Saturday, March 03, 2012

Korean Carnival @ UTAR

안녕하세요 :)


Lamanya saya tak update blog ni. Rindu sangat nak update cuma takde cerita yang best nak share dengan kawan-kawan semua. 


OK..let start now.... Hari ni, 03.03.12, saya, kembar dan beberapa orang kawan telah pergi ke Korean Carnival anjuran Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Sebenarnya saya dapat tahu tentang program ni daripada kawan baik di pejabat, Fiza Sabri. Kami dah planned dari awal Februari lepas.

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 10.20 untuk ke ofis kerana janji untuk jumpa Fiza di ofis..maklumlah, saya ni memang buta jalan sikit. Kami sampai di UTAR kira-kira pukul 12 lebih. First thing yang kami buat macam biasa la kan, kalau ada program macam ni mestilah kena register dulu. Pendaftaran percuma dan kami turut diberi door gift berupa poster artis K-Pop, Brian Joo. Hmm..siapa yang poster Brian Joo, boleh beritahu saya ya sebab saya xminat sangat dengan Brian Joo.



Selepas register, maka bermulalah aktiviti kami dan booth pertama yang kami singgah ialah booth yang berkaitan dengan Career Development, Language Courses etc. Booth ni memang target saya dan Fiza sebagai pelajar bahasa Korea. Sempat la juga survey buku-buku bahasa Korea khas untuk beginner like us. 


Selepas tu, kami bergerak terus ke kaunter kupon kerana setiap jual beli di karnival tersebut hanya menggunakan kupon. 


Ok...next destination ialah ke booth  lain yang terdapat di karnival ini. 
Booth yang ada dikarnival ni antaranya ialah;

Booth ni menjual DVD K-Pop, drama dan filem Korea..yang best kerana setiap dvd ada diskaun. Saya dan kembar sempat sambar 1 dvd.


Booth yang ni pula jual 자장면, 김치 전, sandwich dan candy. Oleh kerana tak pernah rasa 자장면 dan 김치 전, kami beli la juga. Hmm...김치 전 ni rasanya ada masam masin dan pedas. Ya la kan, dah namanya pun 김치 ni diperbuat daripada serbuk cili dan yang sewaktunya dengannya, haruslah ada rasa macam tu kan. Ok..자장면 pula rasa memang betul-betul rasa kicap. 


Buat semua peminat K-Pop, booth ni memang menjadi pilihan untuk mendapatkan bermacam-macam K-Pop stuff. Mulanya nak juga beli tapi bila fikirkan K-Pop stuff  ni senang nak dapat, terus tak jadi beli.


Yang ni pula booth yang menjual pelbagai Korean handcraft. Macam-macam ada. Kipas, handphone hanger, key-chain, hand fan etc. Disebabkan saya dan kembar ada lebihan kupon, jadi kami beli sejenis kraf tangan yang agak unik.

Haa..ni booth untuk sesi bergambar dengan memakai pakaian tradisional masyarakat Korea iaitu, Hanbok.
Sedih sebab tak sempat nak ambil gambar. 


Ok...Booth paling laris sekali di karnival ini ialah tentunya booth yang menjual Kimbap dan Kimchi. Punya la lama kami beratur semata-mata nak beli Kimbap...lebih kurang 1 jam kami beratur semata-mata nak beli Kimbap. Tengok la gambar kat atas tu, macamana 선생님 buat Kimbap, nampak macam best je bila 선생님 gulung kimbap tu...rasa macam nak cuba je..


Semasa karnival ni berlangsung, ada juga sesi belajar membuat kimchi..ada beberapa orang yang peserta yang cuba membuat kimchi..taktau la macam mana rupa kimchi diorang kan..

Selain itu, ada juga sesi berkongsi pengalaman bersama Naib Dekan Universiti Kyung Hee, Korea Selatan. Sempat la dengar barang seminit dua sambil-sambil membelek beg yang dijual.


Acara yang paling menarik ialah, Lucky Draw.. tapi sayang sebab xsempat nak tahu result sebab kena balik cepat. Kembar kena on-call malam ni. Agak-agaknya siapalah yang bertuah dapat hamper Etude House tu ya?
Bila kaki dah penat berjalan dan berdiri mesti la nak kena balikkan? Tapi, sempat la juga snap beberapa keping gambar semasa ni Korean Carnival
Kak Fiza dan kembar saya, Ain
Saya dan kembar


Nilah barang-barang yang kami beli semasa di Korean Carnival tu..ada lagi dvd Super Junior Boys In The City 3 tapi terlupa nak ambil gambar...
barang-barang Etude House
Poster ni dapat percuma bila beli dvd
Itu je la cerita saya yang xseberapa semasa di Korean Carnival. OK..jumpa lain masa di entri seterusnya.

2 comments:

My friend say:

Nuff Ads