Sunday, October 17, 2010

Aku, Teluk Intan & Kenangan

Semalam aku telah pulang ke kampung halaman (walaupun bukan kampung sangat), bersama-sama family aku. Tujuan asal adalah untuk menziarahi suami kawan mak aku yang kini terlantar koma dihospital Teluk Inta. Menurut kata doktor, pakcik tu mengalami bengkak kat bahagian belakang kepala and ada tumor kat otak. Kami bertolak seawal pukul 8.30 pagi sebab mak kata nak sampai awal. So, kitorang sampai disana dalam pukul 11.30 am tapi destinasa pertama kami adalah restoran makanan kawan mak kat medan selera Teluk Intan. Aku hanya tunggu kat dalam kereta sebab aku dan kembar sedang betulkan sound kat kereta aku. By the time mak masuk je dalam kereta, aku nampak yang dia menangis. I was thought that something happened but my sis told me the mummy actually drop her tears because she’s happy to see her old friend. Tetibe je aku teringat kat semua kawan2 sekolah aku. Rindunya pada dorang semua. When we will meet again? Aku pun xtau. Teluk Intan adalah tanah kelahiran aku. Terlaly banyak memori yang terpahat dalam ingatan. 
Satu perkara yang membuatkan aku rasa lain je bila balik Teluk Intan ialah selalunya bila kami balik sana, salah satu rumah wajib pergi ialah rumah MakCik Teh, tetapi sejak pemergian MakCik Teh 2 minggu lalu, aku betul2 terasa kelainannya. Tetibe je rasa rindu kepada MakCik Teh datang dan aku rasa terharu sangat. Rasa cam hilang je seri bila MakCik Teh xde. Arwah adalah wanita yang sangat baik. Arwah terlalu banyak jasa kepada aku dan keluargaku. Masih aku ingat semasa arwah abah dimasukkan ke hospital, mak jaga abah, arwahlah yang ambil berat akan makan pakai kami. Masakkan untuk kami bila kami pulang dari hospital untuk melawat abah. Bila kami satu family dah pindah Putrajaya, kami pasti akan singgah rumah arwah untuk menziarahnya. Arwah akan sambut kedatangan kami bagaikan anak2nya sendiri pulang menziarahnya. Susah nak gambarka kebaikan arwah. Moga Allah menempatkan arwah dikalangan orang-orang beriman. Amin.
Selepas makan tengah hari, kami menuju ke hospital Teluk Intan untuk menziarah PakCik Mustafa, suami kawan mak yang sakit. Dia ditempatkan di ICU dan semasa kami menemui MakCik Aziah, beliau memberitahu yang keadaan suaminya masih belum ada perubahan. Menurut katanya, punca sakit masih belum diketahui cuma PakCik Tapa tidak sedarkan diri semasa berada di hotel di Thailand kerana menghadiri majlis sukan. Sedih aku melihat keadaan MakCik Aziah dan itu membuatkan aku teringat keadaan Mak semasa arwah abah dimasukkan ke wad selama hampir 1 bulan. Aku cuma mampu melihat dengan hati yang sebak, semasa mak dan MakCik Aziah berpelukan. Doa aku agar PakCik Tapa cepat sembuh.
Selepas itu, kami meneruskan destinasi ke rumah kawan mak, Kak Rahimah. Sesuatu yang agak mengejutkan bila Kak Rahimah memberitahu yang dikawasan tempat tinggal kami tu lebih 5 orang meninggal dalam tempoh waktu yang dekat termasuk arwah MakCik Teh. 
Sesudah itu, kami pun kembali menuju ke bandar Teluk Intan untuk singgah ke pasar malam. Lamanya xpergi ke sana. Teringat aku pada kuih-muih yang menjadi kegemaran bila ke pasar malam. Kami membeli beberapa jenis kuih untuk dibawa ke rumah makcik aku [kakak mak] yang aku panggil De, panggilan untuk anak yang ke-4. Sesampainya kami dirumahnya, dia kelihatan begitu gembira. Dalam hati aku, terasa sedikit sebak kerana melihat usia tuanya, dia masih gagah untuk membancuh air untuk kami. Berkali-kali De minta kami agar tidur semalam dirumahnya tetapi kami harus pulang kerana masih ada hal yang perlu diselesaikan. Kami pulang ke Putrajaya malam itu dengan rasa yang bercampur sedih dan gembira. 
Teluk Inta terlalu banyak menyimpan kenangan hidup aku dan juga keluarga. Pahit dan manis segalanya kami telan dengan tabah. Janji aku, selagi masih ada tempat yang boleh dituju, aku tetap akan pulang ke sana walaupun cuma seketika.

No comments:

Post a Comment

My friend say: