Tuesday, October 25, 2011

InkiONE Kpop Party

Ok..hari ni nak cite experience masa gi InkiONE Kpop Party organised by S ONE HD, B.yond dan Astro.

Actually, saya x join contest ni maklum la bukan subscriber..tapi kembar yang yang sebab account astro kat rumah pun dia yang punya. She won 3 tix for the party. Apalagi kan, haruslah kembar dia yang sorang ni (saya la) wajib kena join dia dan kami ajak sorang lagi member, Yanie untuk gi skali.

Event berlangsung di Bentley Music Auditorium, PJ. Berhadapan dengan Tesco.
Kami gerak dari rumah agak awal sebab nak ambil Yanie dari stesen lrt Bandar Tasik Selatan. Lebih kurang pukul 11.30 macam tu Yanie sampai dan kitorang terus je gerak ke tempat yang dituju. Actually..aku ni memang buta sikit jalan sebab jarang gi area sana. Nasib ada signboard dan sedikit bantuan GPS Yanie, akhirnya kami sampai di Bentley Music tapi x park keta kat situ. Kami parking keta kat Tesco sebab lapar nak makan.

Apalagi..singgah la KFC sebab nak cepat punya pasal. First time rasa ayam perisa tomyam. Pedas gak.

Lebih kurang pukul 1.30 pm kami terus gerak gi Bentley Music sebab nak queue untuk registration.

Wah...first time tu saya masuk Bentley Music. Best gak ala2 high class gitu. heheh.

Registration start pukul 2 pm tapi dah ramai yang queue. Masing2 datang dengan gaya tersendiri. Ada yang seksi, yang datang ala2 pakai jubah pun ada..tapi ada sorang minah ni yang sangat la pelik cara dia berfesyen. Xmo describe macam mana dia berfesyen, cukup sekadar cakap minah ni memang mangsa penderaan fesyen. So, pada korang semua, ini ingatan sahaja..sila berfesyen kena dengan gaya dan padanan warna yang sesuai..kalo kontra sangat pun dah macam alien plak nanti.

So, after registration kami pun beratur didepan pintu masuk auditorium. Pintu buka pukul 3. Penganjur ada sediakan refreshment tau..so amik muffin je la..buat kudap2..
Tengah beratur..elok je kami depan pintu auditorium ni...baik plak ada 5 minah ni selamba badak je potong queue..dah la buat muka xmalu je potong line orang..siap bersembang sampai langgar belakang badan saya apahalkan? hangin pulak tetibe..

OK..lupakan perihal hangin tu..kita ke bab party plak..

Party start around 3pm. Nasib saya cepat tarik tangan kembar, trus dapat tempat duduk..hehehe. Yang xdapat tempat duduk, siap duduk kat tepi stage and ada gak yang duduk bawah je..

Party dimulakan dengan tayangan Inkigayo yang ada last stage Super Junio tu. Memang sakan semua yang hadir jerit. Ibarat kat concert pun ada. Ada siap buat fanchant gitu. Kelasss korang. Tapi untuk saya, cuma jerit bila Super Junior and Orange Caramel keluar je. 

After Inkigayo..maka Mr. MC..Jehan Miskin pun muncul la sambil perkenalkan diri sambil beramah mesra ngan para audience. Jehan introduce first performer A Kpop Cover Dance Group yang saya xtau apa nama dorang ni mulakan performance. WOW..performance dorang memang superb tau. Dorang menari 3 jenis tarian iaitu Mr. Simple (Super Junior), Roly Poly (T-ara) dan Tonight (Big Bang). Memang kelas tarian dorang. Dah rasa cam tengok artis sebenar yang perform.keke.
After dorang selesai menari, this group siap ajar kami para audience dance step Mr. Simple dan Tonight. Macam2 gaya kuar bila masing2 cuba nak jadi SJ & Big Bang member. Saya pulak terus failed nak ikut dance step tu.hehehe

Then next segment..yang paling ditunggu ialah time to the real party!!!! Wahahaha.

Guest DJ, DJ Funky T yang merupakan 1st Singaporean DJ yang mainkan mash song secara live muncul dan mainkan lagu2 popular Kpop. Antara lagu2 Kpop yang dimainkan adalah daripada kumpulan Super Junior, Shinee, SNSD, f(x), Beast, 4Minute, T-ara, Infinite, 2PM, Miss A dan banyak lagi la..
Lebih kurang 1 jam jugak la Mr. DJ ni mainkan lagu2 ni semua. Nak puji dj ni jap... Sangat suka bila DJ Funky mainkan lagu SuJu sampai habis...hahaha. Siap lompat2 lagi. 

Semasa DJ Funky mainkan lagu2 kpop, siap ada group2 tertentu yang menari kat atas stage. Tabik la sebab dorang leh hafal step setiap dance. Memang dorang ni fanatik kpop ni. 

Tapi saya xde la sepanjang masa melompat kan..harus la x. Time lagu2 yang biasa saya duduk je. Tengok gelagat audience yang menari sakan. Hmm..dah macam disko tau. (Simpang la jangan).

Segmen terakhir, iaitu segment kemuncak adalah pengumuman winner yang akan dapat ke Korea untuk menonton secara live SBS Gayo Daejun nanti. WOW.. cuma bukan tuah untuk kembar sebab xterpilih. Xpe la kan..datang pun just nak have fun. Winner adalah seorang gadis yang kecil molek merupakan fan TVXQ. Tahniah k.

Tamat je event, terus je gi dekat stage sebab nak bergambar dengan MC Jehan Miskin. Tapi kesian saya asyik terpinggir dengan Jehan Miskin..huhu..sedey tau..hilang mood jap. 

Nasib DJ cute DJ Funky T sangat la sporting. Dapat gak snap 1 photo ngan DJ ni

OK...sekian je fan account ni. Sorry cerita xbrapa sebab saya bukan seorang yang pandai bercerita. EHEH


Sekitar luar pintu masuk auditorium. Ada gak stand picture actor/actress yang drama dorang dimainkan di S ONE HD

Last but not least before nak balik tu, kami bertiga sempat bergambar kat signboard Bentley Music sebagai tanda bahawa kami dah sampai sini. :)

1 comment:

  1. nak bwak blik je rasa gmbr hyunbin tu. hahaha...

    ReplyDelete

My friend say: