Thursday, November 05, 2009

K-Pop

Sekarang ni musim artis-artis Korea semakin popular di Malaysia. Sana sini dah mula ada rancangan hiburan yang mula menyiarkan cerita-cerita artis Korea. Tak dinafikan memang Korea terkenal dengan artis-artis lelaki dan perempuan yang hensem2 dan lawa2. Aku sendiri x terkecuali meminati mereka apatah lagi kembar aku. Punya la fanatik gila dengan artis Korea ni sampai sanggup xnk berganjak drpd laptop sbb nak tonton video di youtube tentang program artis2 Korea yang dia minat. Di Malaysia, antara artis Korea yang popular seperti Super Junior, 2PM, Shinee, Girls Generation, T-Max, FT Island dan banyak lagi. Itu yang berkumpulan, belum lagi yang single.
Sesuatu yang menarik mengenai artis Korea ni adalah, kalau band mereka mesti ramai smp kalau buat video klip xperlu la nak panggil penari jemputan sbb setiap anggota mereka sendiri dh cukup untuk memenuhkan ruangan skrin. Yang paling menarik sekali ialah setiap lagu akan mempunyai corak tarian yang tersendiri. Menarikkan? Aku sendiri begitu tertarik dengan tarian Kumpulan Super Junior menerusi lagu Sorry Sorry. Menarik dan sangat rancak. Apatah lagi melihat salah seorang anggota kump. tersebut, Kyuhyun yang sangat aku minati menari. Terasa cair gak..hahahaha..
Mengenai Kumpulan Super Junior ni plak. Aku difahamkan oleh kembar aku yang kumpulan ini sgt popular di Korea. Mula2 tu aku buat xreti je. Tp bila dh tgk setiap ahli kumpulan ni, dan aku mula dengar lagu Sorry Sorry, baru aku tertarik.
Antara kumpulan lain yang aku minat ialah kump, SS5O1. Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan ini iaitu Because I'm Stupid sebagai OST Boys Over Flower sgt menyentuh hati. Boleh feeling gak la kalau dengar lagu ni. Ahli kumpulan SS5O1 ni pun blh tahan hensem gak. Hehehe..biasala kan..orang perempuan.. ;p
Kat bawah ni ada beberapa gambar Kump. Super Junior yang aku dpt dr internet.






No comments:

Post a Comment

My friend say: