Friday, August 28, 2009

Bulan Puasa

Ramadan dtg lagi. Suasana bulan ramadan di Malaysia memang meriah dengan adanya bazar2 ramadan yg banyak dibuka sepanjang bulan ini. Pelbagai juadah yang dijual seperti kuih muih, lauk pauk, roti john, murtabak dan macam2 lagi. Aku juga tidak terkecuali mengunjungi Bazar Ramadan Putrajaya. Best juga juadah yang disediakn seperti roti arab, chicken chop n mcm2 lg. Hari pertama puasa, Alhamdulillah aku dpt menunaikan tanggungjawab aku dgn baik dan sehingga hari ini, aku masih dpt meneruskan ibadat puasa dgn baiknye. Walaupun keje di pejabat sungguh bnyk sehingga ada kalanya rasa xtertanggung bebannya, tp aku masih mampu tersenyum.

Selamat menjalani ibadah puasa buat sahabat2 smua...
Read more ...

Friday, August 14, 2009

Aku & kehidupanku.............................

Setelah sekian lama aku x berkesempatan utk update blog ni, akhirnya ada juga masa nak update. Sejak kebelakangan ini aku melalui fasa hidup yg begitu sibuk hingga aku x punya masa utk diluangkan buat diri sendiri.Haishh..penat, sgt penat. Tp bila fikirkan tanggungjawab, hilang la juga skit penat tu. Lumrah org bekerja la katakan. Kadanhg2 terfikir juga mcm mana rasa org yg belum dpt kerja. Kesian je aku rasakan hidup diaorg. Bersyukur la sbb aku ada kerja tetap. Skang ni dh dekat bulan puasa. InsyaAllah, kalu xde aral melintang, 22/9/2009 ni bersamaan dgn 1 Ramadhan 1430 akan bermula la bulan puasa. Nasib aku dh habis ganti puasa, kalu x rasa xbest je. Tp di awalan bulan puasa ni ada satu ujian yg harus aku hadapi, iaitu berkawad dlm bulan puasa ni utk menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yg Ke-52. Rasa cam xpercaya je aku kena berkawad. Hahaha..geli hati aku.Ni la masanye utk aku uji ketahanan diri aku sebenarnya. Apa yang aku harapkan semoga bulan puasa ni akan memberi satu sinar baru dalam hidup aku. Semoga aku & keluargaku akan sentiasa sihat sejahtera dalam menghadapi sebarang ujian di bulan puasa ini.


Ramadhan, kau datang kembali
Doaku moga dapat merasai keberkatan mu
Memberi seribu erti dan keinsafan buat diriku...
Read more ...