Monday, June 29, 2009

Sweet 23

Hari ini, 29 Jun 2009, telah genap usiaku 23 tahun. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk menempuhi hidup ini. Banyak juga message yang aku terima dan kad hari jadi daripada Kak Syeeda memang comel. Doaku semoga usia 23 tahun ini akan menambahkan pengalaman dan menjadikan aku lebih matang dalam mengharungi sebuah kehidupan. Ya ALLAH, semoga diusia ini, aku menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga hidup aku akan lebih ceria dengan kehadiran insan-insan yang aku sayangi. Kucupan ibu dipagi hari lahirku adalah satu penghargaan buat diriku. Terima kasih mak.. Anim sayang mak... Semoga hidup kita semua akan lebih bahagia... Insyaallah...
Read more ...

Friday, June 19, 2009

Sukan MITI & AGENSI - 20 Jun 2009

Esok, 20 Jun 2009 adalah acara pembukaan sekaligus penutupan Kejohanan Sukan MITI & Agensi. Kami Kontinjen MATRADE telah bersedia untuk memberi cabaran kepada agensi-agensi di MITI yang terlibat iaitu, MIDA, SMIDEC, MIDF, MPC dan SME BANK. Gementar juga esok tapi kami berjanji akan melakukan yang terbaik yang kami mampu. Semoga kontinjen MATRADE akan berjaya mendapat tempat terbaik...InsyaAllah.... MATRADE Boleh!!!!!
Read more ...

Friday, June 12, 2009

Kejohanan Sukan MITI dan Agensi (7 - 20 Jun 2009)

Pada 7 Jun 2009, Kejohanan Sukan MITI dan Agensi telah berlansung dengan sukan carom, dart dan badminton telah membuka tirai kejohanan. Aku turut tidak ketinggalan untuk menyertai kejohanan sukan ini dengan mewakili MATRADE bagi acara carom.Pasukan carrom wanita MATRADE dianggotai oleh aku sendiri, Kak Maya, Kak Gee, Kak Zanah, Kak Razmuna dan Kak Farazila. Aku main women double. Persaingan berlansung dengan sengit dan MATRADE telah menjadi johan kumpulan B. Walaubagaimana pun, nasib tidak menyebelahi pasukan kami dimana kami tewas kepada SME Bank dan MPC dan hanya mendapat tempat ke-4.
Apapun, kami tetap berpuas hati kerana ini adalah kali pertama aku, Kak Zanah, Kak Raz dan Kak Fara mewakili MATRADE. Azam kami pada tahun hadapan adalah untuk meningkatkan mutu persembahan dan cuba untuk mendapat johan...INSYAALLAH...
Kami telah pun memulakan latihan untuk menghadapi sukan tahun hadapan.
Esok, sukan futsal akan bertarung. Walau aku bukan pemain, namun sokongan aku kepada Team Futsal MATRADE tetap tidak berbelah bahagi (kerana aku pernah menjadi sebahagian daripada mereka).
Kepada semua atlet-atlet MATRADE, selamat berjuang dan mengharumkan nama MATRADE seperti yang telah anda lakukan pada tahun lepas.

MAJU MATRADE!!!!!!!!!!!!!

Read more ...

Nuff Ads