu sebab nak tengok ada bakat ke tak nak buat felt ni. Ye la kan, nak mula business kena la tau selok belok menjahit felt tu. Kalau tidak, nanti kelaut pulak jadinya.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan kraf felt pertama saya berjaya siapkan time waktu rehat (lunch time). Ada sedikit cacat sebab ada material yang belum ada lagi. InsyaAllah, dalam hujung minggu ni akan bermula pencarian material yang diperlukan.. melengkapkan semua jeni stok material untuk memudahkan kami membuat sample produk.

Okay, sampai disini dahulu. Saya akan war-warkan sampel produk yang saya dan kawan-kawan nak jual nanti. Harap dapat sambutan daripada anda. 

Sekian..jumpa lagi dientri terbaru.


Wasslam

No comments:

Post a Comment

My friend say:

Nuff Ads