Friday, June 12, 2009

Kejohanan Sukan MITI dan Agensi (7 - 20 Jun 2009)

Pada 7 Jun 2009, Kejohanan Sukan MITI dan Agensi telah berlansung dengan sukan carom, dart dan badminton telah membuka tirai kejohanan. Aku turut tidak ketinggalan untuk menyertai kejohanan sukan ini dengan mewakili MATRADE bagi acara carom.Pasukan carrom wanita MATRADE dianggotai oleh aku sendiri, Kak Maya, Kak Gee, Kak Zanah, Kak Razmuna dan Kak Farazila. Aku main women double. Persaingan berlansung dengan sengit dan MATRADE telah menjadi johan kumpulan B. Walaubagaimana pun, nasib tidak menyebelahi pasukan kami dimana kami tewas kepada SME Bank dan MPC dan hanya mendapat tempat ke-4.
Apapun, kami tetap berpuas hati kerana ini adalah kali pertama aku, Kak Zanah, Kak Raz dan Kak Fara mewakili MATRADE. Azam kami pada tahun hadapan adalah untuk meningkatkan mutu persembahan dan cuba untuk mendapat johan...INSYAALLAH...
Kami telah pun memulakan latihan untuk menghadapi sukan tahun hadapan.
Esok, sukan futsal akan bertarung. Walau aku bukan pemain, namun sokongan aku kepada Team Futsal MATRADE tetap tidak berbelah bahagi (kerana aku pernah menjadi sebahagian daripada mereka).
Kepada semua atlet-atlet MATRADE, selamat berjuang dan mengharumkan nama MATRADE seperti yang telah anda lakukan pada tahun lepas.

MAJU MATRADE!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

My friend say: