Monday, February 23, 2009

Geng: Pengembaraan Bermula....


Pada malam Jumaat yang lepas (20.2.2009), aku dan keluarga telah menonton filem Geng: Pengembaraan Bermula yang menampilan watak kartun paling popular masa kini iaitu Upin & Ipin. Kami menonton filem ini di GSC Alamanda. Filem ini mengisahkan Badrol dan Lim yang pulang ke Kampung Durian Runtuh kerana mahu mengetahui misteri hantu durian seperti yang hangat diperkatalan. Dikampung Durian Runtuh itulah mereka bertemu watak2 Upin & Ipin, Rajoo, Roz, Uncle Muthu, Tok Dalang yang juga merupakan datuk kepada Badrol, Opah, Pak Mail, Uncle Singh, Abg Sally dan watak binatang aneh Oopet. Kunjungan ke dusun durian milik Tok Dalang telah memberikan mereka petunjuk akan situasi yang sebenarnya yang berlaku dan menemukan mereka dengan pelbagai kejadian aneh dan mencabar keberanian mereka. Ular besar,lintah besar antara haiwan yang menakutkan telah mereka jumpa dan yang pasti pertemuan dengan Oopet, mahkluk aneh telah berjaya membantu mereka merungkai misteri hantu durian. Jalan cerita filem ini sungguh menarik dan banyak adegan lucu yang mampu membuatkan penonton tak kering gusi antaranya, kenakalan dan lagak bersahaja Upin & Ipin cukup mencuit hati.
Semangat kerjasama antara mereka harus dicontohi. Cerita ini sarat dengan pengajaran yang sememangnya sesuai ditonton oleh semua lapisan usia dan masyarakat. Pada hari Ahad (22.2.2009) pula aku telah pergi melihat roadshow filem ini juga di GSC Alamanda. Bestnye sebab dapat lihat maskot Upin & Ipin dari dekat. Dapat juga jumpa tenaga kerja filem. Terselit rasa bangga dalam hati aku kerana anak muda Malaysia telah berjaya menunjukkan bakat mereka dan seterusnya mengharumkan nama negara. Syabas buat Les Copaque....harap2 korang akan terbitkan filem lagi selepas ni yea...

No comments:

Post a Comment

My friend say:

Nuff Ads