Monday, December 31, 2012

Review: Restoran Ko Hyang [Korean Food Restaurant]

Assalamualaikum semua...
*Ada ke yang baca blog nih? Hehehe

Alhamdulillah, dah sampai ujung tahun 2012 dan sebaga penutup tirai tahun ni, aku dan kembar gi makan2 kat Ko Hyang Restaurant di Shaftsbury Square, Cyberjaya. Lama dah plan nak gi makan kat sana cuma xde masa je. So, memandangkan hari aku dan kembar amik cuti rehat, so kami g sana semata2 nak melepak bersama. Eh...silap....meluangkan masa bersama.

Ok...Sebelum masuk, perkara WAJIB buat ialah tengok menu yang ada kat restoran tu. Ye la, nak makan makanan orang Korea ni kena hati2 gak sebab silap haribulan xhalal kang...kan jadi masalah tu. OK...tengok2 menu sume xde berasaskan benda alah tu dan mostly seafood dan minuman pun semuanya biasa2 je. Ok..mari kita melangkah masuk.

Duduk2 je, terus waiter datang nak amik order. Wow..cepat seh..tapi xyah risau sebab menu book memang dah terletak atas meja. So, senang la korang. Kitorang belek2 menu book tu untuk tengok apa yang boleh dan berkenan hendak dicuba.

OK..xyah cite banyak2. Tengok je gambar kat bawah tu. Tu lah menu2 yang kami order. Untuk makluman, harganya setiap menu tu memang berpatutan dengan saiz hidangan dan rasanya pun sedap. So, berbaloi la kalo korang nak ulang makan kat sini. 

ENJOY The Pics:
Buku menu
Read more ...

Friday, December 28, 2012

Inteam - Jatuh Bangun (Lyric Video)

Assalamualaikum.

Ditengah-tengah malam ni, tetibe terklik link Youtube lagu baru Inteam, Jatuh Bangun.

Inteam adalah kumpulan kegemaran aku since dari tingkatan 1 lagi. Menurut Inteam, lagu ni adalah single terbaru yang akan dimuatkan didalam album terbaru Inteam yang bakal dilancarkan pada awal tahun 2013.
Jangan lupa nantikan kemunculan album terbaru Inteam ni ya.

Jatuh Bangun - Lirik

Read more ...

Monday, December 24, 2012

Merokok Itu Haram... Kesinambungan daripada Entri Lepas

Assalamualaikum.

Dah berapa hari xupdate blog. Walau xglamor mana blog ni tapi tetap nak update sebagai catatan dan peringatan diri sendiri.

Masih ingat entri ni? Cigarette, Smoking, and the Effects


OK...beberapa hari lepas ada jengah blog favorite aku, nicknashram.blogspot.com. Selalu aku baca entri Nick ni walau xselalu komen tapi kalo setiap kali beliau update entri baru CONFIRM aku akan baca.


So, kali ni aku nak share salah satu post atau article daripada blog Nick ni. Berkenaan merokok.
Merokok lagi? Ewah, suka hati la aku nak update sal rokok. Ni kira kempen kesedaran juga la kan. X salahkan?

Ok, mari kita mulakan bicara ya. Sila beri perhatian bahawa article dibawah adalah yang aku share daripada blog en Nick ni.
Nak ke tak nak? Dua pilihan yang hanya anda sahaja yang dapat menentukannya. Terpulang kepada anda sama ada anda mahu menjadi sebahagian daripada 1.15 bilion umat manusia yang merokok yang mana menyumbang 3 juta kematian setiap tahun ataupun menjadi manusia normal yang mengamalkan cara hidup yang sihat dan memiliki jangka hayat yang panjang
Walaupun tidak dinafikan, ada segelintir perokok yang menyimpan keinginan untuk berhenti namun tidak berjaya. Apa yang memeranjatkan, 95 peratus daripada kelompok perokok ini pernah cuba untuk berhenti daripada merokok. 
Jika diteliti semula, mungkin kita tidak sepatutnya menyalahkan mereka sepenuhnya (walaupun hakikatnya memang salah mereka!) kerana rokok mengandungi sejenis bahan kimia nikotin yang mampu membunuh sistem neorobiologi pengamalnya hingga menyebabkan mereka tidak mampu menahan ketagihan tersebut.
Dan lagi, menurut pakar ketagihan dan saintis penyelidikan persekutuan, Yale Universiti School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Mahmud Mazlan, kesukaran yang dialami oleh perokok untuk berhenti merokok adalah sama seperti kesukaran yang dialami oleh seorang penagih dadah! 
Namun, apa yang nyata, sama ada melalui pandangan perubatan mahupun agama, merokok adalah suatu perbuatan yang memudaratkan bukan sahaja bagi individu yang merokok tetapi juga individu yang berhampiran dengan si perokok.
Merujuk kepada hukum syarak, adalah haram dimakan atau diminum sesuatu yang memabukkan dan wajib dijauhi atau ditinggalkan. Ini berlandaskan satu hadis yang bermaksud: “Setiap yang memabukkan itu adalah haram.” (Hadis Riwayat Muslim)
Diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah s.a.w mengkategorikan suatu yang memabukkan itu adalah sama hukumnya dengan hukum arak. Namun malangnya, ada juga segelintir golongan yang menyatakan bahawa arak dan rokok adalah suatu yang berbeza justeru hadis dan hukum syarak yang telah diputuskan tidak boleh digunapakai. 
Melihat daripada sudut saintifik, World Health Organisation (WHO) meramalkan bahawa sekiranya corak merokok di seluruh dunia berterusan, tabiat merokok akan menjadi penyebab utama kematian dan kecacatan di dunia di mana dianggarkan 10 juta kematian akan dilaporkan setiap tahun.  
Sebatang rokok dikatakan mempunyai 4000 bahan kimia yang bukan sahaja bertindak menguatkan lagi ketagihan si perokok malahan 60 daripada bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok dikenalpasti boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru, rongga mulut, esofagus, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang . 
Selain daripada itu bahan kimia yang terkandung di dalam rokok juga dikatakan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah, menjejaskan sistem saraf, merencat keupayaan darah untuk mengangkut oksigen ke tisu-tisu tubuh dan organ seperti jantung dan otak, merosakkan paru-paru dan menyebabkan malfungsi ginjal.
Tabiat merokok juga turut menyumbang kepada penyakit saluran pernafasan yang kronik seperti bronkitis kronik, emfisima, asma bronkial dan bronkiektasis. Sedutan membunuh ini juga berupaya menjejaskan kesuburan, tenaga kelamin berkurangan bagi lelaki dan cepat putus haid bagi wanita.
Realitinya, nasihat dan amaran oleh keluarga mahupun kerajaan sudah berjela-jela dan jelak didengar. Namun, ibarat pepatah Melayu, ibarat mencurah air ke daun keladi. Terbaru, kerajaan telah mewartakan peraturan baru yang mana pengilang dikehendaki membungkus rokok dalam paket mengandungi tidak kurang daripada 20 batang rokok sahaja yang bertujuan menghadkan penjualan rokok secara berleluasa.

Sumber dan kredit:  nicknashram.blogspot.com









Read more ...

Wednesday, December 19, 2012

Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!
I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty products in Malaysia for a really
long time…
And today…
Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!
They are selling for Hello Kitty products and tickets for
Sanrio Hello Kitty Town Malaysia through online!
Currently they’re having Hello Kitty Lucky Draw, and you can
have have a chance to win for “Hello Kitty Energy Necklace”
(Value: RM207 each).
If you don’t believe me check it out for yourself here,
while it’s still available:
==> http://www.hellokittymalaysia.com
This special Hello Kitty Lucky Draw is valid for a limited time
only, which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and get a chance to
win now:
==> http://www.hellokittymalaysia.com
If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)

Join Lucky Draw Now
Read more ...

Friday, December 14, 2012

Anemia - Penghidap kurang zat besi mudah pitam, lesu dan mengantuk


ANEMIA atau lebih dikenal masyarakat sebagai penyakit kurang darah, lazimnya sering dialami kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan. 

