Tuesday, February 17, 2009

Al-Fatihah

Pada tengah hari Ahad, 15 Februari 2009, Pengurus Kanan di Unit aku, Unit Kompetensi & Pembangunan Kerjaya, Pn. Wan Zini Wan Jaffar telah kembali ke rahmatullah di Hospital Ampang. Beliau meninggal kerana menghidap penyakit kanser darah dan kegagalan buah pinggang. Beliau meninggal dunia pada usia hampir 52 tahun dan meninggalkan suami dan lima orang anak. Aku menerima call daripada kawan satu ofis pada pukul 9 pagi yang memberitahu bos aku dalam keadaan kritikal dan koma. Aku sempat menziarahi bosku itu semasa arwah masih dalam keadaan koma di Wad ICU Hospital Ampang. Melihatkan keadaannya yang terlantar dikatil dengan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sungguh menginsafkan aku dan mengajar aku erti syukur. Syukur kerana aku masih lagi sihat dan berpeluang meneruskan kehidupan sehari lagi, InsyaAllah. Arwah semakin tenat dalam pukul 2 petang dan meninggal lebih kurang pukul 3 petang. Mengikut perancangan awal, jenazah akan dikebumikan ditanah kelahirannya di Kelantan akan tetapi perancangan ditukar dan jenazah Allahyarham Pn. Wan Zini Wan Jaffar selamat dikebumikan di Sungai Buloh, Selangor dimana kediaman keluarga arwah disitu. Kehilangannya amat aku dan seluruh warga unit ini rasai apatah lagi pemergiannya terlalu cepat dan sesuatu yang tidak dijangka. Iktibar yang dapat aku pelajari daripada pemergian arwah ialah supaya sentiasa menjaga tahap kesihatan terutama dari segi pemakanan. Jangan jadikan makanan sebagai pembunuh diri kita sendiri. Setiap jasa dan nasihat arwah akan tetap dalam ingatan aku. Kepada keluarganya, aku berharap agar mereka tabah menghadapi kehilangan insan tersayang apatah lagi insan itu bergelar isteri dan ibu. Hilang diwajah tak bermakna hilang dihati. Kasih sayang seorang ibu dan anak tetap tidak akan putus. Berdoalah semoga arwah bonda kalian sentiasa tenang dialam barzakh. Aku juga doakan semoga arwah Pn. Wan Zini Wan Jaffar sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin....



Ke Makam Bonda - UNIC


Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan








Ini adalah gambar arwah semasa jamuan Hari Raya BKP 2008.

No comments:

Post a Comment

My friend say:

Nuff Ads