Sunday, April 10, 2011

Still Me..The Old Anim..Never Change

Where should I start this note? Hmmm...
OK...let's hear my story

A friend came to me and said, "Anim dah berubah la sejak minat Super Junior ni...Sejak bila plak Anim suka korea2 ni?". Masa tu nak je aku jawab, "Kau dah kenal aku lama ke yang kau nak cakap aku berubah ni?"
Tapi, aku cool je sebab aku faham orang xkenal aku dari kecil kan. 

Aku bukan baru sehari, 2 hari atau seminggu atau setahun minat artis korea, taiwan ni...TETAPI, sejak aku sekolah rendah aku memang peminat artis2 dari Taiwan, Hong Kong and aku start minat artis korea masa aku form 4 sebab masa tu drama2 korea baru je tayang kat Malaysia. So, sebenarnye no issue bila aku minat artis2 dari sana. Malahan, aku juga minat sangat ngan artis Cina Malaysia ni.. Yang paling aku minat dulu namanya Wymen Yong Wei Woon, Kong Kar Weng etc.. banyak la..sampai aku pun dah xingat. 

Drama China Malaysia yang paling aku suka dan sampai skang aku ingat ialah To Sir With Love. Drama ni shoot kat Skolah Men San Min, Teluk Intan, skolah kawan aku la. Drama ni mengisahkan tentang friendship dikalangan pelajar..pasal kesetiaan dan pasal kesabaran seorang guru dalam mendidik anak murid dia.. memang best..

Sebut pasal artis Hong Kong plak..aku tersangat minat ngan Aaron Kwok..lagu2 dia pun aku suka sangat n drama To Sir With Love tu pun ada guna lagu Aaron Kwok gak. Filem Aaron Kwok yang aku dah sah2 la Storm Rider..wahhh..giler best..dah banyak kali tengok pun xjemu.. selain Aaron Kwok, aku minat ngan ramai lagi artis Hong Kong...cam Andy Lau, Chow Seng Chee, Leon Lai, Leung Kar Far etc..haha..giler..memang sume artis Hong Kong aku minat..tambah2 drama n filem dorang sume best2.. 

Kalo sebut bab Taiwan plak, first artis dorang yang aku minat ialah Lin Zhe Ying..kalo group dah tentu la F4..  selain tu hmm 5566, Wang Lee Hom, Nicholas Tse, F.I.R, Toro etc..banyak la.. Filem Grandpa's Love paling jadi fav aku..suka sangat Lin Zhe Ying dalam filem tu.comel je.. haa.. masa dulu ada filem Hong Kong Yes Sir and No Sir tau..ada brapa siri setiap filem tu..memang giler klakar..kalo TV3 n TV2 siarkan tiap hari Isnin n Khamis, memang xpenah miss..siap minta kebenaran kat mak nak tengok tu je.. ye la , masa zaman aku budak skolah dulu, weekdays xleh tengok tv....cuma weekend je leh tgk..so, kena la minta kebenaran mak kan..

Cakap pasal F4 ni..aku memang suka member dia yang namanya VIC ZHOU..a.k.a. Zhai Zhai...hehe.. aku suka muka sweet and soft dia tu..dah la suara dia pun soft sangat..muka budget hensem walaupun bahasa mandarin dia ada kelam skit..lagu solo dia yang aku suka sangat cam Make A Wish, Mama Shuo, Ai Ni Hen Ni..and drama dia yang paling berkesan kat aku ialah Silent..dia ada nyanyi OST untuk drama tu, title Shou Shi De Wen Rou. Lagu ni sangat la sedih..walau aku xfaham apa yang dia cakap..tapi meaning lirik lagu ni memang berkesan kat aku.

Start 2002 kalo xsilap aku, kat Malaysia tayang Winter Sonata..tapi aku bukan peminat drama tu..cuma kembar je yang minat sangat sampai siap beli OST album tu.. lepas tu kuar plak drama Autunm In My Heart..haa drama ni aku minat skit walaupun aku bukan peminat drama2 sedih ni.. kenapa minat? Sebab OST song dia sedap2..hahaha... bila dah banyak drama2 korea kat Malaysia ni sedikit sebanyak aku pun ter"influence" gak la kan..so, xpasal2 je aku minat sangat ngan drama Full House lakonan Rain a.k.a. Bi (hujan) atau nama sebenarnye Jeong Ji Hoon..alkisahnye drama ni tayang masa aku form 6...dalam tahun 2005.. aku jatuh cinta ngan drama ni sebab kelakar and romantic ala segan Lee Yeong Jae kepada Han Ji Eun ni buat aku rasa sangat la sweetnye couple ni.. hehehe.. Oleh kerana tu juga la aku jadi minat ngan Rain ni.. Siap kumpul poster banyak2.. cuma sedey sebab masa Rain datang Malaysia buat konsert tahun 2007 aku xdapat gi sebab masa tu aku belum keje and aku xtau pun jalan2 area KL..

DAN.....pabila Sorry Sorry menjadi HITS di seluruh dunia..tetiba je aku tanya, "Lagu apa ni?" kat kembar aku. Masa tu dia punya excited nak introduce lagu ni kat aku..mulanya aku pening gak dengar lagu ni sebab xpaham la dia cakap apa.. tapi lepas je dengar 2-3 kali, da start suke dengar sebab catchy..tambah plak time tu aku tension ngan keje yang banyak..so aku dengar la lagu ni.. pastu tengok plak MV diaorg.. aku sangat2 tertarik kepada Kyuhyun yang mulanya aku budget umur dia tua dari daku sebab muka dia matured gila dalam mv tu.. tapi aku rasa lagi tertarik n heran bila tengok ada sorang member SJ ni asyik nari kat tengah2 je..siapa dia? Haa..tu la Eunhyuk, dance machine dalam SJ..haha

Maka, aku pun start search kat tenet pasal SJ ni..rupanye aku yang ketinggalan la..sebab terlalu banyak carian kat google..masa tu gambar dorang je ada lebih dari 8 juta image..wow..super giler...hahhaa
Tapi aku cari dulu profile and history dorang kat wikipedia sebab nak tau sangat pasal dorang ni. Bila baca tentang debut dorang ni la aku start suka dorang. Mulanye xnak ngaku lagi sebagai ELF..tapi 30 Nov 2009 aku confess yang aku ni memang ELF. 4 top fav aku ialah Eunhyuk, Kyuhyun , Eeteuk and Donghae..tapi aku sayang sume skali termasuk la Hangeng yang dah kuar SJ pun.

Orang tanya kenapa aku minat SJ? Aku memang xde exact answer untuk korang. Cuma, susah payah dorang nak berjaya, usaha dorang tu buat aku suka sangat ngan dorang.. Kejujuran dorang dalam bersahabat, kesetiaan dorang antara satu sama lain buat aku kagum sangat ngan dorang. Bayangkan 13 orang nak menari atas stage..bkn senang nak harmoni tambah nak nyanyi lagi. Yang paling best ialah the way dorang interact ngan fans..tu yang buat aku suka tu...even aku sendiri penah dapat reply tweet and komen kat FB dari member dorang.. lucky kan? hehehe

Akan tetapi, aku xpenah lupa asal usuk diri aku ni..Melayu n Islam. Sebenarnya, korang cuma kenal aku time aku dah dewasa...bukan masa zaman skolah.. Aku memang minat artis melayu kita ni.. cuma aku xde la minat bunkface ke, apa ke.. Aku minat sangat2 kat Inteam..dari aku form 1 sampai la skang ni... aku still loyal tu Inteam.. boleh kata hampir sume album dorang aku ada.. aku siap simpan gambar2 Inteam ni dalam satu folder ni...dari sekecik2 gambar sampai la sebesar-besar poster..sume simpan.. cuma bila aku satu family pindah ke KL, folder tu ilang ntah kemana.. Tapi xpe, yang penting Inteam tetap dalam hati.

Cuma dalam 1-2 tahun ni je aku mula suka lagu melayu..tapi xbanyak pun..1 lagu fav aku ialah lagu Tomok, Rindu Terhenti. Ni la lagu melayu yang still kekal kat dalam handphone aku.. pada aku lagu ni sangat bermakna.
Setiap lirik ada kena mengena ngan hidup aku.. Lagu Indonesia? Sorry, aku memang bukan peminat lagu dari sana...cuma aku boleh dengar lagu kumpulan Letto, Ruang Rindu.. melodi lagu ni sweet je.

So, rasanya dah terangkan siapa aku sebenarnye..jadi, xde isu kata aku dah berubah la..apa la.. Aku terima nasihat bila ada yang minta aku kurangkan dengar lagu korea ke apa ke.. aku terima teguran sume.. cuma jangan kata aku berubah sebab korang kena kenal aku dulu baru korang boleh kata aku ni berubah ke x.

Cara aku fikir senang je.. setiap orang ada minat tersendiri. Ada yang suka sangat ngan fesyen, ada suka masak2. Apa pun yang aku minat aku tau tu sume hanya di dunia je.. Aku masih ingat dan sedar...jangan risau sebab aku masih berpijak di bumi nyata. Sume yang aku minat ni hanya sekadar untuk aku isi kekosongan dalam diri sebab aku bukan jenis yang suke luang masa dengan kuar rumah gi jalan sana sini.. Aku suka duduk rumah..so, untuk isi masa aku dirumah ni la...aku spend ngan benda2 ni.. xsalah rasanye kalo setakat aku minat sume ni.. Yang penting aku xkaco hidup orang lain..yang xguna duit orang lain untuk kepentingan aku, xpaksa orang untuk suka apa yang aku suka.. Aku sendiri xpenah amik tau apa yang orang lain minat and aku sendiri xpenah complain orang lain punya minat. Terpulang la..

Aku xkisah kalo ada orang kutuk aku ngan nickname aku, AinimSuju..sebab nickname tu lebih popular dan telah mempopularkan aku juga sebenarnye dari nickname asal aku, Ainim Rashihah. AinimRashihah masih digunakan dalam blog aku ni....ada orang tanya kenapa Ainim? Hmmm.. Ainim adalah gabungan nama aku ngan kembar aku.. Ain + Anim = Ainim la..cuma yang Rashihah ngan Suju tu ada add kat blakang.. Rashihah adalah combination nama mak ngan arwah abah.. Rashid + Halihah= Rashihah.. sweet kan? Cuma orang lebih kenal Suju tu...

Apapun kata orang, aku buat pekak je..janji aku tau siapa diri aku, hidup aku macam mana. After all..this is my life..DO I CARE? [ayat wajib].. Dont worry..It's Still Me..The Old Anim..and I've never change a bit.

2 comments:

  1. betul sgt dgn ape yg kak anim ckp.. org x kenal kita jgn anggap kita mcm2..kan kan?hehe
    kalau kak anim x kenal suju kita ppun x kenal :)
    da takdir la akak ~weeee

    ReplyDelete
  2. stuju sngat dgn akak.. org xknal kita jgn suka suki je nk ckp kita mcm2.. kak, cite akk sejibik cam yg saya alami.......mula2 tgk sj kat channel V, siap kutuk lg.. ntah pape la kmplan ni,wat nyemak pentas je da la ramai.. makin lame tgk, perghh trus fall in love ngan mereka.. muhahahaa ;)

    ReplyDelete

My friend say: