Tuesday, January 11, 2011

Pagi Selasa Yang Menyedihkan

Pagi ni, sesuatu yang buruk telah berlaku kepada aku dan juga MyMinnieVi (MyVi) aku.
Pagi tadi, masa aku nak bertolak pergi kerja, kereta aku telah dengan tidak sengaja bergesel
dengan sebuah kereta proton satria.
Ceritanya bermula masa kembar aku nak alihkan kereta dia yang kakak aku parking kat luar kawasan perumahan kitorang..jadi disebabkan risau kereta tu diparking jauh sangat, so dia pun alih la kereta dia...
dan aku pada masa tu tengah nak cari tempat sesuai untuk aku tunggu kembar aku yang masa tu tengah
u-turn nak masuk balik kawasan perumahan kitorang. Suddenly, masa aku nak belok untuk tunggu kat satu
sudut ni..tetiba je ada satria merah disitu dan aku cuba nak elak tapi....BERGESEL gak kereta aku.
Masa tu, Tuhan je yang tahu perasaan berdebar bercampur sedih dan masa tu aku memang rasa nak nangis sangat tapi aku terpaksa kuatkan hati aku.. Dah la sebelum ni kereta aku kena calar masa aku parking kereta kat depan MITI..masa tu aku pergi Bank BSN..entah kereta mana yang b***h gi calarkan kereta aku pastu blah macamm tu je. skang ni plak demi nak elak dari berlanggar...last last bergesel..

S.E.D.I.H.....terkilan sangat sebab kereta aku tu dah la warna pink...baru je beberapa bulan aku pakai kereta tu...aku memang xnak percaya dengan kata orang badi kereta baru..tapi apa yang jadi ni buat aku makin keliru..
Nak marah lebih-lebih pun xboleh...benda dah jadi..time2 ni la aku terfikir..kalo la kakak aku xguna kereta kembar aku masa kuar rumah malam tadi dan kalo la dia xparking kereta kembar aku luar dari kawasan rumah, mungkin perkara ni xakan berlaku...tapi, apa nak buat? dah nasib badan




2 comments:

  1. sedih dik..bulan ni kan..banyak sgt dugaan untuk akak.. tapi, ALLAH MAHA Mengetahui kan.. so akak kena banyak2 sabar,,

    ReplyDelete

My friend say: