Tuesday, October 25, 2011

Selamat Hari Deepavali


Esok Deepavali. Perayaan bagi masyarakat India di Malaysia mahupun seluruh pelusuk dunia yang ada masyarakat India.
Bila tiba Deepavali, teringat zaman sekolah dulu bila aku dan kawan2 gi beraya umah member2 berbangsa India. Seronok tau tambah aku memang suka tosai ngan kari india. Huh...sedap xterkata beb.
Selain tu, tauke kedai runcit merangkap friend arwah abah plak memang xpernah miss bagi kari, tosai dan biskut setiap kali Deepavali, apalagi haruslah best kan.
Sebenarnya, kami adik beradik diasuh dan dididik untuk bercampur gaul dengan semua bangsa sebab kata abah hidup kat Malaysia kalo kita xreti nak berkawan / bercampur ngan bangsa lain, susah nanti.
Betul kata arwah, memang banyak faedah. Hehe..time Chinese New Year pun aku dan kembar yang sibuk beraya skali.

So, khas untuk member2 berbangsa India,
HAPPY DIWALI.
Semoga korang semua bergembira dengan keluarga tersayang.
Tadi sempat berborak ngan sahabat dari sekolah rendah lagi, Nirmala. Dia sedang syok shopping beli bunga untuk Deepavali esok. Cuti seminggu sampai Isnin depa.
Memang raya sakan kau Nirmala.

Ok. buat Nirmala, Puneswari, Krishnamurthi, Jayanthi dan sapa2 lagi la
Selamat Hari Deepavali.
Kalo makan tosai jangan lupa aku kat sini.
Malam ni confirm aku message korang nak ucap Happy Diwali

2 comments:

  1. Salam mohammad.

    Terima kasih sudi visit blog saya yang xseberapa ni ya..akan balas kunjungan nnt

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads