Tuesday, May 31, 2011

Teguran Untuk Nasihat Versi 2

Salam sejahtera wahai kawan2 sume.

Ok, kali mood aku da ok sikit. Walaupun dalam hati masih panas lagi cuma aku redakan dan back to normal ANIM.

Kalo korang dah baca previous entry aku, tengok ayat2 pedas aku, harap korang xsalah faham. Aku bukan jenis orang yg suka tulis ayat2 macam tu. Cuma disebabkan terlalu geram dan sangat marah manusia leh hilang pertimbangan kan.

Bila cakap hilang pertimbangan ni, aku nak refer back to those person yang slalu hilang pertimbangan bila marah. Tu yang jadi sampai caci maki hamun sume bagai tu. Pulak tu siap ada sampai bunuh membunuh. Xelok tu. Kita sebagai manusia kena berfikiran waras walau dalam apa sekali pun keadaan kita masa tu. Bila dah xde pertimbangan maka, orang lain jadi mangsanye. Sapa yang akan dapat kesan tu?? Korang fikir la sendiri.

Semalam, aku berkongsi cerita ngan kawan2 ELF daripada luar negara mengenai isu hangat yang berlaku dikalangan artis Malaysia & kami peminat Super Junior ni. Memang mengejutkan bila da international ELF yang dah dapat tau apa yg terjadi dan siap dorg dapat sume tweet asal daripada those artis tu. Malunya aku masa tu Tuhan je yang tau. Bukan malu sebab kami gaduh ngan artis tetapi malu akan sikap orang Melayu kita yang suka buruk sangka dan saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain.

Pada pendapat aku, sebagai artis berketurunan melayu yang sememangnya dikenali dengan budi bahasa dan adab sopan yang tinggi, seharusnya mereka2 yang menjadi figura inilah yang perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Menjadi artis bukan sekadar untuk populariti atau nak cari duit banyak, tetapi satu tanggungjawab besar yang harus dipikul dengan baik.

Tidakkah kita berasa malu apabila orang asing datang ke negara kita mengatakan yang orang melayu ni penuh dengan kelembutan akan tetapi sebaliknya tidak seperti yang disangka. Teringat status kembar aku dalam fb dia "Artis Korea datang Malaysia cakap saya sayang Malaysia, tetapi artis malaysia cakap, aku nak kencing kat muka SUJU kau boleh?" Dimanakah adab sopan dan budi bahasa yang selama ini kita banggakan? Kalau marah sekali pun tidak perlulah sehingga berkata tidak sopan. Bukankan sabar itu separuh daripada IMAN?

Isu yang kecil jangan lah diperbesarkan kerana masih banyak lagi isu2 penting yang perlu diambila kira kan? Sekiranya anda benar2 tidak berpuas hati, adukan sajalah kepada penganjur. Saya yakin pasti ada sebab kenapa penganjur menetapkan sesuatu. Bukan bermakna saya peminat artis2 korea maka sewenangnya saya menyokong. TIDAK sekali.

Saya memerhatikan segala tweet daripada para artis terlibat dan juga para peminat. Jika anda ditempat yang betul, tidak perlu takut untuk menyuarakan pendapat atau pun isi hati. Benar, kita semua sesama manusia tidak ada bezanya cuma yang membezakan kita adalah amalan kita disisi Tuhan. Ya, mereka bukan Islam, tetapi mereka juga manusia ciptaan ALLAH. Sebagai umat Islam dan orang Melayu, apalah salahnya kalau kita berhemah dalam berbahasa. Xsalah dan xrugi sebenarnya, malah kita akan lebih dihormati oleh orang lain terutamanya orang luar. 

Hari ni isu pergaduhan artis Malaysia dengan peminat kpop di Malaysia telah pun masuk ke dalam online news bkn sahaja di Malaysia malah diluar negara. Perkara teramatlah memalukan terutamanya kepada kita orang melayu kerana yang bergaduh ini adalah dikalangan artis melayu dan rata2 peminat kpop yang berketurunan Melayu juga. Bukan hendak menangkan peminat kpop cuma jika isu kecil ini tidak ditimbulkan atau tidak disebarkan sendiri oleh artis Malaysia ke dalam twitter maka isu ini tidak akan menjadi hangat sehingga menimbulkan malu kepada kita semua. Tidakkah anda terfikir/berfikir akan kesan yang bakal terjadi apabila anda mula menimbulkan rasa tidak puas hati di twitter? 

Ingatlah twitter ini bukan milik orang Malaysia. Ia bukan sahaja digunakan oleh orang Malaysia malah seantero dunia menggunakan khidmat twitter ini. Kata orang berita buruk memang cepat tersebar. Ya, harus kita setuju dengan kata2 ini kerana memang betul, berita ini belum pun 1 minggu tetapi sudah diketahui oleh masyarakat antarabangsa. Tidakkah kita malu? Pastinya orang luar mengatakan bahawa artis Malaysia tidak matang dalam menghadapi isu ini. Bahkan nama penganjur juga akan terpalit dek kerana perkara ini. Pasti akan ada yang berkata bahawa semua ini salah penganjur. 

Sebagai orang yang bekerja dalam disebuah unit yang menjalankan kursus2, latihan program antarabangsa, aku cukup memahami akan perkara ini. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak apatah lagi jika ia melibatkan orang2 luar negara. Lain negara lain budaya. Sebagai penganjur, mereka yang menjemput artis luar tersebut maka mereka bertanggungjawab dalam segala hal yang berkaitan dengan artis yang dijemput. Hendak atau tidak, mereka harus memenuhi sedaya mungkin permintaan daripada pengurusan artis tersebut. Hakikatnya, hal ini juga berlaku sama seperti artis di Malaysia terutama artis2 Malaysia yang sudah mencapai taraf Top Star. Oleh itu, kita hendaklah memahami akan perkara ini. 

Sebagai seorang manusia, aku juga turut bersimpati dengan apa yang terjadi cuma cara anda meluahkan rasa tidak puas hati itu bukanlah ditempat yang sesuai. Akhirnya anda balik yang dikutuk dan dimaki semula. 

Seperkara lagi, perihal kelaku seorang artis yang aku kira memang kontroversi kerana bukan sahaja dia yang kontroversi malah ahli keluarganya juga agak kontroversi. Setelah membaca segala tweet yang di post oleh artis berkenaan, hanya 1 je perkataan yang keluar dari mulut aku, Astaghfirullahallazim. Dalam fikiranku, mungkinkan dia ini tidak pernah ingat dosa, pahala dan perkara yang pasti iaitu, MATI. Fikirkanlah jika esok anda mati mungkin tidak sempat untuk memohon maaf diatas kekasaran bahasa anda. Bukankah Islam tidak membenarkan kita memanggil sesama kita dengan menyebut perkataan yang kesat apatah lagi apabila menyamakan orang dengan perkara yang diharam dalam Islam. ANJING. Wajarkah seorang artis yang boleh dikategori sebagai artis veteran yang telah pun menunaikan rukun Islam ke-5 iaitu menunaikan haji berkata sedemikian?

Dimana adab dan budi bahasa seorang lelaki yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda? Mungkinkah sudah hilang dimamah usianya? Atau mungkinkah hilang dek kerana terlalu taksub mengejar populariti yang xseberapa? Jagalah bahasa dan kata2 anda kerana bukan sahaja orang disekeliling memerhatikan anda, malah seluruh masyarakat memerhatikan sikap dan kelakuan anda. Jika inilah bahasa yang anda gunakan dalam kehidupan seharian, maka sungguhlah tidak sesuai sikap anda dicontohi dan mungkin juga orang menjadi peminat anda itu sudah tersilap menilai diri anda. Mungkin juga sudah buta mata hati mereka.

Sedikit teguran untuk para peminat kpop juga. Saya memahami perasaan anda apabila SUJU-M kesayangan kita dikutuk dikeji tanpa mereka membuat apa2 kesalahan. Mereka datang untuk menghiburkan kita dan mereka kelihatan begitu gembira dan sangat teruja dengan penerimaan kita. Namun, berhentilah daripada membalas kutukan dan hinaan artis2 tersebut kerana itu semua hanyalah membuang masa kita. Bukan sahaja membuang masa malah setiap tweet yang kita balas tu lebih elok diberikan kepada ahli2 SUPER JUNIOR dan kawan2 kita kerana mereka lebih berhak menerima tweet kita semua. Marah memang marah. Aku juga sangat marah tetapi setelah aku fikir kembali hanya membuang masa saja kita bash balik mereka. Letaklah diri kita ditahap yang lebih tinggi daripada mereka. 

Mari kita tunjukkan satu contoh yang baik kepada mereka kerana idola kita, Super Junior juga tidak pernah mengajar kita atau menunjukkan contoh yang tidak baik kepada kita. Berhenti daripada bash mereka bukan bermaksud kita kalah atau takut, tetapi menunjukan betapa tingginya akhlak kita sebagai seorang manusia. Janganlah kita sama ikut jadi bodoh seperti mereka. Bak kata pepatah, biarlah si luncai terjun dengan labu2nya. Mari kita doakan agar mereka2 ini akhirnya akan sedar akan kesilapan mereka. Bukankah itu lebih mulia?

Mari contohi artis2 seperti Aznil Hj Nawawi, Baki Zainal & Hafiz Hamidun. Mereka2 ini bersikap berkecuali dan mampu berfikir dengan waras. Tidak sewenangnya menyalahkan sesuatu tanpa berfikir dahulu apa sebabnya sesuatu perkara itu berlaku. 

Ok...setakat ini sahaja entry kali ini. Moga2 apa yang aku tulis ni tidak akan disalah erti oleh mana2 pihak. Bukan untuk mengutuk atau mengata tetapi hanya sekadar menegur apa yang silap. Kita manusia tiada yang sempurna. Dalam isu ini ada pro dan kontra. Mari kita renungkan bersama. Semoga ALLAH akan beri petunjuk kepada kita semua. AMIN.

*maaf kalo ada salah taip/eja/kata. kalau ada yang terasa saya mohon maaf terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

My friend say: