Thursday, October 27, 2011

Super Junior’s Kyuhyun got threatened with a knife in Spain


Super Junior‘s Kyuhyun revealed that he was threatened with a knife while he was in Spain.
On October 27th, Kyuhyun tweeted,
A morning in Spain.. On my way back to the hotel, in a strange place,  a young man suddenly began to follow me and start up conversation.. I had a bad feeling about it, then he took out his knife and began to threaten me.. He hectically yelled at me, then gave up and ran away.. To those of you who vacation alone, please be careful ㅜㅜ
According to SM Entertainment, after completing the ‘SMTOWN Live NYC‘ at Madison Square Garden, Super Junior has been taking a break. Kyuhyun decided to recharge on a solo vacation to Spain, but it seems that he had a dangerous encounter.
A SM Entertainment representative, “He spoke on the phone with his manager before posting. Thankfully, nothing happened and he is safe now.
Source: Star News via Nate
**************************
Dah baca? Ee...geram. Sampai hati kau nak rompak adik kesayangan aku ni. Kurang asam punya perompak. Siap acu pisau bagai...siapla kau datang Malaysia aku tembak kau ngan senapang gajah baru terlopong hidung kau.
Si Kyu ni pun satu..yang gi travel sorang diri ke Spain tu apa hal? Join la Teuk ngan Hae kat Jepun tu..xpun bawa family gi sana. Suka sangat jalan sorang...bahaya tau. Kalau jadi apa2..sapa susah? Kau juga kan..kami kat sini CONFIRM sedih tau..hhuhu

Read more ...

SOLAT ITU BUANG MASA??


Salam semua.. artikel ni kawan ofis yang share daripada iluvislam. Just nak share dan memperbaiki diri sendiri juga. InsyaAllah
"Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?" Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.
Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:
"Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?"
Seorang pelajar menjawab, "kerana mereka jarang melihat orang solat."
Yang lain menjawab, "mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak sekerap dan selama kita umat Islam."
Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam. Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang terlalu mencabar.
"Ada sebab lain?" tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam. Mungkin terus berfikir.
"Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoritinya tidak membuang masa..." kata saya meluahkan hasil pemerhatian secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling kereta api.
"Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di Malaysia? "
"Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa," jawab seorang pelajar secara spontan.
Saya senyum, sambil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting (termasuk solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.
"Apa yang saudara jawab?" tanya saya menduga. Gembira melihat mereka tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.
"Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu."
"Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu."
"Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?"
"Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri," jawab saya.
"Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?" tanya seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).
Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan berani.
"Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya? Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu menyelenggarakannya. Kamu sentiasa buat "maintanance" kapal terbang, kereta api elektrik ("bullet train") dan kereta kamu..." terang saya.
Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan tingkap yang terbuka. Nyaman.
"Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?"
"Tentulah manusia," jawab mereka hampir serentak.
"Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?
"Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?"
"Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami "maintenance" diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri."
"Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri pada seorang manusia?"
"Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!"
"Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya terkawal," sampuk seorang pelajar di barisan belakang.
"Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun masalah yang mereka hadapi," tambah yang lain.
"Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!"
"Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting sekali dalam kehidupan seorang manusia," ujar saya sebagai satu kesimpulan.
SOLAT ITU SOAL PERIBADI?
Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat.
"Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing."
"Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi," tekan saya.
"Mengapa?"
"Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran."
"Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga..."
"Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja," tusuk saya perlahan.
"Kemungkaran dalam kerja? Apa tu?"
"Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan."
"Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan."
"Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan."
"Kenapa?" tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah laku dalam syarikatnya.
"Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat."
"Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita," katanya berterus-terang.
"Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh kakitangan syarikat ini jadi baik?
Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik."
Dia merenung muka saya lalu berkata,"tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?"

"Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?" balas saya.
Setelah melihat dia diam, saya menambah, "sebenarnya kita perlu kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?"
"Kos... kos dan peruntukan latihan akan bertambah," balasnya.
Kali ini saya pula terdiam.
"Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?"
"Itu soal pihak atasan..." kilasnya.
"Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka."
"Baik tu baik. Tetapi..."
"Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik.
Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit! Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan," pujuk saya.
Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata, "insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu."
Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam.... tetapi oleh orang Islam sendiri.
Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan. Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!

Read more ...

Jom Gegar Duni Blogger



Salam semua...tetibe je terjumpa segmen ni dalam blog Cik Atiqah kita.
Macam nak join je..

Kalau anda nak join sila klik link ni ya Rilex's Sebentar

Saya join segmen ni cuma nak tambah kenalan blogger diluar sana. Blog saya ni xcantik sangat. Sorry.

First of all, terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang sudi visit blog saya yang xseberapa ni.

Semoga hidup kita semua diberkati ok...



Read more ...

Tuesday, October 25, 2011

Selamat Hari Deepavali


Esok Deepavali. Perayaan bagi masyarakat India di Malaysia mahupun seluruh pelusuk dunia yang ada masyarakat India.
Bila tiba Deepavali, teringat zaman sekolah dulu bila aku dan kawan2 gi beraya umah member2 berbangsa India. Seronok tau tambah aku memang suka tosai ngan kari india. Huh...sedap xterkata beb.
Selain tu, tauke kedai runcit merangkap friend arwah abah plak memang xpernah miss bagi kari, tosai dan biskut setiap kali Deepavali, apalagi haruslah best kan.
Sebenarnya, kami adik beradik diasuh dan dididik untuk bercampur gaul dengan semua bangsa sebab kata abah hidup kat Malaysia kalo kita xreti nak berkawan / bercampur ngan bangsa lain, susah nanti.
Betul kata arwah, memang banyak faedah. Hehe..time Chinese New Year pun aku dan kembar yang sibuk beraya skali.

So, khas untuk member2 berbangsa India,
HAPPY DIWALI.
Semoga korang semua bergembira dengan keluarga tersayang.
Tadi sempat berborak ngan sahabat dari sekolah rendah lagi, Nirmala. Dia sedang syok shopping beli bunga untuk Deepavali esok. Cuti seminggu sampai Isnin depa.
Memang raya sakan kau Nirmala.

Ok. buat Nirmala, Puneswari, Krishnamurthi, Jayanthi dan sapa2 lagi la
Selamat Hari Deepavali.
Kalo makan tosai jangan lupa aku kat sini.
Malam ni confirm aku message korang nak ucap Happy Diwali

Read more ...

InkiONE Kpop Party

Ok..hari ni nak cite experience masa gi InkiONE Kpop Party organised by S ONE HD, B.yond dan Astro.

Actually, saya x join contest ni maklum la bukan subscriber..tapi kembar yang yang sebab account astro kat rumah pun dia yang punya. She won 3 tix for the party. Apalagi kan, haruslah kembar dia yang sorang ni (saya la) wajib kena join dia dan kami ajak sorang lagi member, Yanie untuk gi skali.

Event berlangsung di Bentley Music Auditorium, PJ. Berhadapan dengan Tesco.
Kami gerak dari rumah agak awal sebab nak ambil Yanie dari stesen lrt Bandar Tasik Selatan. Lebih kurang pukul 11.30 macam tu Yanie sampai dan kitorang terus je gerak ke tempat yang dituju. Actually..aku ni memang buta sikit jalan sebab jarang gi area sana. Nasib ada signboard dan sedikit bantuan GPS Yanie, akhirnya kami sampai di Bentley Music tapi x park keta kat situ. Kami parking keta kat Tesco sebab lapar nak makan.

Apalagi..singgah la KFC sebab nak cepat punya pasal. First time rasa ayam perisa tomyam. Pedas gak.

Lebih kurang pukul 1.30 pm kami terus gerak gi Bentley Music sebab nak queue untuk registration.

Wah...first time tu saya masuk Bentley Music. Best gak ala2 high class gitu. heheh.

Registration start pukul 2 pm tapi dah ramai yang queue. Masing2 datang dengan gaya tersendiri. Ada yang seksi, yang datang ala2 pakai jubah pun ada..tapi ada sorang minah ni yang sangat la pelik cara dia berfesyen. Xmo describe macam mana dia berfesyen, cukup sekadar cakap minah ni memang mangsa penderaan fesyen. So, pada korang semua, ini ingatan sahaja..sila berfesyen kena dengan gaya dan padanan warna yang sesuai..kalo kontra sangat pun dah macam alien plak nanti.

So, after registration kami pun beratur didepan pintu masuk auditorium. Pintu buka pukul 3. Penganjur ada sediakan refreshment tau..so amik muffin je la..buat kudap2..
Tengah beratur..elok je kami depan pintu auditorium ni...baik plak ada 5 minah ni selamba badak je potong queue..dah la buat muka xmalu je potong line orang..siap bersembang sampai langgar belakang badan saya apahalkan? hangin pulak tetibe..

OK..lupakan perihal hangin tu..kita ke bab party plak..

Party start around 3pm. Nasib saya cepat tarik tangan kembar, trus dapat tempat duduk..hehehe. Yang xdapat tempat duduk, siap duduk kat tepi stage and ada gak yang duduk bawah je..

Party dimulakan dengan tayangan Inkigayo yang ada last stage Super Junio tu. Memang sakan semua yang hadir jerit. Ibarat kat concert pun ada. Ada siap buat fanchant gitu. Kelasss korang. Tapi untuk saya, cuma jerit bila Super Junior and Orange Caramel keluar je. 

After Inkigayo..maka Mr. MC..Jehan Miskin pun muncul la sambil perkenalkan diri sambil beramah mesra ngan para audience. Jehan introduce first performer A Kpop Cover Dance Group yang saya xtau apa nama dorang ni mulakan performance. WOW..performance dorang memang superb tau. Dorang menari 3 jenis tarian iaitu Mr. Simple (Super Junior), Roly Poly (T-ara) dan Tonight (Big Bang). Memang kelas tarian dorang. Dah rasa cam tengok artis sebenar yang perform.keke.
After dorang selesai menari, this group siap ajar kami para audience dance step Mr. Simple dan Tonight. Macam2 gaya kuar bila masing2 cuba nak jadi SJ & Big Bang member. Saya pulak terus failed nak ikut dance step tu.hehehe

Then next segment..yang paling ditunggu ialah time to the real party!!!! Wahahaha.

Guest DJ, DJ Funky T yang merupakan 1st Singaporean DJ yang mainkan mash song secara live muncul dan mainkan lagu2 popular Kpop. Antara lagu2 Kpop yang dimainkan adalah daripada kumpulan Super Junior, Shinee, SNSD, f(x), Beast, 4Minute, T-ara, Infinite, 2PM, Miss A dan banyak lagi la..
Lebih kurang 1 jam jugak la Mr. DJ ni mainkan lagu2 ni semua. Nak puji dj ni jap... Sangat suka bila DJ Funky mainkan lagu SuJu sampai habis...hahaha. Siap lompat2 lagi. 

Semasa DJ Funky mainkan lagu2 kpop, siap ada group2 tertentu yang menari kat atas stage. Tabik la sebab dorang leh hafal step setiap dance. Memang dorang ni fanatik kpop ni. 

Tapi saya xde la sepanjang masa melompat kan..harus la x. Time lagu2 yang biasa saya duduk je. Tengok gelagat audience yang menari sakan. Hmm..dah macam disko tau. (Simpang la jangan).

Segmen terakhir, iaitu segment kemuncak adalah pengumuman winner yang akan dapat ke Korea untuk menonton secara live SBS Gayo Daejun nanti. WOW.. cuma bukan tuah untuk kembar sebab xterpilih. Xpe la kan..datang pun just nak have fun. Winner adalah seorang gadis yang kecil molek merupakan fan TVXQ. Tahniah k.

Tamat je event, terus je gi dekat stage sebab nak bergambar dengan MC Jehan Miskin. Tapi kesian saya asyik terpinggir dengan Jehan Miskin..huhu..sedey tau..hilang mood jap. 

Nasib DJ cute DJ Funky T sangat la sporting. Dapat gak snap 1 photo ngan DJ ni

OK...sekian je fan account ni. Sorry cerita xbrapa sebab saya bukan seorang yang pandai bercerita. EHEH


Sekitar luar pintu masuk auditorium. Ada gak stand picture actor/actress yang drama dorang dimainkan di S ONE HD

Last but not least before nak balik tu, kami bertiga sempat bergambar kat signboard Bentley Music sebagai tanda bahawa kami dah sampai sini. :)

Read more ...

Monday, October 24, 2011

SuJu Kanda! Hey! I'm Mr. Simple

Morning korang... pekaba? ehem..(sila guna bahasa yang sesuai)..

Apa khabar semua? Sihat?
Pagi ni sangat menceriakan saya...bukan apa, pepagi buta masa on radio, hajat nak terus cucuk mp3 kat keta..sekali Hot fm mainkan lagu Mr. Simple by my favorite idol, Super Junior...terus cancel cucuk mp3. Terus je dengar lagu tu sampai habis, then baru cucuk mp3 kat keta. Gembira xterkata sebab first time sebenarnye dengar lagu ni main pepagi buta kat radio (maaf ketinggalan sebab jarang dengar radio).

Pastu, hari ni pulak jalan xberapa nak jam..mungkin sebab orang India dah balik kampung + ngan orang2 lain yang juga join balik kampung..maka jalan kurang sikit jam.. best sbb kuar umah pukul 6.40 pun leh sampai ofis sebelum pukul 7.15..hehehe..

Macam mana pagi korang? Cer cite cer cite...hehehe

*Makanya pagi ni harus la on playlist lagu wajibkan..hehehe
Read more ...

Sunday, October 23, 2011

E.L.F. Meet Up For SJ Donghae's Birthday Party

Annyeong haseyo chingu.


Hi...kali nak story pasal Meet Up last week. Sorry for late sebab sangat busy dengan fan blog SJ tu. Banyak sangat event yang SJ attend, makanya xsempat la nak update sal event yang satu ni.




Ok xmo cite panjang...


Kami berkumpul di Taste Of Asia, Times Square around 10 am lebih kurang la. Lebih kurang 12 orang total yang join tetapi xsemua stay sampai akhir program sebab ada yang kena balik awal.

Kami dah plan nak celebrate birthday Abang Ikan yang HANDSOME ini sejak dari bulan Ogos lagi. So, apa yang nak dibuat semua dah plan awal2. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Cuma tang kek je la xbrapa nak lancar sebab kami beli kek on the day onwards. So xde la kek yang special for the event but still  got a cute cake.

So, upacara cam biasa.....amik gambar kek banyak2 + gambar2 kami dengan kek. Hmmm...lupa nak bagitau, setiap member yang nak join diwajibkan untuk membawa album ke-5 Super Junior version A iaitu Mr. Simple but my twin brought the version B as well. In case kalo ada yang terlupa bawa. 

Kek di beli di Bread History , adik beradik ngan Bread Story rasanya..hehehe..black forest gitu..hehe..  Makanya kami pun mula la amik gambar dengan pelbagai aneka ragam. Gambar ngan poster la, ngan kek la, ngan member tu wajib la kan...hahah..tapi ada satu pose paling best...
Semua dengan mood happy sebab dapat bersama celebrate birthday SJ Donghae. Tambahan xslalu dapat gather ramai2 camni, so chance yang ada jangan di buang begitu je kan.



Memandangkan yang kami celebrate birthday ni orang Korea, makanya makanan pun harus la bercirikan negara Winter Sonata tu kan...yang buat kami happy xtentu pasal bila ternampak poster Super Junior Happy kat kedai makanan Korea yang kami pergi tu..semua pakat2 sengih nampak gigi..TANDA BANGGA!


OK....lets end this entry...Memori yang ada ni akan menjadi kenangan buat kami sebab jarang2 kami dapat kumpul and celebrate SJ member punya birthday..Harap tahun depan dapat sambut untuk member lain pulak kan..


Tuan punya blog (saya) pun sempat posing ngan kek ni..

Yang ni plak tuan punya blog dengan kembarnya

Yang ni pulak ngan Nadia...selepas kekenyangan makan

Saya tinggalkan anda semua dengan gambar special ni


Read more ...

Friday, October 21, 2011

JOM TAMBAH TRAFIK BLOGGGGG!

Jom Tambah Trafik Blog!

Klik di sini .. TRAFIK

Tarikh tutup : 23/10/2011 - 2.30 petang


Meh join sesama

Read more ...

Thursday, October 20, 2011

SM ENTERTAINMENT’S UNFAIR TREATMENT TOWARDS SUPER JUNIOR; Just My Thought


1st article:
It seems it’s not only VIPs that are angry with the way their management label favors the girl groups, as several SM Entertainment fandoms recently voiced their concerns on Pann as well.  Many fandoms expressed that they were upset with the way SM favored SNSD and gave them the promotion and push that their other groups never received.
The important thing to note about this Pann is that it is NOT an attack against SNSD.
The post received 45,690 views, 893 recommendations, 429 replies, and was the trending article of the day.  Translation below:
SM fandoms are not angry or pissed off against SNSD.  We’re angry against SM Entertainment for the way they only favor SNSD.  Because of SNSD’s comeback, it seems they totally pushed Super Junior’s follow-up promotions on the backburner.  That in itself is ridiculous, but there’s also the fact that TVXQ, Super Junior, and SHINee have set so many incredible records that SM Entertainment never acknowledged or put out articles in the media for.  But of course, SM will never ever promote another group other than SNSD even if their lives were put on the line.
And to the Sones.  I often see Sones acting like they’re really not being treated like princesses because the girls are always having to perform at several events a day, traveling from Seoul to Pyungtaek and even visiting the emergency room.
Should I refute that?  Super Junior performs at events, SHINee performs at events, f(x) and CSJH perform at events, TVXQ performs at events, the Trax performs at events, and even BoA performs at events.  SNSD is not the only one performing at events.  Why, does it piss you off that your precious girls must perform at these little no-name events and not at concerts?  Do you even know how many singers there are that can’t perform at events even if they dreamed of it?
And you’re seriously saying that traveling from Seoul to Pyungtaek is tiring?  Super Junior travels overseas within just a day for their international concerts.  Seoul to Pyungtaek is NOTHING compared to this.
About going to the ER… It’s not only SNSD, all top stars have been there at least once.  Krystal fainted in the middle of a stage during “Mr. Boogie” while performing at an event.
The three best replies were as follows (warning: heavy profanity):
608 agree, 11 disagree 525 agree, 6 disagree 479 agree, 7 disagree
SM fuckers, you’re selling out Super Junior just so you can promote your little princesses?  You produce Super Junior’s album qualities in absolute shit (not the song, the actual physical production) and make it cost fucking expensive.  SNSD’s album, on the other hand, has the highest fucking quality but costs less than Super Junior.  Just admit that you’ve given up on Super Junior, you fuckers.
Source: Nate Pann
Translated by netizenbuzz.wordpress.com
_________________________________________________________________
2nd article: 
Controversy regarding the unfair treatment Super Junior is receiving from SM Entertainment (especially in comparison to SNSD) is still brewing hot on Korean boards. Recently, a post on Nate Pann received about 205,069 views and made it into the top 10 most viewed/commented post of the week. It received about 2,125 recommendations and 1,227 comments as of October 16th.
The full translation of the post is as follows:
1. Let’s begin with what Lee Soo Man himself thinks of Super Junior (this is taken directly from an interview he had):
“그는 ㅂㅇ 가 일본 진출에 성공한 이후 아시아뿐만 아니라 세계에서 통할 수 있는 최고의 팀을 구상했다. 그러나 자원의 한계 때문에 선택과 집중이 필요했다. 그래서 여러 팀에서 최고를 한 사람씩 뽑아서 메이저리그라고 할 수 있는 단 한 팀을 구성했고, 그것이 ㄷㅂㅅㄱ였다. “여기에 선발되지 않은 팀은 모두 와해될 판이었습니다. 하지만 계약을 했기 때문에 책임져야 했지요. 그래서 그런 팀 중에서 음악도 잘하고 버라이어티쇼도 할 수 있는 팀으로 키운 게 슈퍼주니어였어요. 그들은 살아남기 위해 피눈물나는 노력을 기울였고, 저희도 미안해서 도와주게 됐지요.”
“Lee Soo Man successfully advanced BoA into the Japanese market and began planning the best team that he would be taking not only into Asia, but worldwide. Because of the limits of support, he needed to focus and choose. Out of several different teams, he chose one member from each and brought them together to create a ‘major-league’ team. That team was TVXQ. Lee Soo Man stated, ‘The members that weren’t chosen to be a part of the team were on the verge of disintegration. But because we had already contracted with them, we had to take responsibility. One of the teams was Super Junior, a group we raised to excel in music and variety shows. In order to survive, they had to cry tears of bleed through their efforts. We felt sorry for them, which is why we helped.’”
Source: http://biz.chosun.com/site/data/html_dir/2011/10/14/2011101401275.html
So I guess that’s proof that they don’t care what happens to us and that they’re only supporting the group out of sympathy. To SM, it doesn’t matter whether Super Junior does well or not. I feel so bad for our oppas, they have nothing but their fans to trust in a company like that.
It’s always the fans that are promoting their albums for them.
2. SM Entertainment changed Super Junior’s solo concert to an SM Entertainment concert.
Europe had been sending many requests for a Super Junior concert. Right when they were preparing one, SM changed it to a full out SM Entertainment concert.
Peru voted Super Junior as the #1 artist they wanted to see there. Not SM Town, but Super Junior. They had petitioned for a Super Junior concert for some time now.
3. Album quality
SNSD’s album is made out of iron – obviously a lot of work was gone into it. But as for us? Ever since our second album, we’ve been getting nothing but pieces of paper.
But it gets better. I heard that SNSD’s iron album is only $19. Our pieces of paper was $20. Since when did paper become so expensive in Korea?
SM never does anything for us. At first, we were just upset and shocked, but now we’re so used to it. Don’t you think this is too much, though?
4. SM is trying to delay Super Junior Show
5. SM is always re-using sets for Super Junior’s music videos and teasers
6. SM always cuts off Super Junior with ‘etc’ when talking about their company in articles.
For example: “Starting with H.O.T., artists under SM like BoA, TVXQ, SNSD, and etc are receiving much popularity overseas.”
Lee Soo Man also stated, “TVXQ is a group formed by taking the best members out of three idol teams. Super Junior is a group with the rest of those members. Because of that, there was a large difference in skill, which is why they had to grit their teeth to work to become the world’s greatest idols. It’s a result I myself didn’t expect.”
7. Heechul’s SM diss on radio:
“내가 가끔그러거든요.그 회사분들이랑 얘기할떄 아니우리뭐 대만에서 38주 1위하고 뭐 미인아도 지금뭐 18주짼지 몇주짼지 1위래요 이런거#%@#^* 왜  우린왜 기사 많이 안나와요. 따른데 처럼 막 플레이하고 우리도 빵빵해야지 우린 아무것도 안하는줄 알잖아요.그렇게 얘기하면은 회사에서 어떻게 하면 되게 고마운 말이에요. 아이.. 우리는 슈퍼주니어가 그정도하는거는 어느정도 되게 당연하다고 생각하기 떄문에 고런걸로 괜히 호들갑 떨필요 없다고 생각한다.  그래가지고 제가 그러거든요.
YO말만잘해 욕쉬~”
Heechul: “I sometimes mention how we’ve been ranking first in Taiwan for 38 weeks and how Bonamana has been topping for 18 weeks and stuff like that when talking to people in our company and ask why they don’t make articles for us. I asked them to put out a few headlines like other companies do so that people just don’t think we’re doing nothing. When I say things like that, however, they’ll say back, ‘It’s because we think that it’s definite that Super Junior achieves those things. I don’t think it’s necessary to make a big deal out of things like that.’ So I’ll always just say back, ‘Yeah, you’re all talk.’”
8. ELF, the more things like this happen, let’s not forget our roots and continue to protect Super Junior!
“It is not the cry of an immature child. Being a fan means being brave enough to protect what is most precious to you.”
I’d like to make it clear to Sones or fans of other SM groups that we are not hating on SNSD or Sones, we are criticizing the unfair treatment SM is giving Super Junior! Sones, please don’t apologize for something that isn’t your fault.
The three best replies were as follows:
1. 1,413 agree, 54 disagree
“So they made a group that they didn’t even think would do well out of pure sympathy. They made them sleep only 2-3 hours a day and travel to Malaysia, China, and Korea in just a day. They made someone who lost their father three weeks ago stand on stage and sing bright songs. They made an injured person that couldn’t even walk properly drag their legs on stage to sing. They made someone that had just come out of a car accident to go on TV. In such a tragic setting, you forced these kids to go on variety shows, perform at events, made them the talk of misunderstanding and criticism just so you could touch a bit of money. Even if they created laughter on variety shows, worked so hard to the point of fainting, they were only given several hundreds for their work – all members included. Even slaves are treated better than this.”
2. 1,382 agree, 67 disagree
“Super Junior cried tears of blood to reach the position they are at now.”
3. 751 agree, 19 disagree
“How much harder must we work to get some support? Super Junior was able to ride a private jet for their schedules on this Music Core, but it wasn’t provided by the company, but by the broadcast station. Thank you, broadcast station.”
Random reply:
“There’s a reason why Super Junior is so nice to their fans. Everything their company and networks say are different so even though they have to trust them, they don’t trust them all the way. They have nothing but their fans to depend on… Elfs know that, so we take care of each other. Thinking back to all the times that we petitioned together, suffered together, and cried together makes me think that I can’t quit being a fan just yet. Things that other fandoms took three, four years to experience, we had to experience just a thousand days into their debut. We have no where to trust – not the company, not anyone – except the members. The members knew that and were always by our side. The company never gave their support, and the fans, using our own hands, got them the DJ the positions they have now. This post makes me think of the old times where I believed that all we had to do was hold it in… hold it in until the group grows more, until they’re at the very top, to create and rewrite history because we have so much more to show.
Source: Nate Pann
Translated by netizenbuzz.wordpress.com
*****************************

Dh baca article kat atas ni? So, for this time, I'm gonna talk about how some artist being treat very unfairly from their own company.


I'm a big fan of Super Junior since I was introduced to them by my twin. Starting from Sorry Sorry, I'm not only be a normal fan but a hardcore fan. Everything related to Super Junior, I will try to never miss out. 


Heechul: “I sometimes mention how we’ve been ranking first in Taiwan for 38 weeks and how Bonamana has been topping for 18 weeks and stuff like that when talking to people in our company and ask why they don’t make articles for us. I asked them to put out a few headlines like other companies do so that people just don’t think we’re doing nothing. When I say things like that, however, they’ll say back, ‘It’s because we think that it’s definite that Super Junior achieves those things. I don’t think it’s necessary to make a big deal out of things like that.’ So I’ll always just say back, ‘Yeah, you’re all talk.’”



Masa baca comment Heechul ni, terus dalam hati kata..WHAT THE HELL IS GOING ON?

Masih ingat lagi isu GDA 2010? The sad memory will never been forgotton. The award which is supposed to be given to SJ but finally it goes to SNSD. Not only E.L.F. terkejut even other fandom also shocked with it. Everyone gave their sympathy to SJ. Even the artist yang hadir pun turut bersimpati kepada SJ yang hanya mampu melihat award yang sepatutnya menjadi milik mereka tetapi diberikan kepada artis lain.

SJ Leader, Leeteuk nyata x mampu menahan kesedihan itu sehingga Heechul terpaksa menenangkannya. Bagi kami, ELF ianya adalah mimpi yang sangat ngeri dan buruk. Melihat SJ members sedih cukup buat hati kami pilu. 

Pelbagai alasan yang diberikan oleh GDA organiser kononnya SNSD layak terima award sebagai pendorong untuk group tu lebih maju. Sehingga rules yang sepatutnya dipatuhi pun langgar je kan?
After so many investigation yang dilakukan oleh fans/reporters  yang sangat curious dengan cara pemarkahan GDA..there are so many lies behind all this. Dari segi album sales count hinggalah rating poll yang dilakukan. Some said, SMent had instructed the GDA chairman to changed the winner from SJ to SNSD. 

See? Nampak sangat dorang memang nak bunuh SJ kan? Malam selepas peristiwa pahit tu berlaku, Leeteuk & Heechul langsung x tido memikirkan hal ni. Kami sebagai fans juga xmampu nak lelapkan mata kerana simpati kepada mereka. 

Kecewa, sedih, terkilan semua bercampur baur apabila segala usaha kami dinafikan oleh SMent. No wonder orang chop Lee SooMan sebagai manusia paling keji sekali. So, I agreed. 

After Heechul temporary leave the group for army service, SJ become like no one they can rely to. Promosi following track A-CHA pun ibarat cam hidup segan mati x mau je. Senang cakap, no promotion for A-CHA except their performance through music show like Music Bank, Music Core & Inkigayo + M!Countdown. Alasan? Sebab SMent hanya tumpukan perhatian kepada comeback SNSD. Is it fair? NO!
Thats why la A-CHA is not doing well. 

SJ 5th album, Mr. Simple is doing great in physical album ranking. It's a great achievement from the boys. Walaupun SMent letak harga setinggi mana sekalipun tetap ada orang beli. Memang nak cekik duit fans. Tetapi, album SNSD yang sah2 costly tu boleh plak jual dengan harga yang murah? WHY? Sebab SMent nak orang semua beli album SNSD. Adilkah?

Marah sangat Marah..tambah2 bila baca this:
“Lee Soo Man successfully advanced BoA into the Japanese market and began planning the best team that he would be taking not only into Asia, but worldwide. Because of the limits of support, he needed to focus and choose. Out of several different teams, he chose one member from each and brought them together to create a ‘major-league’ team. That team was TVXQ. Lee Soo Man stated,The members that weren’t chosen to be a part of the team were on the verge of disintegration. But because we had already contracted with them, we had to take responsibility. One of the teams was Super Junior, a group we raised to excel in music and variety shows. In order to survive, they had to cry tears of bleed through their efforts. We felt sorry for them, which is why we helped.’” 


Simpati? Memang kejam kan? No wonder SJ members sanggup keje bagai nak mati sebab semua ni disebabkan oleh company mereka sendiri. 

SMent bangga sangat dengan TVXQ kononnya sebab dorang ni full package. Hello!!! For your info, yang FULL PACKAGE ni la yang betrayed korang balik. Know why? Sebab korang memang kejam wahai SMent. 

SJ yang korang perlekeh ni juga la yang sentiasa puji SMent ni agensi terbaik. Apa jadi dengan group FULL PACKAGE korang tu? Tinggal 2 orang je kan? kan? Itu pun xfaham bahasa lagi. Nasib la SJ members ni memang tolerate orangnya. Kalo tidak, xtahu la nak jadi apa ngan korang. 

Sebab SJ fikir risiko dan sangat sayang kerjaya dan fans la kenapa mereka masih setia dan bertahan dengan SMent. 

After the interview being spread in internet..ramai yang marah tentang komen SooMan ni.
Not only that, Leeteuk's twitter update yesterday[18/10/2011] also got a hidden meaning :

내일죽을것처럼 늘 열심히 최선다하는삶을 살아가자!우리직업은팬들대중들을사랑만받으면되지 그것보다 더큰행복은없다고 본다 다른사랑나도바라지않는다
Let’s live a life doing the best as if I’m going to die tomorrow! Our job is to get loved from the audience and fans, I don’t think there is anything else to it. I’m not even expecting any other kinds of love.
Source: @special1004

Translated by: @TwELFs


Sounds like he already gave up with the company's love toward the group. 
So, I said, "never mind...just let E.L.F and audience love the group rather than your own company and it's much more worth it.

Pujuk juga hati ni untuk sabar je. But I will never stop to fight for them. Will always try my best to be their protector. 
The best words to encourage me and E.L.F as well as SJ itself: 
even if the road we walk is barren,
we are in the end, super junior
THE LAST MAN STANDING

*This is my thought. If you read and hate it...just leave this entry. No need to comment. If you wanna share your thought, feel free to comment. I'm not against SNSD or TVXQ..only to SMENT.
I'm looking forward to this year GDA. Would they be fair to the artist. Lets see!

When TVXQ shot their music video for O overseas, they didn’t even get permission to film at a location so they had to constantly be on the run.  Staffs didn’t even go because of it.
Read more ...