Saturday, March 12, 2011

Earthquake & Tsunami At Japan.

Hello guys,
Jumpa lagi. Kali ni no cerita pasal ofis..
Dah baca berita earthquake kat Japan Jumaat lepas? plus ada tsunami sekali. I just know the news from my twin masa nak balik kerja. Tetiba je aku teringat balik research yang aku baca kat dalam satu newspaper ni berkaitan fenomena jarak bulan yang berada terlalu dekat dengan bumi. Apa kaitan ngan gempa bumi di Japan ni? Haa... menurut saintis, apabila jarak antara bumi dan bulan terlalu dekat, maka akan berlaku bencana alam yang besar. Saintis jangkakan akan ada bencana alam dalam tempoh terdekat tapi aku xsangka pulak elok sehari lepas aku baca research ni terus ada bencana alam berlaku. Dont ask me the details of this research ya. Malah menurut saintis, tragedi gempa bumi dan tsunami di Aceh juga adalah disebabkan oleh fenomena ini dan kejadian berlaku 2 minggu sebelum jarak bulan berada terlalu dekat dengan bumi. Kejadian tsunami ini juga dijangkan melanda beberapa negara di Asia termasuk Indonesia dan Filipina. Ngerinya...... 
Malam tadi sempat stalk kat youtube nak cari video pasal tsunami kat Jepun and aku sangat tergamam. Speechless, clueless..hanya mampu sebut Allahuakbar. Ini semua kuasa Tuhan. Walau hebat bagaimana pun teknologi manusia dalam membangunkan sistem penggera tsunami ke apa ke.. hanya DIA yang berkuasa menentukan segalanya. Segala Zat yang ada padaNYA xkan dapat dihalang oleh kebijaksanaan manusia. Kuasa alam adalah ciptaan ALLAH.
Bercerita mengenai tsunami ni, I just want to share my friend's experience at Japan. She is a Korean girl who went to Japan. Actually she suppose to be in Taiwan today [Saturday] but stuck due to the earthquake. Aku budget dia dah ada kat Taiwan tp rupanye dia masih tersangkut kat airport di Japan. Gerunnya aku dengar updates daripada dia. Dah la dia sorang diri datang ke Jepun. Nasib ada sorang lagi member kami yang memang duduk kat Jepun [she is Japanese mix Romanian], datang ke airport untuk bawa my friend ni pulang ke rumah dia. My korean friend told me yang airport was too crowded with people and she cant go back to Korea sebab flight sume cancel. Ye la kan...kalau dah airport pun kena landa tsunami, macam mana kapal terbang nak bergerak kan?
Bila aku dapat tau je yang kawan aku ni stuck lagi kat airport, aku terus tergamam . Dalam fikiran cuma fikir keselamatan dia. Rasa nak nangis pun ada. Air mata dah bergenang je sebab risaukan dia. Hati aku cuma mampu berharapkan dia dalam keadaan yang baik. Dah la aku terputus connection ngan dia lebih 10jam sebab situasi kat sana...kepala ni runsing sangat. I wait until 3am to get her updates. Bukan aku je, semua kawan2 aku pun risaukan dia..maybe because we're close to each other...  
Petang tadi aku, aku dapat message daripada dia  bagitau yang dia selamat dan berada dia rumah member kami [macam yang aku state kat atas tadi]. Syukur sangat2. Leganya rasa hati.  
Sebentar tadi aku tonton berita pasal tsunami kat Jepun ni di TV3. Ya Allah, sangat menggerunkan sebab air laut yang melimpah ke jalan raya sama seperti yang berlaku kat Aceh dulu. Berita yang paling xbest bila ada kebocoran radiaktor.  Xdapat nak bayangkan impact kepada alam.
 Bila aku tengok gambar2 keadaan di Jepun yang member aku share, aku hanya mampu melihat dan berdoa dalam hati agar Malaysia selamat daripada bencana ini.
YA ALLAH YA TUHANKU, SELAMATKANLAH AKU DAN RAKYAT DI MALAYSIA INI DARIPADA BENCANA ALAM SEPERTI INI. LINDUNGILAH KAMI DENGAN KUASAMU. HANYA KEPADAMU AKU MEMINTA DAN KEPADA MU AKU BERSERAH. KAU LAH TUHAN YANG MAHA MELINDUNGI

No comments:

Post a Comment

My friend say: