Friday, January 21, 2011

NASI KANDAR KRISHNAN

N.A.S.I. K.A.N.D.A.R. KRISHNAN
Semalam aku balik Perak sebab menziarahi makcik aku yang sakit.
Tapi pagi tu makcik aku pergi ke Malim Nawar untuk berubat. jadi kami pun jalan2 kat bandar Teluk Intan sementara menunggu makcik aku yang masa tu on the way balik ke rumah.
So, sementara menunggu , aku n family singgah makan ke restoran nasi kandar paling sedap kat Teluk Intan iaitu, Restoran Nasi Kandar Krishnan.
Kenapa aku kata paling sedap?
Sebab kari ni original kari india. So xde santan, hanya dadih je. Memang sedap bagi peminat kari.
Restoran ni pun boleh dikatakan sebagai restoran 1 Malaysia sebab yang datang makan terdiri daripada semua bangsa yang ada di Malaysia ni. Melayu, Cina, India...cakap je semua orang mesti akan cakap kari krishnan ni memang sedap.
Aku sendiri dah makan kari Uncle Krishnan ni sejak aku darjah 1 lagi. Masih ingat lagi masa aku sekolah rendah, hanya pelajar2 daripada sekolah aku saja yang akan dapat ayam harga special. RM0.20 je seketul, Pastu nasi sebungkus Rm0.50. Murah kan? Budak2 sekolah lain mana dapat mcm kitorang.
Sampai sekarang Uncle tu masih lagi kenal aku dan sentiasa bertanya khabar aku dan adik-beradik yang dia kenal.
Keenakkan kari uncle ni memang xterkata dan yang penting halal sebab ayam yang disembelih adalah daripada pembekal Islam dan kebanyakkan pekerja juga adalah Islam.
So, kalo datang ke Teluk Intan, jangan lupa untuk singgah ke Restoran Nasi Kandar Krishnan

2 comments:

  1. aiyooooo...
    delicousaaaaaaaaaa...

    ReplyDelete
  2. harusla....nasi kandar paling sedap kat malaysia..haha

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads