Thursday, January 27, 2011

Hari-hari Yang Meletihkan

2 hari dah aku bekerja untuk minggu ni sebab Isnin aku EL (emergeny leave)..tapikan aku rasa macam baru sejam je aku masuk kerja. Mana xnya, kerja yang berlambak aku dapat daripada officer ni memang sedikit membebankan. Aku perlu siapkan semuany dengan kadar segera. Walaupun itu perkara biasa cuma kadang2 rasa xtertanggung juga sebab kerjanya agak rumit.
Perut pulak asyik lapar je mungkin sebab tension kot. Tapi kalau aku makan kang kerja xsiap dan aku yang penat. Hmm.....apa nak buatkan...kata orang dah namanya pun kerja, jadi kenal la siapkan juga.
So, untuk release tension aku dengar semua lagu2 k-pop yang ada dalam pc aku ni...gila kan?
Hahahhaa....nak buat mcm mana...
Read more ...

Monday, January 24, 2011

They are sorry T_T but Supposed to apologize to Heechul oppa ^ ^

To E.L.F
Firstly, we're really sorry.. Saying such horrible words to your everlasting friends, the people that you love and support, we sincerely apologize. It would be great if you can treat it like everyone was just really sensitive and going through hard times. To be honest we're really envious.. ^^ It's been really difficult.. But despite that, E.L.F continues to stand by and treasure Super Junior, isn't it? For us.. Even though we give our everything to support them, there's nothing by our side.

Cassiopeia is E.L.F's husband, E.L.F is Cassiopeia's beautiful bride.. Up to this point we've lived together so happily, in future too.. like that.. caring for each other.. crying ---together-.. if we can all smile and laugh together, that would be great.

We're really sorry.
From. Cassiopeia

-Rough translation of a message that a Cassiopeia friend of mine @1226_theTVXQwrote this morning, with regards to the words of Heechul and some Cassiopeia's response-

Original message
To. E.L.F
일단, 정말죄송합니다..여러분의영원한친구,여러분이사랑하고응원하는분에게막말한점정말사과드려요..다들많이예민해져서그렇다고생각하시면좋겠습니다..사실많이부럽거든요..다섯명을좋아하면..잡팬이래요..^^..많
이힘들고요..엘프분들은그래도..슈퍼주니어오빠들이옆에서응원해주고..아껴주잖아요..저희는..저희가다퍼주는데도..곁에없어요..카시오페아는엘프의남편..엘프는카시오페아의예쁜부인..우리이때까지그렇게잘
지냈으니까..앞으로도서로..그렇게..예쁘게..같이울고..웃을수있으면좋겠어요..정말죄송합니다.. 

From.Cassiopeia

********************************
Ini yang aku dapat daripada FB tadi..even its a bit late but in my point of view... I dont think those fan who bashing Heechul is a real Cassies...maybe he more like to be antis. Ialahkan, kadang2 tu orang sanggup menyamar sebab nak amik kesempatan. Macam juga bila ada ELF yang hentam SuJu sendiri..sebenarnya dorang tu ialah antis but pretend to be ELF sebab nak burukkan nama baik ELF sendiri. I really hate this. As we know, ELF and Cassies are harmony friend. We've been through difficulties and we also help each other to promote our boy band and even our boy band also support each other..Why dont we just do that? besides bashing each other just because of some stupid fans who creating the chaos..??? Our heart must to be strong..if not? other fanbase will laugh at us and they will happy to see us fighting. Im sure SJ & TVXQ also will not happy to see this. 
So, come on guys, just leave those stupid people (antis) and let's be together again. Im not a Cassies but honestly I do support TVXQ as what SuJu did. 
Im an ELF and Im so proud of how SuJu teach me to respect other fandom and artist. 

ELF & CASSIES!!!! HWAITING!!!!

SJ & TVXQ HWAITING!!!!
Read more ...

Friday, January 21, 2011

NASI KANDAR KRISHNAN

N.A.S.I. K.A.N.D.A.R. KRISHNAN
Semalam aku balik Perak sebab menziarahi makcik aku yang sakit.
Tapi pagi tu makcik aku pergi ke Malim Nawar untuk berubat. jadi kami pun jalan2 kat bandar Teluk Intan sementara menunggu makcik aku yang masa tu on the way balik ke rumah.
So, sementara menunggu , aku n family singgah makan ke restoran nasi kandar paling sedap kat Teluk Intan iaitu, Restoran Nasi Kandar Krishnan.
Kenapa aku kata paling sedap?
Sebab kari ni original kari india. So xde santan, hanya dadih je. Memang sedap bagi peminat kari.
Restoran ni pun boleh dikatakan sebagai restoran 1 Malaysia sebab yang datang makan terdiri daripada semua bangsa yang ada di Malaysia ni. Melayu, Cina, India...cakap je semua orang mesti akan cakap kari krishnan ni memang sedap.
Aku sendiri dah makan kari Uncle Krishnan ni sejak aku darjah 1 lagi. Masih ingat lagi masa aku sekolah rendah, hanya pelajar2 daripada sekolah aku saja yang akan dapat ayam harga special. RM0.20 je seketul, Pastu nasi sebungkus Rm0.50. Murah kan? Budak2 sekolah lain mana dapat mcm kitorang.
Sampai sekarang Uncle tu masih lagi kenal aku dan sentiasa bertanya khabar aku dan adik-beradik yang dia kenal.
Keenakkan kari uncle ni memang xterkata dan yang penting halal sebab ayam yang disembelih adalah daripada pembekal Islam dan kebanyakkan pekerja juga adalah Islam.
So, kalo datang ke Teluk Intan, jangan lupa untuk singgah ke Restoran Nasi Kandar Krishnan
Read more ...

Friday, January 14, 2011

DIGILIVE KPOP PARTY [Part 2]


4Minute start their performance



Read more ...

DIGILIVE KPOP PARTY [Part 1]

Last night ast Stadium Negara,Kuala Lumpur was held DigiLive Kpop Party 2011.
3 Kpop artist who performed are Beast, 4Minute and G.Na.
Wah...dah macam news report je..hehehe..
Tapi yang paling best untuk aku ialah when my dream came true. Thanks to my friend, Syed Sahibul who gave me 2 Platinum Zone tickets for me to watch the concert. Im so excited since i just starting to love Beast and 4Minute.So, I gave another ticket to my lovely twin, Ain.
So, after asking for my mum's permission, we can go to the concert.
We arrived at the stadium about 5.15 pm and the show started at 8pm with the MC brief about the show in about 1/2 hour. First artist to performed is G.Na followed by 4Minutes and Beast is the last artist do their performance.
We really enjoy the show especially when 4 Minute and Beast sang their hit songs like; 4Minute[Huh, I My Me Mine, Muzik & Hot Issue] while Beast perform about 5-6 songs like Soom, Beautiful, Very Important U, Shock etc.
It was heavy rain when we gather at the front door of the stadium...almost all of us get wet because the door just open at 6.15 pm..
Overall, the party was great...
Here are some photos..
Read more ...

Wednesday, January 12, 2011

K.E.R.J.A & T.U.G.A.S.A.N.

Topik hari ni...Kerja a.k.a tugasan.
Kalo cakap bab kerja dah memang la kerja hakiki aku ni xkan habis sampai la aku pencen.
Brapa puluh tahun da nak tunggu..tapikan kerja ni kadang2 buat aku rasa tension sebab bukan sikit tapi banyak..plak tu belum sempat nak siap dah ada kerja lain datang. Bak kata Labu dalam filem nasib si labu labi , selagi masih hidup kerje kerje kerje...kadang2 aku gelak sendiri sebab hidup aku memang macam tu.

Pagi tadi aku ada mesyuarat Unit...dalam mesyuarat tu aku telah diberi tugasan baru oleh officer aku.
Aku incharge utk register course dalam database training yang baru je siap. Huh...aku terkejut sikit sebab aku masa tu xperasan nama aku disebut.

Tapi nak cakap apakan..terima je la tugasan tu.. Tugasan tu memang akan membuatkan aku lebih busy lagi pasni. Hmm..dah nak habis waktu rehat dah ni...

jumpa lagi..nak siapkan keje
Read more ...

Tuesday, January 11, 2011

Masa kerja dah habis..aku tengah tunggu kembar amik aku sebab skang ni kitorang pergi kerja sama2.
So, just nak update kat sini..saja je..xde cite cuma bosan..
Hari ni berlalu dengan dimulakan dengan dugaan.
Doa aku semoga hari esok akan bermula dengan keceriaan dan semoga aku tabah menghadapi hari2 yang mendatang.. Kepada Allah, ampukan dosa aku dan rahmatilah kehidupan aku.
AMIN
Read more ...

SS2 DVD..My New Collection











WOW!!!!!!!!
Hahaha...kalo pagi tadi post aku macam ala2 sedih je..tapi kali ni aku nak naikkan balik mood aku.
Kalo korang tengok gambar kat atas ni je mesti dah tau yang ni mesti DVD SS2 yang aku order.
Aku terima DVD ni semalam..tapi mak aku la yang terimakan sebab aku kat ofis lagi masa tu.hehe
Gembira bukan kepalang tau..maklum la setelah menempuh pelbagai dugaan baru la aku dapat terima DVD ni dengan selamatnya..
Actually, sebelum aku nak dapat DVD ni...ada kisah tau.
Aku sepatutnya terima DVD ni tahun lepas tapi disebabkan beberapa sebab baru semalam je dapat.
Apa sebab ek?
1. DVD ni kena tahan ngan kastam
2. Lepas je kastam, FINAS lak amik DVD ni..ada la benda dia nak buat...tapisan
bukan sekejap tau..berbulan gak..
3. Baru la terima kat member aku yang tolong pesankan bagi pihak aku.
4. Khamis lepas aku sepatutnya terima DVD ni tetapi disebabkan posmen poslaju tu ketuk pintu rumah aku bagaikan orang nak merompak, so mak aku jadi takut nak buka pintu..patutnya bagi la salam ke..
tekan la loceng tu...ni x..pakai ketuk mcm perompak..
last2 aku dapat notis suruh amik DVD ni kat pejabat poslaju
Nak jadi cerita..mulanya aku n kembar memang plan nak gi amik tapi disebabkan dia ada ceramah, so xdpt la gi amik dvd ni kat pjbt poslaju tu.
Sudahnya, dia call org poslaju tu minta anta tp org tu kata Isnin je boleh..so, apakan daya..tunggu je la..
Akhirnya,semalam penantian telah berakhir bila mak sms kembar aku bgtau yang dvd dah..
Rasa nak melompat je..
Yang bestnya..buka je bungkusan tu, bukan setakat dvd tp photobook, poster and 2 keping gmbar masa SJ shoot utk promotional poster pun dapat skali.
BEST!!!!!






Kat atas ni antara gambar2 yang sempat aku share ngan korang..ok..nak sambung buat keje sebab waktu rehat dah habis..
Read more ...

Pagi Selasa Yang Menyedihkan

Pagi ni, sesuatu yang buruk telah berlaku kepada aku dan juga MyMinnieVi (MyVi) aku.
Pagi tadi, masa aku nak bertolak pergi kerja, kereta aku telah dengan tidak sengaja bergesel
dengan sebuah kereta proton satria.
Ceritanya bermula masa kembar aku nak alihkan kereta dia yang kakak aku parking kat luar kawasan perumahan kitorang..jadi disebabkan risau kereta tu diparking jauh sangat, so dia pun alih la kereta dia...
dan aku pada masa tu tengah nak cari tempat sesuai untuk aku tunggu kembar aku yang masa tu tengah
u-turn nak masuk balik kawasan perumahan kitorang. Suddenly, masa aku nak belok untuk tunggu kat satu
sudut ni..tetiba je ada satria merah disitu dan aku cuba nak elak tapi....BERGESEL gak kereta aku.
Masa tu, Tuhan je yang tahu perasaan berdebar bercampur sedih dan masa tu aku memang rasa nak nangis sangat tapi aku terpaksa kuatkan hati aku.. Dah la sebelum ni kereta aku kena calar masa aku parking kereta kat depan MITI..masa tu aku pergi Bank BSN..entah kereta mana yang b***h gi calarkan kereta aku pastu blah macamm tu je. skang ni plak demi nak elak dari berlanggar...last last bergesel..

S.E.D.I.H.....terkilan sangat sebab kereta aku tu dah la warna pink...baru je beberapa bulan aku pakai kereta tu...aku memang xnak percaya dengan kata orang badi kereta baru..tapi apa yang jadi ni buat aku makin keliru..
Nak marah lebih-lebih pun xboleh...benda dah jadi..time2 ni la aku terfikir..kalo la kakak aku xguna kereta kembar aku masa kuar rumah malam tadi dan kalo la dia xparking kereta kembar aku luar dari kawasan rumah, mungkin perkara ni xakan berlaku...tapi, apa nak buat? dah nasib badan




Read more ...

Monday, January 10, 2011

SJ & DBSK...ELF & Cassies

Isnin hari ni sungguh membosankan...xtau la kenapa.
Macam biasa aku update sebanyak yang boleh crite-crite Suju dalam blog
kesayangan aku always13elieve13. Sedang aku leka update blog sambil2 cari crite Suju
tetibe je aku terbaca sesuatu mengenai controversy yang berlaku antara DBSK & SJ.
Why this happened? Apa sebenarnya yang terjadi? Mula2 aku sendiri pun confuse sebab aku memang
xtau jalan crite sebenar. Tapi bila aku baca ngan teliti semua message and tweet ahli SJ & JYJ & DBSK sendiri aku mula faham cerita sebenar. Yang buat aku rasa xselesa bila group ELF & Cassies yang selama ni
memang close macam dah jadi musuh pulak. Sedih sangat rasa hati ni. Masing-masing start bashing each other.

Apa nak jadi? Pada aku, pemula kepada masalah ni iaitu Junsu dari JYJ xpatut bercerita atau kondem si U-know kat internet xtentu pasal walaupun dia xpuas hati. Diam2 je la.. Skang ni bila Sungmin n Shindong defend U-know, kau plak nak terasa sedih...memang la adat kita pertahankan kawan kita kan. Yang paling aku rasa sedih tu dorang sampai bashing other SJ member lain skali sampaikan website Sukira pun jadi mangsa..Apa salah dorang kat kat Cassies? dorang xbuat apa2 salah pun...

Tolong la berfikiran matang skit..jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Setiap orang ada cara mereka berfikir dan mereka ada hak untuk meluahkan apa yang dorng rasa and setiap org juga berhak pertahankan sesuatu yang dirasakan xrelevan.

So, kepada sume Cassies and ELFs, please stop fighting..We must support each other. DBSK & SJ are close brother. Cara korang gaduh ni memang boleh buat dorang sedih. Lupakan sume sengketa..yang penting kita kena sentiasa sokong SJ & DBSK..walaupun aku bukan peminat DBSK..tp aku tetap sokong dorng sebab aku sokong apa yang SJ sokong.


Think about it...mianhae if you feel hurt with my words
Read more ...

Friday, January 07, 2011

THE MUST-FOLLOW PERSONALITY -SUPER JUNIOR

Berita gembira untuk hari ini ialah.... SUPER JUNIOR Menang The Must-Follow Personality award kat Mashable Award Event.. YES! YES! YES!
Chukahae SUJU..
Congratulations....Tahniah...
Hehehe.. Sebagai seorang Ever Lasting Friends or E.L.F. yang setia, aku berasa sangat bangga dengan kejayaan terbaru Super Junior..
Satu permulaan yang sangat membanggakan bagi tahun 2011 buat dorang.. Walaupun kesedihan menyelubungi dorang dan kami ELF masa Golden Disk Award..tapi kemenangan ni sekurang-kurangnya jadi penawar buat kami semua.
X sia-sia usaha kitorang selama ni vote Suju hari-hari just nak make sure dapat hadiahkan award ni buat dorang.
Im sure they are so proud with us E.L.F or elves dalam bahasa korea..hehehe
Guys..again, we did a great job for Super Junior  after they won at AllKpop Award with 2 categories..


 Hebatkan? Harapan aku sebagai ELF agar tahun 2011 merupakan tahun paling cemerlang buat Super Junior dan kejayaan ini sebagai hadiah kepada Eeteuk & Heechul oppa yang akan sertai army xlama lagi.
SUPER JUNIOR & E.L.F HWAITING!!! 
Read more ...

A.E.G.Y.O SUNGMIN OPPA..H.A.N.D.S.O.M.E MAGNAE KYUHYUN

Pernah x korang sume jumpa orang yang sangat comel and handsome betul2 depan mata korang? I bet korang mesti ada jumpanye. Ini adalah kisah aku n juga 2 lelaki yang aku minat sangat. Dorang ni kalo member Super Junior..ala, yang nyanyi lagu Bonamana n Sorry Sorry kat radio Era.fm tu. Al-kisahnya... 2 drpd 10 member Super Junior or SUJU ni punya karakter yang sangat comel and manja..Sorang ni abang, sorang ni plak adik. Yang abang namanya Sungmin, yang adik namanye Kyuhyun.


Cutenye dia nyorok dalam sweet pumpkin ni...geram je

1st aku nak bercerita tentang si abang,Sungmin. Dia ni, umur dah pun 26 tahun (korean age), tapikan...kalo korang tengok muka dia, korang boleh bayangkan muka dia ni macam budak darjah satu yang ala2 comel and manja2 gitu. Dia ni memang suka ngan warna pink but dia ni bukan la jenis yang lembut..cuma dia mmg obses ngan pink sebab dia kata pink ni sangat cute.
Mula2 dulu aku pun gelak dengar apa yg dia minat tapikan, bila fikir balik xsalah pun kalo lelaki minat pink asalkan jgn hatinye pink cukup. Sungmin is someone who really talented person..know why? Sebab dia ni boleh main hampir semu instrument yang ada kat dunia ni...korang cakap je apa yg dia xtau...drum? piano? keyboard? saksofon? gitar? semu dia boleh main...plus he also involve in martial art. Hebat x dia?

Dalam muka2 comel and ala2 manja dia...sume dia tau..
Member2 SuJu yang lain pun kalah ngan dia..hehehe
Dia ni pandai gak cipta lagu..Love U More dalam album Sorry Sorry adalah ciptaan dan sorang lagi member SuJu iaitu, Ryeowook..hebatkan Sungmin ni..
Kecomelan Sungmin oppa ni sentiasa buat aku tersenyum gembira sebab aku rasa aku mcm nk cubit je pipi gebu dia.. Skang ni drama lakonan dia, The President sedang ditayangkan di KBS World, channel 391 astro. Korang kena tengok drama ni sebab lakonan dia berkesan.




Sungmin oppa tengah nyanyi lagu Rokkugo masa SS3 Guangzhou

Kalo td aku cerita pasal si abang Sungmin, kali ni cite si adik, Kyuhyun..
Kyuhyun ni memang terkenal dengan suara lunak merdu dia. Cakap je apa lagu, sume dia boleh nyanyi dengan sedap..Suara ni kira mcm suara emas la..dah banyak OST kat S.Korea yang dia nyanyi and yang paling latest..OST bagi drama The President yang sedang ditayangkan kat KBS World,channel 391 astro lakonan abang dia, Sungmin..
Kyuhyun ni memang berbakat dalam bab nyanyi sejak kecil malah dia penah ada album masa umur dia dalam 7 tahun kalo xsilap.. comelkan muka dia ni..
Sweet like his brother..
Kyuhyun ni dipanggil Evil Magnae sebab walaupun dia magnae (bongsu), tp dia yang paling nakal sekali dalam group SuJu ni.. Tapi dia pun pandai gak bermanja ngan abang2 dia..Suka je bila tgk dia manja2 ngan abang2 dia..nampak cam ni budak kecik je..
Angan slalu angan2...kalo la dia ni adik kandung aku kan best.. bahagia je hidup sebab ada adik secomel kyuhyun ni...dia ni bukan je comel...tp sangat HANDSOME..
Xcaya? tgk gambar2 yang aku letak ni..hensemkan?

Muka ni ada karisma tersendiri...sebenarnya, aku pernah jumpa dia masa SS2 KL hari tu..
Walaupun aku dudut kat upper seat tp i'm a bit lucky sebab seat aku dh kebawah..so, dapat la tengok muka dia ni dari dekat gak la.. Memang sangat2 hensem.. sampai aku cakap, kalo la dia orang Islam kan bagus..hehe


Sebenarnya, Sungmin n Kyuhyun ni bukan la adik beradik kandung tapi adik beradik dalam Super Junior je.. cuma sebab dorg ni memang rapat dan sebilik sebab tu nampak cam dorang ni adik beradik betul..Kyuhyun pun penah cakap kat fan dalam UFO reply, kalo nak Sungmin kena minta kebenaran dia sebab Sungmin oppa dia yang punya..haha.
Punya la sayangnya dia kat Sungmin...Sungmin pun memang sayang sangat kat Kyuhyun sampai sanggup datang bagi sokongan masa pementasan Three Musketeers lakonan Kyuhyun Disember lepas..
KyuMin couple ni memang sentiasa buat aku rasa cam dunia ni penuh ngan kecomelan..
Hahahhaa..

SUNGMIN OPPA..KYUHYUNNIE..SARANGHAEYO..

KYUMIN HWAITING!!!!!

*credit to photo owners
Read more ...