Tuesday, January 11, 2011

SS2 DVD..My New Collection











WOW!!!!!!!!
Hahaha...kalo pagi tadi post aku macam ala2 sedih je..tapi kali ni aku nak naikkan balik mood aku.
Kalo korang tengok gambar kat atas ni je mesti dah tau yang ni mesti DVD SS2 yang aku order.
Aku terima DVD ni semalam..tapi mak aku la yang terimakan sebab aku kat ofis lagi masa tu.hehe
Gembira bukan kepalang tau..maklum la setelah menempuh pelbagai dugaan baru la aku dapat terima DVD ni dengan selamatnya..
Actually, sebelum aku nak dapat DVD ni...ada kisah tau.
Aku sepatutnya terima DVD ni tahun lepas tapi disebabkan beberapa sebab baru semalam je dapat.
Apa sebab ek?
1. DVD ni kena tahan ngan kastam
2. Lepas je kastam, FINAS lak amik DVD ni..ada la benda dia nak buat...tapisan
bukan sekejap tau..berbulan gak..
3. Baru la terima kat member aku yang tolong pesankan bagi pihak aku.
4. Khamis lepas aku sepatutnya terima DVD ni tetapi disebabkan posmen poslaju tu ketuk pintu rumah aku bagaikan orang nak merompak, so mak aku jadi takut nak buka pintu..patutnya bagi la salam ke..
tekan la loceng tu...ni x..pakai ketuk mcm perompak..
last2 aku dapat notis suruh amik DVD ni kat pejabat poslaju
Nak jadi cerita..mulanya aku n kembar memang plan nak gi amik tapi disebabkan dia ada ceramah, so xdpt la gi amik dvd ni kat pjbt poslaju tu.
Sudahnya, dia call org poslaju tu minta anta tp org tu kata Isnin je boleh..so, apakan daya..tunggu je la..
Akhirnya,semalam penantian telah berakhir bila mak sms kembar aku bgtau yang dvd dah..
Rasa nak melompat je..
Yang bestnya..buka je bungkusan tu, bukan setakat dvd tp photobook, poster and 2 keping gmbar masa SJ shoot utk promotional poster pun dapat skali.
BEST!!!!!






Kat atas ni antara gambar2 yang sempat aku share ngan korang..ok..nak sambung buat keje sebab waktu rehat dah habis..

2 comments:

  1. jeles~~sya dunlod jew taw..hahaha

    ReplyDelete
  2. ala kesiannye adik akak ni.. best dik.. ada behind the scene.. syok sgt sbb dorng sume comel2 belaka.. :)

    ReplyDelete

My friend say: