Friday, February 27, 2009

Satu pengharapan.......

Pagi Jumaat hari ini dimulakan dengan hujan yang turun sejak dari malam semalam lagi. Aku bersyukur kerana dapat hidup sehari lagi. Alhamdulillah...Tuhan itu Maha Kaya...segala ciptaanNya sungguh bermakna. Hari Jumaat ini sesungguhnya penuh dengan segala rahsia dan keistimewaan. Hari Jumaat juga banyak pengertian bagi diriku. Semoga kematianku juga akan terjadi pada hari Jumaat (moga2 dimakbulkan). DOaku semoga hari ini memberikan semangat baru dan semoga aku tabah menghadapi dugaan hidup. Ya Allah, aku bersyukur dengan kehidupan yang telah kau berikan kepadaku. Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam dan moga esok lebih baik daripada hari ini. AMIN.............
Read more ...

Something Sweet




Read more ...

Monday, February 23, 2009

Geng: Pengembaraan Bermula....


Pada malam Jumaat yang lepas (20.2.2009), aku dan keluarga telah menonton filem Geng: Pengembaraan Bermula yang menampilan watak kartun paling popular masa kini iaitu Upin & Ipin. Kami menonton filem ini di GSC Alamanda. Filem ini mengisahkan Badrol dan Lim yang pulang ke Kampung Durian Runtuh kerana mahu mengetahui misteri hantu durian seperti yang hangat diperkatalan. Dikampung Durian Runtuh itulah mereka bertemu watak2 Upin & Ipin, Rajoo, Roz, Uncle Muthu, Tok Dalang yang juga merupakan datuk kepada Badrol, Opah, Pak Mail, Uncle Singh, Abg Sally dan watak binatang aneh Oopet. Kunjungan ke dusun durian milik Tok Dalang telah memberikan mereka petunjuk akan situasi yang sebenarnya yang berlaku dan menemukan mereka dengan pelbagai kejadian aneh dan mencabar keberanian mereka. Ular besar,lintah besar antara haiwan yang menakutkan telah mereka jumpa dan yang pasti pertemuan dengan Oopet, mahkluk aneh telah berjaya membantu mereka merungkai misteri hantu durian. Jalan cerita filem ini sungguh menarik dan banyak adegan lucu yang mampu membuatkan penonton tak kering gusi antaranya, kenakalan dan lagak bersahaja Upin & Ipin cukup mencuit hati.
Semangat kerjasama antara mereka harus dicontohi. Cerita ini sarat dengan pengajaran yang sememangnya sesuai ditonton oleh semua lapisan usia dan masyarakat. Pada hari Ahad (22.2.2009) pula aku telah pergi melihat roadshow filem ini juga di GSC Alamanda. Bestnye sebab dapat lihat maskot Upin & Ipin dari dekat. Dapat juga jumpa tenaga kerja filem. Terselit rasa bangga dalam hati aku kerana anak muda Malaysia telah berjaya menunjukkan bakat mereka dan seterusnya mengharumkan nama negara. Syabas buat Les Copaque....harap2 korang akan terbitkan filem lagi selepas ni yea...
Read more ...

Geng:

Read more ...

Thursday, February 19, 2009

Iktibar dan Pengajaran Berharga



Pagi tadi aku dan rakan2 satu unit telah pergi menziarahi keluarga arwah Pn. Wan Zini di rumahnya di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. Kami tiba dirumah arwah lebih kurang pukul 9.40 pagi. Ketibaan kami disambut dengan iringan senyuman oleh suami arwah. Bercerita mengenai arwah, aku mula mengagumi arwah dengan aktiviti keagamaannya. Suaminya bercerita bahawa arwah rajin menghadiri kelas mengaji Al-Quran, selain marhaban dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan. Sikapnya yang tidak suka menngambil tahu perihal orang atau dalam erti kata lain menyibuk hal orang juga aku kagumi kerana dengan itu tiada kutukan atau cercaaan akan keluar dari mulut aku. Aku kini mengagumi sikap terpuji allahyarham Pn. Wan Zini. Sempat kami meziarahi pusara arwah yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Aku turut bersedekah Al-Fatihah. Semoga rohnya tenang dan damai disana.


Menanti di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata
Read more ...

Tuesday, February 17, 2009

Al-Fatihah

Pada tengah hari Ahad, 15 Februari 2009, Pengurus Kanan di Unit aku, Unit Kompetensi & Pembangunan Kerjaya, Pn. Wan Zini Wan Jaffar telah kembali ke rahmatullah di Hospital Ampang. Beliau meninggal kerana menghidap penyakit kanser darah dan kegagalan buah pinggang. Beliau meninggal dunia pada usia hampir 52 tahun dan meninggalkan suami dan lima orang anak. Aku menerima call daripada kawan satu ofis pada pukul 9 pagi yang memberitahu bos aku dalam keadaan kritikal dan koma. Aku sempat menziarahi bosku itu semasa arwah masih dalam keadaan koma di Wad ICU Hospital Ampang. Melihatkan keadaannya yang terlantar dikatil dengan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sungguh menginsafkan aku dan mengajar aku erti syukur. Syukur kerana aku masih lagi sihat dan berpeluang meneruskan kehidupan sehari lagi, InsyaAllah. Arwah semakin tenat dalam pukul 2 petang dan meninggal lebih kurang pukul 3 petang. Mengikut perancangan awal, jenazah akan dikebumikan ditanah kelahirannya di Kelantan akan tetapi perancangan ditukar dan jenazah Allahyarham Pn. Wan Zini Wan Jaffar selamat dikebumikan di Sungai Buloh, Selangor dimana kediaman keluarga arwah disitu. Kehilangannya amat aku dan seluruh warga unit ini rasai apatah lagi pemergiannya terlalu cepat dan sesuatu yang tidak dijangka. Iktibar yang dapat aku pelajari daripada pemergian arwah ialah supaya sentiasa menjaga tahap kesihatan terutama dari segi pemakanan. Jangan jadikan makanan sebagai pembunuh diri kita sendiri. Setiap jasa dan nasihat arwah akan tetap dalam ingatan aku. Kepada keluarganya, aku berharap agar mereka tabah menghadapi kehilangan insan tersayang apatah lagi insan itu bergelar isteri dan ibu. Hilang diwajah tak bermakna hilang dihati. Kasih sayang seorang ibu dan anak tetap tidak akan putus. Berdoalah semoga arwah bonda kalian sentiasa tenang dialam barzakh. Aku juga doakan semoga arwah Pn. Wan Zini Wan Jaffar sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin....



Ke Makam Bonda - UNIC


Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan








Ini adalah gambar arwah semasa jamuan Hari Raya BKP 2008.
Read more ...

Wednesday, February 04, 2009

Ungkapan Hikmah


Jadikan Allah itu Kekasihmu,
Jadikan Al-Quran itu surat cintamu,
Jadikan solat itu telefonmu,
Jadikan zikir-zikir itu kerinduanmu dan
Jadikan mati itu pertemuan pertamamu dengan DIA

Tiada keindahan
dalam sebuah kehidupan
tanpa merasai kepahitan
dan tiada bunga-bunga kebahagiaan
dalam sebuah kepahitan
tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta
tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan
jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan......
Read more ...