Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Esok bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1430, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji. Esok juga merupakan cuti umum di Malaysia. Menyingkap sejarah Aidiladha, ia berkisar pengorbanan Nabi Musa A.S yang menurut perintah Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail A.S. Namun Allah telah menggantikan korban itu dengan seekor kibas. Hari Raya Aidiladha disambut pada setiap 10 Zulhijjah- 13 Zulhijjah setiap tahun mengikut kalendar Islam. Bila bercakap mengenai Hari Raya Aidiladha, secara tidak langsung kita akan bercakap mengenai pengorbanan. Setiap daripada telah melakukan banyak begitu dalam mengharungi kelangsungan hidup. Aku juga tidak terkecuali daripada itu. Apa saja pengorbanan yang kita lakukan baik kecil atau besar pengorbanan itu, yang penting ia adalah untuk kebaikan setiap insan disisi kita. Semoga setiap pengorbanan kita akan memberi kita pengertian yang bermakna untuk erti sebuah kehidupan. Salam Aidiladha.

No comments:

Post a Comment

My friend say:

Nuff Ads