Bagaimanapun, apabila ini berlaku ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran. 

Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.


Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi. 
Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum. 

Faktor lain yang menyebabkan wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan. Dengan alasan takut gemuk, ada segelintir wanita atau remaja mengamalkan diet secara drastik. Golongan ini cenderung makan dalam jumlah yang kurang dan tidak mahu mengambil daging. Tanpa disedari, diet seumpama itu yang belum tentu membuatkan berat badan turun, boleh menyebabkan kurangnya pengambilan zat besi dari makanan. 

Umumnya, setiap wanita ataupun remaja perempuan yang mengalami anemia, tidak akan sama antara satu dengan orang lain sebab berdasarkan jenis anemia dialami. Tetapi anemia boleh dikesan apabila ada tanda seperti pucat terutama di bibir dan kelopak mata, sering lesu dan mengantuk, mudah berdebar-debar, bentuk kuku berubah, rambut mudah gugur atau putus serta kerap pening atau pitam. 
Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya. 

Selain itu, perdarahan saat melahirkan juga dapat menyebabkan seorang ibu kehilangan lebih banyak lagi zat besi. Dengan alasan itulah, setiap ibu hamil disarankan mengambil zat besi tambahan. 

Anemia boleh dicegah dengan mengambil kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi. Beberapa makanan seperti hati, jantung, limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah-buahan kering tertentu mengandungi zat besi dalam kadar cukup tinggi. 

Zat besi dalam jumlah sederhana pula boleh diperoleh daripada daging, ikan, sayuran berwarna hijau seperti pegaga, pucuk paku, bayam, kailan dan bijirin. 

Sumber zat besi daripada haiwan akan diserap lebih baik oleh tubuh daripada yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan. Bagi mengatasi masalah anemia, sebaik-baiknya perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari. 

Penyerapan zat besi dapat dibantu dengan mengambil vitamin C, misalnya meminum jus, buah-buahan dan sayuran lainnya, sebaliknya teh, kopi, susu, minuman berkola, bercoklat mengandungi bahan yang dapat menghambat atau menghalang penyerapan zat besi. 

Jika ingin mengambil makanan atau minuman seumpama itu, pastikan diambil waktu makan utama atau sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum waktu makan. Bagi remaja pula perlu minum satu atau dua gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi, minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam. 

Pengamal vegetarian pula, perlu mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dal bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Selain meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, perlu juga makan pil hematinik mengikut arahan doktor.

Sumber : bharian.com.my

*Sharing article ni sebab aku ada anemia. So sebagai peringatan bersama

Read more ...

Wednesday, December 12, 2012

Review: Lunch @ D' Arab Cafe

Assalamualaikum semua.

Dah makan malam? Alhamdulillah, dinner aku dah setel jam 6.30pm tadi. Sedap mak masak. Heheh

Malam2 ni rasa nak update sal menu makan kat D' Arab Cafe, Selera Duta, KL. Cafe ni branch baru tau bagi D' Arab Cafe ni. Isnin hari tu pegi lunch kat cafe ni dengan member unit. Actually kitorang dah plan since hari Sabtu lagi. Lula la yang plan nak makan. So, kitorang ni ok je la kan. Memang masing2 nak mencuba. 

So, untuk percubaan pertama kami order Kabsah Chicken, Mandey Lamb dan Kebab Lamb. Airnya sirap. Yang bestnya kat cafe ni, air sirap tu amik sendiri dan kita boleh pilih la nk yang panas ke, nak letak ais ke, nak letak pudina ke limau ke..sukati la. Tapi memang sedap air ni.

First try lunch kat sini, memang puas hati. Order dapat cepat untuk nasi2 kecuali kalo yang grill ni lambat skit la (tapi xde la lambat mana pun ok). Kabsah Chicken yang aku order memang sedap. Rasa ala2 cam Mandey cuma warna beza. Dah macam nasi ujan panas pun ada warna Kabsah ni. Sepinggan Roasted Chicken Kabsah ni RM12.50. Ada sup dan juga sambal wajib tu ye. SEDAP

Haa..yang ni pulak Mandey Lamb. RM 25 untuk 2 orang makan. Sedap tau bak kata Lula n Cik Huda. Kelas gitu..posing sebelum makan.. KAU MAMPU? Mereka berjaya abiskan nasi tu bersama. HAHAHA
Read more ...

Hazamin - Zikir

Assalamualaikum semua..

Jom legakan fikiran sebentar. Mari berzikir.
Credit kepada pemilik video2 ni ye.. Mohon share je

Read more ...

Tuesday, December 11, 2012

The Flavours of Morocco

Assalamualaikum semua.

Jumpa lagi. Sihat ke?

Hari ni terima message daripada kawan dari Morocco, Moez namanya. Actually kenal dia masa dia menjadi peserta MTCP 2012 yang baru je berlalu. After dia balik ke Morocco, kami kini contact kt FB je. Dia ni baik orangnya.

Berborak2 dengan Moez ni pasal makanan yang Morocco yang paling sedap sebab kebetulan semalam makan nasi Arab. Kisahnya bos kecik aku, Cik Huda beli Hummus, sejenis appetizer dari negara timur tengah. Morocco ni kan ala2 negara timur tengah walaupun sebenarnya terletak dibenua Africa. So, semalam masa sembang2 ngan Moez ni kat FB, sempat jugaklah tanya dia apa makanan Morocco yang paling sedap dan famous. Disebabkan time tu dah tengah malam dan aku pun ngantuk, maka aku offline dulu dari dia.

Tup tup, malam tadi bila baru nak online dapat message. Bila check rupanya message daripada Moez. Dia bagi link website resipi dan makanan Morocco. So, aku pun mulakan sesi ziarah blog ni. WOW...totally awesome weii. Giler banyak punya resipi. Yang bestnya siap video tutorial skali bukan hanya setakat letak resipi dan direction nak buat je.

Nama pemilik blog ni Alia. Dia ni memang pandai masak dan kreatif. Bagus cara dia introduce every recipes and make me want to try it.


Aku berminat sangat2 nak cuba beberapa resipi yang ada alam blog Alia ni.
Kat bawah ni aku share 1 resipi Coconut Chocolate Ball. Nampak sedap dan senang nak buat beb..

Kalo korang berminat nak belajar masakan Morocco, sila view link kat bawah ni ya

Coconut Chocolate Balls (No Bake Cookie)
Ingredients

7 oz (200 grams) dried unsweetened coconut (finely shredded)
1 can (14 oz / 396 grams) of sweetened condensed milk
6 oz (180 grams) dark chocolate
For rolling: dried unsweetened coconut, chocolate vermicelli, chopped nuts, etc.
Directions

Step 1: Making the Cookie Mixture

In a large bowl, mix the dried unsweetened coconut (finely shredded) with the sweetened condensed milk. If the coconut your purchased is coarsely, then use a food processor to shred it into a fine texture.
Add the melted chocolate to the mixture. Mix using a spatula and when it becomes hard, use your hands to mix. Make sure that all the ingredients are well incorporated. If the mixture is too sticky add a little bit more coconut.
Cover the bowl with a plastic wrap and place in the fridge for 30 minutes, so that the mixture hardens before you start rolling it into balls.
Step 2: Rolling the Cookies

Roll the coconut mixture into small balls the size of a walnut.
Roll each ball in the coating for your choice: coconut, chopped nuts, chocolate vermicelli, etc.
Place each ball in a small paper cup. Cool the balls in the fridge before serving.
Bon Appetit!

Dah tengok? Senangkan? Selamat mencuba

Feel Free To View:

Read more ...

Monday, December 10, 2012

Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!
I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty products in Malaysia for a really
long time…
And today…
Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!
They are selling for Hello Kitty products and tickets for
Sanrio Hello Kitty Town Malaysia through online!
Currently they’re having Hello Kitty Lucky Draw, and you can
have have a chance to win for “Samsung Galaxy Y Hello Kitty Edition”
(Value: RM399 each).
If you don’t believe me check it out for yourself here,
while it’s still available:
==> http://www.hellokittymalaysia.com
This special Hello Kitty Lucky Draw is valid for a limited time
only, which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and get a chance to
win now:
==> http://www.hellokittymalaysia.com
If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)

Join Lucky Draw Now


Feel Free To View:

Read more ...

Sunday, December 09, 2012

Cigarette, Smoking, and the Effects


Assalamualaikum...

Hari ni tetibe rajin sangat nak update sal rokok, merokok dan efeknya.

Sejam yang lalu, satu post di Facebook telah menarik perhatian aku untuk share kat wall. Berkaitan dengan rokok. Kenapa ye aku minat sangat nak share sal rokok2 bagai? Sebabnya ialah aku pernah ada pengalaman abah seorang perokok. Tapi, Alhamdulillah, abah aku stop merokok masa aku berusia dalam 12 tahun. Mungkin sebab abah segan anak2 dia semua perempuan dan dia pun dah sakit. So, abah stop merokok secara perlahan2. Alhamdulillah, niat baik abah akhirnya tercapai bila arwah berjaya berhenti terus merokok setelah beberapa bulan mencuba.

OK..mari kita start sharing2 link berkaitan rokok ni. Nak cerita lebih2 aku xpandai pun nak elaborate soal rokok ni. So, dah alang2 aku jumpa link berkaitan rokok ni, meh kita bersama2 baca ya. Ada yang dalam bentuk pdf dan juga link website. So, mari kite bersama-sama baca.


All credits goes to blog owner.

Persoalan didalam fikiran aku ialah, kenapa orang sekarang suka merokok? Apa yang membuatkan dorang suka merokok dan macam mana dorang ni boleh terjebak dan sekaligus ketagih merokok? 

Pernah gak aku tanya, ada yang cakap sebab nak ilang stress. Der, dah xde cara lain ke nak ilangkan stress? Baik kau gi tepi pantai pastu jerit kuat untuk ilangkan stress. Abis2 pun ko cuma buat pencemaran bunyi je. Dalam badan ok lagi kot. 

Ada juga yang cakap best tau merokok ni. Adeh...pe ke bendanya la best? Hmm..nikmat sangat ke? Ntah lah..sebab aku xmerokok so aku xtau dan xmo amik tau. Cuma aku selalu pesan kat member2 yang merokok tu supaya usahakan untuk berhenti. Sebagai kawan, ye aku sangat risau sebab arwah abah aku dulu perokok. Masa umur aku nak masuk 18tahun abah sakit teruk dan kena warded dekat sebulan kat hospital. Antaranya ialah radang paru2 akibat merokok. Nasib baik abah dalam lama berhenti. Jadi efeknya agak kurang la jugak. Korang bayangkan kalo sehingga akhir hayat dia merokok, tak ke teruk kes jadinya. 

Memang ajal maut ketentuan Allah, tapi selagi kita diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi Allah ni, adalah elok kita jaga kesihatan dengan sebaik yang mungkinkan. Alangkan xmerokok pun boleh dapat sakit, ini kan pulak kalo merokok. Itu cari pasal namanya. 

Yang paling xbest sebab bila merokok bukan si perokok tu je yang dapat efek, tapi yang terhidu bau asap tu pun dapat efek sekali? Hmm...sakit ati skit bab ni. Hmm harus persalahkan si perokok. Walau yang merokok tu bukan ahli keluarga tapi orang sekeliling yang merokok tu hembus asap sampai kita yang terhidu kan? Rasa nak lempang je mulut perokok tu sampai tercampak rokok dari mulut. Dush!!

Oh ye..bagi mereka2 yang ada keinginan nak berhenti merokok tu, ni ada beberapa link yang aku jumpa untuk share ngan korang.

*Tapi yang ni dengar kata orang kurang membantu.

Yang aku nak share ni cara arwah abah berhenti merokok ye. Arwah abah dulu masa mula2 nak berhenti merokok, dia kurangkan dulu hisap rokok. Contoh kalo sehari dalam 5 batang, dia kurangkan separuh. Sambil tu kalo dia teringin je nak merokok, abah makan gula2 hacks yang berangin tu. Rasanya sebab ada rasa rempah2 kot. Lepas tu, abah stop dengan hacks, tapi abah makan gula2 sugus. Hmm, yang ni xtau kenapa. Tapi selalu la mak belikan sugus tu khas untuk abah sampai kitorang pun tumpang sekaki jugak. Hehehe. Time tu abah dah memang kurang merokok tau. Dalam sehari sebatang je, itu pun abah hisap sikit2. Dan pengakhirannya yang paling aku ingat abah makan gula2 kopiko. Itu la yang aku rasa buat abah terus berhenti hisap rokok. Setiap hari ntah berapa puluh biji kopiko abah makan. Mak pun slalu beli kopiko tu dalam peket2 besar. Kitorang sendiri pun ada belikan untuk abah. Macam biasa, selalunya kitorang pun tumpang sekaki gak makan kopiko tu sebab SEDAP.

Tapi tu cara abah aku..kalo nak cuba silakan.

Semoga mereka2 yang baca entri ni takde nak sakit ati bagai kat aku ya. Aku share link2 ni pun sebab aku sangat ambil berat dengan orang yang merokok, tu je. Aku pun ada je kawan2 yang merokok dan aku sentiasa berharap agar dorang diberi kesedaran untuk terus berhenti merokok. In Shaa Allah.
*Dalam hati harap yang seorang tu boleh berhenti merokok. Sekian, terima kasih.

Credits for links goes to all blog owners.

Feel Free To View:
Read more ...

MTCP Program - Cultural Trip To Homestay Sg Hj Dorani

Assalamualaikum...

Mood MTCP dah nak abis ni tapi keje MTCP belum abis sebab banyak dokumen belum sempat filing. Kisahnya sebab diriku cuti beberapa hari so haruslah keje berlambak xsiap lagikan. OK...pedulikan keje tu..time cuti sila jangan fikir soal keje..FINE
Hamba hanya ingin share gambar2 during visit to Homestay Sg Hj Dorani, Sg. Besar, Selangor pada 1 Disember lepas. Apa yang boleh ku katakan ialah nikmat yang tak terkata bila berada sekali sekala dikawasan sawah padi menghijau.

Ini first time aku masuk kawasan sawah seumur hidup. Haruslah jakun skit...heheh. Dengan angin yang bertiup sepoi2 bahasa, tak terasa sunburn yang membelangkan kakiku. *kes terlupa pakai losyen. Oh...tambah2 pegi dengan kengkawan seunit plus dengan foreigner merangkap peserta MTCP, lagi la best tak terkata. Rasa cam aku ni tourist plak.

Sesampai je kat Sg Hj Dorani tu destinasi pertama kami ialah Kilang Kerepek. Dapat la peluang tengok orang buat kerepek live depan mata dan rasa bahulu yang baru siap dibakar. Sedap sebab fresh from oven. Masing2 nak cuba rasa. Tapi memang sedap. Hmm, siap dapat kerepek ubi yang baru angkat dari kuali lagi akak kilang tu bagi sebagai buah tangan untuk makan tengah jalan. Haha..baik akak, thanks ya
Read more ...

Friday, December 07, 2012

Bittersweet By Super Junior

안녕하세요!!!!
잘지내요?

Lama dah x taip korean words ni. Rindu pulak.

Ok...hari ni sesaja nak share lagu Bittersweet daripada Super Junior. Hmm, cam dah lama xupdate sal lirik lagu. My feveret ni tau...lagu ni actually remind me to those hurtful memories with some peoples yang sememangnya menyakitkan hati.

Tapi kitakan orang Islam, xleh musuh2 xleh dendam2 so MEMAAFKAN adalah satu perkara yang paling baik perlu dilakukan.

Actually, this song xde effect apa sangat la kat aku cuma rythm dan lirik lagu ni memang kena la. Aku suka sangat part chorus lagu ni. Pastu suara Sungmin a.k.a. Abg Minnie tu sedap sangat. Rasa cam nak putar lagu ni seratus kali dengar pun xpe.. ehehe... *Zikir lagi bagus Anim.

So, tanpa buang masa, kat bawah ni aku share fanmade video yang memang kena sesangat ngan lagu ni. Video senarnya daripada KRY nya trailer untuk konsert SJ. Selamat menonton


Video credit to sketsairoh @ YT

Feel Free To View



Read more ...

Thursday, December 06, 2012

Malaysia Technical Cooperation Programme [MTCP] - Part 2

Assalamualaikum semua...

Jumpa lagi..kali ni nak cite pasal MTCP Program yang baru saja berakhir Selasa lepas 4 Dec 2012.
Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang telah dirancang. Walaupun pelbagai dugaan yang kami terima dan tapi dengan kerjasama semua, segalanya dapat diatasi.

MTCP programme kali ni adalah yang paling sweet buat aku. Bermula daripada preparation untuk menjelang program hinggalah pada hari berlangsungnya program ni. Aku stay di Hotel Crowne Plaza Mutiara bermula hari Sabtu 25 Nov 2012 sebagai persediaan untuk hari program berlangsung iaitu Ahad 26 Nov 2012. 

Alhamdulillah, peserta kali ni semua ok2 belaka dan sangat peramah, rajin senyum dan buat aku sendiri tak rasa gentar nak berbual dengan dorang. Sepanjang dorang stay di Malaysia setiap peserta diberi elaun harian sebanyak RM85. So, untuk 10 hari diMalaysia mereka dapat RM850. Wow..ok tu. Leh cover buat shopping. Best

Pada opening program di hotel Ahad lepas, mereka turut diajar asas Bahasa Melayu seperti warna, sebutan, nombor, tarikh, dll. Disebabkan bahasa Melayu sememangnya mudah difahami dan dipelajari, sekejap je dorang dah boleh menyebut beberapa ayat dan perkataan Melayu and it makes us proud too.

Sepanjang program MTCP berlangsung, aktiviti peserta memang padat dengan pelbagai program yang pada aku balance untuk mereka. Ada classroom session, visits, dan untungnya mereka kali ni ialah MTCP dijalankan in-conjunction with INTRADE Malaysia, so mereka turut diberi kesempatan untuk menyaksikan Opening Ceremony INTRADE Malaysia. Besides, they also brought to see how MATRADE organised International Business Meeting (IBM). So they can get an overview on how Malaysia attract buyers to do business in Malaysia.

Selain tu, pada hari Sabtu lepas 1 Dec 2012, para peserta turut dibawa ke Homestay Sg Haji Dorani untuk cultural trip. Haaa part yang ni aku paling suka. Kenapa? Sebab time ni la kita nak kenalkan dorang dengan true culture Malaysia. So, kami bertolak dari hotel dalam pukul 8 am ke Sg Hj Dorani yang mengambil masa dalam 2 jam.

Together with the participants, kami berkesempatan untuk merasai kehidupan sebenar duduk dikampung yang betul dikawasan sawah padi. Bukan tu saja, kami turut diberi peluang untuk bermain layang-layang dan menggagau ikan. *akan dishare dalam part 3.

Selesai semua aktiviti kami pun berangkat pulang ke KL kerana seorang peserta harus pulang ke Nigeria atas urusan rasmi.

Malam Sabtu tu, sempat la jugak bawa 3 peserta iaitu Alisher, Marwa dan Fatma ke Uptown Danau Kota. Mulanya aku dan lula nak jenjalan bersama tapi dah alang2 terserempak ngan dorang ni kitorang ajak la skali. Sekali, hambek kau...Ali shopping sakan kat situ dan paling best sebab dia jadi pakar untuk tawar menawar. Hebat sungguh. 

Hari Ahad, kitorang teman peserta ni pergi shopping area Low Yatt, Sg Wang, dan Jalan TAR ( Cik Huda je gi). Ada yang nak beli iron, laptop, Quran dan macam2.

Hari Isnin, mereka ada forum lagi dan petang tu visit ke Northport. Dan Selasa 4 Dec 2012 adalah penutup program. Dan Selasa jugalah hari yang paling aku rasa darah kering sangat. Disebabkan CD untuk participants xsiap2 sebab gambar xcukup abis collect, aku dan Ridzuan rasa nak mati burn CD dalam waktu terdesak. Time tu aku rasa perut dah senak dan darah aku rendah kot. Abis pening dari pagi membawa ke petang. 

Alhamdulillah, walaupun haru biru dan agak kelam kabut kitorang dari pagi..dan walaupun ada kesilapan teknikal pada video untuk participants, nasib sebelahi kami. Segalanya selesai juga. Nasib BIG J kata ok. 
Lepas setel je wrap up session tu, aku terus tarik nafas panjang2 sebab program dah abis. Walau sedih dan terharu bila tengok balik gambar2 participants ni, tapi aku tetap bangga dengan usaha dan kerjasama semua yang menjayakan program ni.
Read more ...

Thursday, November 29, 2012

Aku, November dan Syafik? Shafiq? Shafeeq? Shafik?

Assalamualaikum.

Hari ni 29 November 2012 dan petanda semakin hampir ke hujung tahun. OH!! Sungguh cepat masa berlalu.

Apa yang korang lakukan sepanjang November? Bagi aku, November 2012 adalah bulan yang paling banyak bagi stress kat aku. Kenapa? Sebab banyak big event bagi bulan ni tambah2 event tu plak memang part keje aku. OK...aku terima tugasan itu sebaga penjawat awam. 

Bila dah banyak sangat keje, aku xnafikan yang badan aku stress tanpa aku sedar. Semalam, habis seluruh badan aku sakit sampai time aku duty usherette kat IBM Luncheon venue, ada sorang buyer dari China tegur aku. Dia cakap muka aku nampak sangat letih. Dia suruh aku duduk jangan diri lama2. "Baik hati uncle ni".  Thank you uncle.

Memang badan aku sangat sakit dan aku xnafi kan aku memang stress..dan sampai sekarang masih lagi stress. Stress aku bertambah bila ada je manusia2 yang xfaham situasi dan keadaan sengaja menaikkan kemarahan aku. Please la..aku ni letih sangat..otak ni banyak nak kena fikir. Jadi tolonglah faham situasi aku. Aku cuma jalankan tugas yang diarahkan kepada aku.

OK...mari tinggalkan aktiviti November yang sesak nafas dalam dada ni.

Nampak tak ada nama laki kat atas tu? Hmm...kisahnya, bulan November ni aku selalu dengar orang dengan nama Syafiq, Shafik, Shafeeq, Shafiq. Apa2 je la eja tapi tetap bunyi nama yang sama kan.

Mulanya dari hari 12 November tu, aku sembang ngan member aku yang nama Syafiq ni. Start lepas tu, terus je aku asyik dengar orang dengan nama yang sama cuma ejaan je berbeza. Apa kes daaa....
Bayangkan, aku buka je FB ada je orang dok post kat Wall sal kengkawan, sedara mara dorang nama sedemikian. Yang meninggal la, yang kawin la.. Same thing happened bila aku buka Twitter. Pun sama, ada orang RT tweet orang bernama sama gak. Cesss

Aku fikir tu mungkin kebetulan je, bila aku buka TV, boleh pulak dalam TV pun ada cerita orang nama yang sama. Dalam emel pun student U request nak buat praktikal pun nama Syafiq gak. Pastu aku tanya En Google petua2 orang melayu dulu kala, pun keluar beberapa blog tapi nama tuan pun Syafik juga....Adeh...apa hal nya ni...sampai aku sendiri naik nyampah la plak asyik nama tu je yang kuar.


Aku dok fikir, memang nama tu je ke yang aku kena dengar skang ni? Or ada apa2 petanda ni? Hmm...

Nak jadi cite, pagi semalam aku terima emel daripada Standards Malaysia berkenaan replacement speaker untuk MTCP Forum 3 Dec ni. Dah elok2 speaker perempuan nama Nik apa tah..sekali dorang tukar speaker lagi..dan kali ni nama mohd SHAFIK. OK...FINE. Adakah ini kebetulan atau sengaja ni. 

Dalam kepala aku, hei dah xda ke nama lain yang aku kena dengar, baca atau tengok...Danial ke, Haris ke, Hisyam ke...ni nama yang sama je...jemu gua beb..

Nasib la kawan aku si Syafiq jenis yang seronok kalo bawa sembang..kalo x sumpah aku xkan sembang ngan dia lagi sampai bila2..*alasan:- jemu dengan nama yang sama....Sehingga hari ni dah dekat 20 orang aku dengar dan jumpa dengan nama itu...OHOHOHO..ramainya rupanya orang nama syafik ni. Selama ni yang aku kenal cuma arwah anak sedara aku yang meninggal je namanya Syafiq. Dah lama meninggal sebab kes buli. 

Ok...cerita Aku, November dan orang bernama Syafiq ni dah abis...


Kalo rajin nak update sal MTCP plak....kali sal suka duka MTCP ni..

Annyeong...

Feel free to view:

Read more ...

Saturday, November 24, 2012

Awas Nombor Scam

Assalamualaikum semua.

Sihat?

Hari ni nak bercerita tentang nombor2 scam / penipuan melalui panggilan telefon. Kenapa nak cerita? Kisahnya nak bagi awareness kat korang2 yang masih belum SEDAR lagi akan jenis2 penipuan camni.

Aku ni dah berapa kali terima panggilan macam ni. First aku terim call camni 3 tahun lalu. Perempuan India ni perkenal diri sebagai pegawai Maybank bagitau yang aku terpilih untuk skim insuran Maybank. OK...kejadahnya nak call aku kan? Borak punya borak dia cakap la macam2. Janji penuh manis. Aku biarkan je dia cakap lama2...last2 bila dia dah abis cakap, aku pun bersuara, "MAAFLAH SAYA MEMANG TAK MINAT DENGAN OFFER AWAK, SEKIAN", terus letak telefon. Hahahahah
Masa tu aku memang tak tau yang ni scam call tau.

Lama2 lepas tu, aku dengar macam2 cerita pasal panggilan scam ni. Dalam berita, dalam surat khabar dan dalam tenet pun orang dok sok sek sok sek cakap pasal penipuan tu. SO, aku fahamlah yang call yang aku terima haritu merupakan scam. Alhamdulillah, nasib la aku ni jenis susah makan pujuk dan jenis tak senang nak percaya. So, aku cari balik no tu kat handphone , terus hantar ke reject call. 

Tak lama lepas tu, terima lagi call camni. Dengan garangnya aku tanya lelaki tu, "MANA AWAK DAPAT NOMBOR SAYA, JANGAN INGAT SAY TAKTAU YANG AWAK NI PENIPU!" dan terus tamatkan call. OK, dia tefon balik...terus hanta ke reject call. 

Beberapa ketika selepas tu, dak ofis pulak terima call macam ni. Memandangkan dak ofis tu agak naif time tu, dia memang tak tau yang semua ni scam. Bulat2 dia percaya dan terima tawaran "insurans" si penipu ni. Dia siap minta no akaun dan detail online banking bagai. Apa kejadahnyakan? So, dak opis ni pun dengan jujur bagi kat si penipu ni. Aku dok dengar dan cuba nak celah..aku siap bagitau jangan bagi tapi dak tu dah cakap dulu kat penipu ni. K, FINE..

Elok je letak telefon, dak opis ni tanya kat aku sal call tu. Aku bagitau dia yang tu menipu. Maka terkejut tergamam la dak opis ni. Mukanya penuh kerisauan sebab dah bagi detail akaun dia kat penipun tu. Tak lama lepas tu terima SMS daripada Maybank yang ada transaction nak pindah duit dia ke akaun milik warga asing. OMG!!!! Alamak....

So, cepat kitorang suruh dia call Maybank dan bila call orang Maybank tu bagitau ada orang asing cuba tembus akaun dak opis ni dan cuba transfer duit dak opis ni ke akaun dia. DAN apabila dikesan, pemilik akaun penipu adalah dari Indonesia. Alhamdulillah, tindakan segera pihak Maybank berjaya sekat akaun penipu. 

So, aku pun mulalah membebel ala2 mak jemah kat dak opis tu supaya jangan cepat termakan kata2 manis penipu dan YANG PENTING, jangan nak mengada percaya call daripada sesiapa yang claim dorang ni wakil bank la, wakil syarikat insurans la. CONFIRM MENIPU.

Dalam tahun lepas aku terima scam call lagi. Maka dengan pantas aku, "Maaf saya xnak cakap dengan awak" Terus letak tepon. Baru2 ni 2 scam call aku terima. Sebab aku dah geram, maka aku dengan selamba marah kat orang tu. Marah2 pastu terus letak tepon. Tak bagi can orang tu nak cakap. Hahah..peduli hape aku kan.

Korang2 yang kat luar sana tu, jangan la sesekali terpedaya dengan panggila tepon claim dorang ni orang sekian2..takde maknanya bank nak cari ejen suruh call. Dorang dah ada customer service. Kejadahnya nak lantik agen kan. Yang aku heran, macam mana la dorang ni boleh dapat nombor kita ya? Aku percaya ada kaki2 tertentu kat bank2 ni yang bagi nombor customer kat penipu. Ni ala2 kes rasuah la. *Cuma agak je ni

Kat bawah ni ada 2 nombor yang ada dalam phone aku.

+60320550700
+60320366888

AWAS DENGAN SCAMMER

Feel free to view:




Read more ...

Wednesday, November 21, 2012

Al Fatihah Untuk Arwah Pakcik Abas Bin Bidi

Assalamualaikum w.b.t.

Diharap kalian semua sihat hendaknya.

Daripada Allah kita datang dan kepada Dia juga kita kembali. Itu rangkap kata yang mampu aku ucapkan saat ini bila mengenang pemergian arwah Pakcik yang aku sayangi, Abas bin Bidi. Arwah pakcik adalah abang kepada mak aku, Halihah binti Bidi. Pakcik meninggal awal pagi tadi didalam perjalanan ke Hospital Sg Buloh akibat serangan jantung. Sangat mengejutkan kerana hari Sabtu lepas, mak aku baru je pergi menziarah pakcikku itu dan arwah kelihatan agak sihat dan ceria.

Mengimbas kembali beberapa minggu sebelum itu, pakcik dimasukkan ke Hospital Sg Buloh kerana sakit dikakinya akibat daripada diabetes. Lebih kurang seminggu arwah kena tahan diwad. Walaubagaimanapun, kerana kakinya beransur pulih, arwah dibenarkan pulang. 

Kisahnya arwah xmahu pulang ke rumahnya di Kelantan kerana ingin memudahkan adik beradiknya (mak dan makcik2 aku) untuk menziarahinya. Alhamdulillah, arwah pakcik punya anak2 yang sangat baik dan patuh kepada parents. Arwah pakcik duduk dirumah Kak Long Rina. Maka dengan itu memudahkan mak aku untuk menziarahi pakcik.

Baru sabtu lepas, mak ziarah pakcik dan mak bagitau aku yang pakcik dah makin sihat dan sudah mampu untuk makan sendiri dan ambil wuduk sendiri. Alhamdulillah, itu kata benak hatiku. Aku tak dapat ikut mak ziarah pakcik kerana menunggu kedatangan kakak aku dan anaknya. So, mak cuma pergi dengan kaknyah.

Walaubagaimanapun, pagi tadi semasa aku sedang sibuk bekerja, tetibe tergerak hati untuk check message di handphone. Sesuatu yang jarang aku buat kalo diopis. Kebiasaannya bila dah message mak yang aku dah sampai ofis, handphone tu hanya akan dibelek bila dah tengahari. So, masa check handphone, ada misscalled daripada mak. Hmm..hairan. So, aku call mak untuk tanya kenapa. 

Suara mak menangis dah memang buat aku rasa ada tak kena. "Nim, pakcik dah takde nim. Pakcik meninggal pagi tadi nim" itu yang mak cakap. Aku tergamam seketika dan terus rasa menggigil satu badan. Ya Allah, pakcik dah takde. Dalam fikiran aku masa tu satu je, aku nak pergi tengok arwah buat kali terakhir. 

Selepas dapat kebenaran keluar pejabat daripada bos aku, aku terus bergerak ke Hospital Sg Buloh. OK...biasa la kan, bila kita nak cepat dan dalam keadaan terdesak, macam2 dugaan datang untuk uji kesabaran. Aku yang first time nak drive sendiri ke Hospital Sg Buloh ni sesat barat tah mana2 sampai sikit lagi nak masuk simpang ke Kuala Selangor. K, itu dah uji kesabaran *tepuk dahi salahkan diri sendiri sebab buta jalan. Elok aku pusing balik, sampai kat hospital, parking susah nak cari.

Hari dah panas terik ni. Aku parking keta tah kat mana2..sekali jalan cari tempat forensik sume tak jumpe. Aku masuk keta drive keluar parking sebab ingat salah masuk kawasan. K, itu lagi sekali dah uji aku..K Fine..bila keluar lagi sekali aku masuk jalan tah mana2 punya jalan tapi aku u-turn kat mana tah masuk balik hospital. Dah 2 kali ni masuk kawasan parking yang sama. So, aku amik keputusan keluar balik hospital tu pastu gi cari kawasan parking pelawat dekat dengan lobi. 

Elok aku masuk kawasan lobi tu, kakak call bagitau kat kawasan KECEMASAN!. K, FINE!!!! Aku dah rasa cam ilang sabar gak ni sebab aku dah masuk kawasan tu untuk kali ke-3 baru aku tau yang jenazah pakcik kat jabatan forensik dan tempat tu aku dah lalu sebanyak 3 KALI! K FINE LAGI LA....

Cari parking tak jumpa2 sudahnya aku naik kat parking atas bukit. Jalan kaki bawah matahari terik tu ke jabatan forensik. Alhamdulillah sampai juga. 

Masa aku sampai, jenazah pakcik sedang dimandikan. Yang sambut kedatangan aku, mak, kembar dan kaknyah ialah husband Kak Long, Abg Kamil. Sempat bertanya punca kematian pakcik. Rupanya akibat serangan jantung. 

Sesudah dimandikan, arwah pakcik dikapankan. Ini ialah pengalaman ke-3 aku tengok jenazah dikapankan seumur hidup aku. Pertama arwah Yob Aziz, kedua arwah Abah aku sendiri dan ketiga arwah Pakcik Abas. Ya Allah, hanya titisan air mata yang mengalir tak henti2 ni temankan kesedihan aku. Walau pakcik bukan abah, tapi kasih sayang pakcik kepada kami sekeluarga memang tak dapat dinafikan.

Selesai dikafan dan disembahyangkan, menunggu saudara mara untuk sampai dan menatap arwah buat kali terakhir. Alhamdulillah, semua sempat menziarah dan menatap arwah buat kali terakhirnya. Arwah pakcik akan dibawa pulang ke Kelantan untuk disemadikan disana. 

Ya Allah, aku tak mampu menahan kesedihan melihat mak aku yang menangis kerana terlalu sedih kehilangan abang kesayangannya. Arwah pakcik memang seorang abang yang sangat bertanggungjawab. Kalo ikut cerita mak, daripada mak kecil lagi pakcik memang sangat manjakan mak. Ye la, adik bongsu la katakan. Pakcik jaga mak, tanggung segala belanja sekolah mak sampai sanggup kawin lambat demi nak besarkan adiknya ni. Dan sehingga la mak dah dewasa dan kawin, pakcik masih lagi amik berat akan mak. 

Aku sendiri bila tengok cara pakcik cakap dengan mak pun boleh nampak sayangnya pakcik aku ni pada mak. Aku bersyukur punya pakcik yang penyayang macam ni. 

Tatkala aku menulis ni, mungkin jenazah dah sampai diKelantan atau mungkin hampir sampai. Doaku semoga segala urusan pengebumian berjalan dengan lancar. Semoga arwah pakcik ditempatkan dikalangan para solehin. AL FATIHAH
Gambar terakhir pakcik yang kembar aku rakamkan buat kenangan. Masa ni arwah telah seminggu berada diwad. Keadaan kaki pun beransur pulih. Tak sangka hari tu merupakan kali terakhir aku melihat pakcik. 
Baju dan kain terakhir yang arwah pakcik pakai sebelum menghembuskan nafas terakhir

Read more ...

Tuesday, November 20, 2012

Malaysia Technical Cooperation Programme [MTCP]

Assalamualaikum semua...

Lama sudah x update blog ni. Walaupun blog ni xde popular mana...tapi nak gak update.

Kenapa tak update? OK....kerana busy dan sangat la letih bila dah sampai asyik nak tido awal je.
Pastu, weekend merayap dengan cik Kembar tersayang, haruslah takde masa nak update blog kan..

Masuk November je, dah terasa bahang Malaysia Technical Cooperation Program (MTCP). Apa itu MTCP? Nak tahu..ko tanya cik google apa itu MTCP nanti kuar la link website MTCP. Nak senang lagi..nah link website ni http://mtcp.kln.gov.my/

The Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) was first initiated at the First Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) for Asia Pacific Region in Sydney in February 1978. It was officially launched on 7 September 1980 at the Commonwealth Heads of State Meeting in New Delhi to signify Malaysia’s commitment to South-South Cooperation, in particular Technical Cooperation among Developing Countries (TCDC).
In line with the spirit of South-South Cooperation, Malaysia through the MTCP shares its development experiences and expertise with other developing countries. The MTCP was first formulated based on the belief that the development of a country depends on the quality of its human resources. The programme forms part of the commitment of the Malaysian Government towards the promotion of technical cooperation among developing countries, strengthening of regional and sub-regional cooperation, as well as nurturing collective self-reliance among developing countries. 
The MTCP emphasises the development of human resources through the provision of training in various areas which are essential for a country’s development such as public administration, good governance, health services, education, sustainable development, agriculture, poverty alleviation, investment promotion, ICT and banking. More than 100 short-term specialised courses are offered by more than 50 MTCP training institutions, many of which are centres of excellence for training. Since its launching, more than 25,000 participants from 140 countries have benefited from the various programmes offered under the MTCP. 
Kat atas ni sejarah MTCP. Ok..Unit aku buat event ni in-conjunction with INTRADE Malaysia 2012. 
Maka dengan itu, kebizian aku bertambah2 sebab hari kejadian dah nak dekat. Adehhhh.. *tepuk dahi

Tahun ni tajuknya ialah 
Malaysia - Endeavouring Global Trade Competitiveness for OIC/ D8 Member Countries. 
Event ni akan bermula hari Ahad 25 Nov 2012. AHAD WOI!!!!! Haruslah kena keje kan.. KAU MAMPU? Hahahah...*aku je jakun sebab jarang keja hari minggu.

Seramai 11 orang peserta terdiri daripada 10 negara OIC/D8 Countries yang participate for this year event. Asalnya ada 13 orang selected tapi 2 orang withdraw so tinggal 11 orang je. Program ni bermula dari 25 November - 4 Disember 2012.

Hmm...preparation bagai nak rak gitu. Bak kata bos aku Pn Anisah, 98% preparation done. Tapi hari kejadian belum done lagi. Taktau la camane rupa participants yang datang nanti kan. Harapnya takde la perangai yang pelik2. 

Yang buat kitorang seunit agak stress sikit sebab orang unit ni makin short sebab En Nazri dah MC panjang sebab accident. Hmm...

Hari ni dah hari Selasa...esok Rabu..OK...dengan gigih aku balik lambat setiap hari bermula semalam sebab nak bagi clear meja aku sebelum asyik away from workplace next week. Mana taknya dengan MTCP lagi, dengan IBM INTRADE lagi..pastu 3 Disember plak ada orientation programme la pulak. Busy BUsy Busy..

Hopefully everything will smoothly la nanti. Doakan segalanya berjalan dengan baik. Hehehe...next week opis gua kosong beb..hahaha

Read more ...

Monday, November 05, 2012

Lee Teuk(이특) of Super Junior, smiles before entering the military traini...

Read more ...

Review: Ddekobokki at Rice & Noodle @ Publika, Solaris Dutamas

Salam semua...sihat?

Seperti yang aku nyatakan dalam entri yang lepas, nak share pasal makanan Korea kan.

Ok...Hari Isnin last week (29 Okt 2012) aku gi Publika, Solaris Dutamas ni sebab nak kononnya nak gi tapaw Hot & Roll kat situ. Tapi last2 plan bertukar bila aku nampak new cafe bertentangan dengan Hot & Roll tu. Mata ni kira sharp juga la bila nampak tulisan korea je...rasa sensitif je. Hahaha

Bukan sensitif sebab xsuka tapi sebab pantang nampak tulisan sebab aku kan memang suka makanan Korea. Tekak international kononnya. Tengok kedai tu cam best je menu2nya. Oleh sebab aku ni memang rindu nak makan ddeokbokki, so aku order la menu ni. Hmm, peringatan ye..sebab restoran ni cuma pork free, so pilihlah menu yang berasaskan vegetarian ye. 

Order aku cepat siap mungkin sebab belum ramai lagi customer time tu. Ye la...kedai baru bukak la katakan. Ok..order siap..maka masa untuk mencuba.

Tengok gambar kat atas ni..ni la ddeokbokki yang aku beli tu. Ni masa kat ofis dah ni. Xsempat nak makan kat Publika tu..lagi pun memang niat nak tapaw je. 
Rasanya memang asli dengan kuih beras yang kenyal dia potong kecil2. Senang nak makan. Ada kimchi, jap chae (glass noodle), fish cake, bawang dan pickles lain2. Basically rasanya memang sedap dan ada pedas2 sikit. Memang kena tekak Melayu aku yang suka makanan pedas.
Ni packaging untuk setiap menu. Ni rasanya saiz S sebab kalo large aku tengok lagi besar. Harga untuk ddeokbokki ni RM13.90. Agak mahal sebab kalo aku makan tapi xhairan sebab makanan Korea memang mahal pun. Kalo kat Times Square aku beli pun RM12.90 untuk ddeokbokki & cheese. 
Tapi satu yang aku suka ialah sebab makanan ni lambat sejuk. So, walau dah sejam pun masih terasa panas...tambah2 bila dah nak abis...memang best la.
Ni pamplet kedai Rice & Noodle tu. Kalo korang nak cuba, boleh gi Publika tu, kat area Hot & Roll dan sebelah dengan Tamayaki. 

Selamat mencuba.
Feel free to view:
Read more ...

Thursday, November 01, 2012

It's NOVEMBER!!!!!!

Salam semua...selamat pagi.

IT'S 1st NOVEMBER 2012!!!!!!
Alamak...dah nak ujung tahun ni. Adeeeehhhhhhh. Cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru je bulan Januari 2012. HOHOHO...xsedar dah November 2012.
Lagi 2 bulan nak melangkah tahun 2013. Ohhhhhhhh

Kenapa mengeluh banyak ni? Hmm..sebab keja aku kat ofis ni berlambak lagi dan banyak lagi hal xsetel.

Ok...tinggal semua fikiran keje2 itu. Hidup ni selagi xtutup mata...keja keja keja. Hahaha.. Ye la nak cari rezeki yang Allah dah sediakan kenal keja kan. 

So, what's your plan for November? Sikit lagi nk cuti sekolah dah. Budak2 sekolah mesti dah fikir nak minta parents bawa gi holiday xpun..balik kampung duk ngan atuk opah sume. hehehe

Bagi kami yang bekerja ni..contoh paling diri sendiri, hmm...setel je la keje yang ada. Lagipun aku ni bujang, bukan ada anak pun. 

Apa pun harap November ni akan berjalan smooth as October. Xkisah la busy pun janji keje dapat setel.

Feel free to view

Read more ...

Wednesday, October 31, 2012

Persiapan Kursus Induksi Khusus MITI & Agensi 2012

Salam semua...sihat?


Kali ni entri tentang kerja pulak. Memandangkan aku bekerja di unit latihan, so kerja berkaitan latihan MATRADE officials ni memang xkan lepas dari hidup aku. Event paling latest yang unit aku organised baru2 ini ialah Kursus Induksi Khusus MITI & Agensi 2012. Biasalah, kalo dah namanya penjawat awam kan, kursus induksi ni memang wajib sebagai salah satu syarat untuk disahkan dalam perkhidmatan.


Kursus berlangsung daripada 30 Oktober hingga 01 November 2012 melibatkan peserta daripada MATRADE, MIDA & MPC tapi MATRADE yang organise kursus ni. Kursus 3 hari tapi preparation memang berhari2 dan makan masa berminggu juga sebab banyak yang perlu diuruskan. So, after budget approved by management, tiba masanya untuk prepare kit dan keperluan kursus. 
Read more ...

Monday, October 29, 2012

See You Again In 2 Years - - - 이특영원히사랑해요

PLEASE DON'T SAY GOOD BYE
PLEASE DON'T CRY
PLEASE DON'T BE SAD
PLEASE DON'T GET SICK
PLEASE DON'T WORRY TOO MUCH
PLEASE PLEASE PLEASE......................

PLEASE BE STRONG
PLEASE BE HAPPY
PLEASE BE HEALTHY

WE WILL WAIT FOR YOU...2 YEARS IS NOT A LONG TIME..AS TIME FLY SO FAST
2 YEARS WILL BECOME LIKE 2 MONTHS...

IF 30TH OCTOBER 2012, I SEE YOU CRY..PLEASE MAKE SURE I CAN SEE YOU SMILE 2 YEARS LATER...

PROMISE TO ME THAT YOU WILL BECOME A BETTER PERSON...

DON'T FORGET THAT SJ & ELF WILL ALWAYS PRAY FOR YOU AND BE WITH YOU WHEREVER YOU ARE AND WHATEVER YOU'LL BE...

TILL WE MET AGAIN IN JULY 2014................


Read more ...

Sunday, October 28, 2012

World Walking Day Nestle 2012

Salam you alls...hehehe. Sihat tak?

Dah berapa hari xupdate ni.

Hmm, hari ni nak update sal World Walking Day Nestle 2012 yang telah berlansung pada hari ni 28 Oktober 2012 di Putrajaya. Aku pun join sama program ni. Oleh sebab jalan kaki je, so memang excited sangat nak join. Dari hari Sabtu lagi aku dah training kaki ni berlari berjalan supaya hari ni xde la sengal sangat kaki ni nak jalan 5,000 langkah.WOW

Pukul 5am aku dah terjaga, excited punya pasalkan. Tapi lepak2 dulu atas katil sampai pukul 5.30am baru mandi dan after setel solat subuh, aku siap2 nak keluar umah dah. Tepat 6.30am lepas siap cucuk insulin mak, aku drive ke tempat event tu. Sampai je tengok dah ramai peserta yang sampai. Lepas parking keta, aku terus je ke meja pendaftaran untuk claim t-shirt WWD tu. Punya la ramai orang..tapi nasib baik kaunter claim kupon dan t-shirt berbeza, so takde la lama sangat aku beratur.

Ok, lepas dapat baju aku terus salin dan lepas tu terus ke tapak permulaan. Tengah jalan2, terserempak dengan member ofis, Kak Noreen dan keluarganya. Gambar Kak Noreen xsempat nak amik, tapi dapat snap gambar anak bongsu Kak Noreen, adik Rahman yang sangat comel ni. Time ni Rahman tengah busy dengan belon.

Acara bermula tepat pukul 8am. Tapi sebelum ada acara senamrobik untuk regangan badan. Sekali dia menari tariang Bangra daaa...terkial2 aku nak ikut tarian tu..haruslah lintang pukangkan. Hehehe...last2 tangan gerak kaki kaku je. Apa benda aku buat pun aku xtau.

WWD 2012 ni serentak dengan 6 buah negeri seluruh Malaysia yang turut berlangsung juga. Di Putrajaya ada lebih 6,000 peserta yang join dan aku salah seorang daripada beribu yang sertai program ni. Sebaik acara bermula, ada juga yang try berjogging..eh, ni jalan kaki la.yang kau jogging tu nak buat apa.

Aku jalan kaki dengan Kak Noreen and family. Awal2 jalan tu sempat berborak dengan mak Kak Noreen cite2 sal eksesais kaki. Best juga tapi bila dah capai 1,000 langkah, makcik nak stop sebab penat katanya. So, aku continue jalan dengan Kak Noreen dan anak sulungnya Luqman. Tapi sampai 2,000 langkah Kak Noreen terpaksa stop atasa sebab2 tertentu. So, aku continue la jalan kaki seorang diri. Bila dah jalan sorang2 ni mula la langkah tu laju semacam dek kena kejar hantu kan.

Yeay!!!! Aku dah capai 3,000 langkah..wow..tak sangka kejap je dah 3,000 langkah.
Fuh, lagi bersemangat aku nak sampai 4,000 langkah. Eceh...sempat la juga aku snap gambar2 sekitar acara jalan kaki ni. Macam2 gaya dan ragam ada tapi yang paling aku respect bila ada kanak2 yang turut ikut serta program ni. Ada kecik cam umur 3-4 tahun pun jalan juga. Hebat mu dik... :) Kagum acik. 
Read more ...

Monday, October 22, 2012

Menu Percubaan Untuk Berdiet - Weet-Bix

Salam semua..apa khabar korang? Harap semua sihat ya.

Malam yang sejuk ni rasa lapar x perut? Meh sini, nak kongsi makanan yang baru lagi berkhasiat untuk korang2 yang sama jenis cam aku..berat badan terlebih. 

Semalam (ahad) aku gi Alamanda lepas maghrib. Hasrat nak cari Weet-Bix kat Cold Storage sebab xyakin benda alah ni ada kat Carrefour. Sampai kat Cold Storage je, terus gi kat bahagian cereal. Hmm, belek2 jalan2 sekali nampak Weet-Bix..TAPI.....bukan yang macam aku cari cam gambar bawah ni. Yang kat Cold Storage tu dalam bentuk cereal, cube2 ada coklat2 sekali. Aku xnak sebab aku nak yang original flavour..tawar dan rasa sedap2 lemak2. Heheh. Oleh itu, xjadi beli la semalam..Kempunan aku.

Tapi pagi tadi, lepas breakfast mee goreng (berminyak kot), officer aku Kak Aida datang bagitau yang dia ada belikan Weet-Bix untuk aku dan member unit. WAH!!!! Bahagia rasa diri. Tercapai hajat aku. 
Maka, dengan semangat aku bayar RM10 kat Kak Aida. 

Bila dah dapat je Weet-Bix ni, terus buka kotak sebab nak tengok ada berapa biji dalam satu kotak ni. Beratnya 375gram. Tapi isi dalam banyak wooo. Memang jimat.
Plan aku nak makan time breakfast dan dan lunch. Hohoho..maka tengah hari tadi aku gi Traders Cafe tapaw lauk ikan keli masak sambal dan taufu telur. Naik ke tempat aku pun campurkan Weet-Bix ni dalam sambal ikan keli tu. Nak tau rasa camane? SEDAP giler tak tipu. Sangat sedap ibarat korang makan nasi je. Cuma beza rasa rangup2 sebab Weet-Bix ni rangup. Hahahha. Memang pelik tapi xpe la kan..janji sedap.

Ooo...apa tu Weet-Bix? Weet-Bix ni diperbuat daripada Whole Grain. Kandungan khasiat yang baik sesuai la untuk orang cam aku yang sekarang ni dalam proses turunkan berat badan. Walaupun Weet-Bix ni adalah breakfast cereal, tapi sesuai untuk lunch dan dinner. Boleh dimakan begitu sahaja atau kalo korang xsuka rasa tawar dia, boleh makan dengan susu rendah lemah / susu segar campur dengan buah-buahan. Sedap juga. 
Atau kalo korang jenis yang creative macam officer aku Kak Aida tu, boleh makan dengan kicap tau. Sedap katanya. Baik korang cuba. Harga sekotak Weet-Bix ni ialah RM9.90 sahaja tapi jenis yang aku beli ni la. Kalo yang cerealnya dekat Cold Storage dalam RM19.89. 
Kalo korang nak tau lebih info tentang Weet-Bix ni, boleh tanya pada En Google ya sebab beliau sudi menjawab dengan lebih lanjut. :)


Ok, aku nak p salin Weet-Bix ni nak letak dalam tupperware sebab esok nak bawa gi opis.

Korang yang nak jaga makan jangan lupa cuba Weet-Bix ni sebab makan 2 bar je dah cukup buat korang kenyang. 

Okay..sekian



Feel free to view:
Read more ...

Saturday, October 20, 2012

Review KFC Zinger Double Down

Hi semua....selamat hari sabtu you alls..hehe

Hari ni I gi jenjalan ikut mak shopping. Mak je la shopping..aku takdak sebab gaji belum dapat. Heheh.
Kitorang keluar pukul 3.30pm ke butik Fareeda kat Bangi. Adeh..punya le kena beratur sebab ramai sangat orang. Kaya betul orang Malaysia ni kan..time ujung bulan leh lagi shopping beli tudung Fareeda. Mak aku dapat la gak 2 helai tudung Fareeda tu. 

OK....destinasi seterusnya ke The Mines Shopping Fair. Eh ye ke? Ala..The Mines tu. Mak nak cari kain untuk Aisyah. So after beli kain mak kata perutnya lapar. Maka kitorang terus ke KFC sebab nak legakan perut ni.

So, aku pilih KFC Zinger Double Down. Ni first time rasa ni. Tengok iklan semuanya berlapik ayam dan ayam. Memang betul..semuanya ayam. Bentuk dia buat macam burger..so kiranya korang makan ala burger ayam la juga cuma rotinye ganti ngan kepingan ayam rangup.

Dimulakan dengan bismillah.. Gigitan pertama terus buat aku cakap "Rasa cam ayam Hot & Spicy". Itu tandanya memang sedaplah tu. So, gigitan2 yang seterusnya diteruskan dengan cara makan yang sopan sebab ada sos dalamnya.

Dilapik dengan daging ayam zinger, ada kepingan ayam salai yang rangup dan juga cheese. Rasanya memang sedap dan xrugi la korang beli dengan harga RM8.40 ala-carte. Lagi sedap kalo korang letak sos chili thai tu. Lagi mengancam ooo. Xtipu punya ni. *Muka suci je ni..heheh.

Ada 2 pilihan, ala-carte atau combo. Saiznya kecik sikit dari zinger burger dan takde daun salad cam zinger burger tu. So, kalo korang xsuka sayur memang kena sangat dengan tekak korang. Sapuan mayonis dan sos apa tah dalam tu buat rasanya lagi best. Lemak2 gitu. Cuma satu je, minyak kena kurang sikit sebab daging ayam goreng ni serap minyak. Xtau la kalo outlet KFC kat Mines ni yang memang goreng berminyak sangat.

Tapi aku memang syorkan korang beli KFC Zinger Double Down ni sebab sangat buat meja korang tu bersih ibarat cam korang ni pembersih sangat. Maklumla xde tulang kan..xde la bersepah meja korang dengan tulang2 ayam tu. Heheh..
OK...nanti I share review sal Garden Lifestyle dan Store ya. Babai korang


Feel free to view:
Read more ...

Nuff Ads