Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan


Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi. InsyaAllah pada awal September ini seluruh umat Islam didunia akan berpuasa sebagai menunaikan salah satu daripada Rukun Islam. Terasa gembira hati ini untuk menyambut kedatangan bulan penuh dengan barakah ini. Sebaik nama bulan penuh Rahmat, Allah menyediakan pelbagai Rahmat buat hamba-hamba-NYA yang beriman. Puasa ini mempunyai banyak hikmah yang terkandung secara tidak langsung buat diriku. Kesabaran yang ada dalam diriku semakin meninggi dalam bulan ini. Aku berharap semoga Ramadhan kali ini memberi seribu erti buat diriku dan tidak ketinggalan juga buat keluargaku. Buat semua teman-temanku, Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga kita semua mendapat keberkatan dibulan ini...INSYAALLAH..

No comments:

Post a Comment

My friend say: