Thursday, February 19, 2009

Iktibar dan Pengajaran Berharga



Pagi tadi aku dan rakan2 satu unit telah pergi menziarahi keluarga arwah Pn. Wan Zini di rumahnya di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. Kami tiba dirumah arwah lebih kurang pukul 9.40 pagi. Ketibaan kami disambut dengan iringan senyuman oleh suami arwah. Bercerita mengenai arwah, aku mula mengagumi arwah dengan aktiviti keagamaannya. Suaminya bercerita bahawa arwah rajin menghadiri kelas mengaji Al-Quran, selain marhaban dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan. Sikapnya yang tidak suka menngambil tahu perihal orang atau dalam erti kata lain menyibuk hal orang juga aku kagumi kerana dengan itu tiada kutukan atau cercaaan akan keluar dari mulut aku. Aku kini mengagumi sikap terpuji allahyarham Pn. Wan Zini. Sempat kami meziarahi pusara arwah yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Aku turut bersedekah Al-Fatihah. Semoga rohnya tenang dan damai disana.


Menanti di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

2 comments:

  1. terima kasih atas artikel diatas mengenai arwah ibu saya... saya dan keluar sentiasa doakan puan sehat sentiasa... sedih baca Al - fatihah

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas artikel diatas mengenai arwah ibu saya... saya dan keluar sentiasa doakan puan sehat sentiasa... sedih baca Al - fatihah

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads