Sunday, August 31, 2008

Merdeka 51- Malaysia ku Gemilang


Hari ini genap 51 tahun kemerdekaan Malaysia. Aku rasa bersyukur dan gembira kerana hidup dibumi bertuah ini. Namun ada kekesalan dihati ini kerana masih ada rakyat yang tidak bersyukur dengan kemerdekaan ini. Mereka tetap cuba untuk melakukan huru-hara dalam negara yang selama ini masyarakatnya hidup aman dan makmur dengan pelbagai kaum. Ada segelintir masyarakat yang cuba bermain api untuk melaga-lagakan rakyat supaya pertelagahan terjadi. Mereka tidak pernah cuba untuk mengerti perit jerih dan susah payah Pemimpin terdahulu berusaha untuk menuntut kemerdekaan supaya kita dapat hidup tanpa penjajahan. Cukukp kesal dihati ini. Hanya doa yang dapat kulakukan supaya negara ini sentiasa aman dan makmur.. Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Ya Allah, aman dan damaikanlah Bumi Malaysia tercinta ini. Jauhilah kami dari perkara-perkara yang tidak elok. Jauhilah kami dari perpecahan dan pertelagahan dan pergaduhan kaum. Pelihara dan lindungilah kami hamba-MU yang lemah ini..Sesungguhnya pada-MU kami meminta dan pada-MU juga kami berserah...Amin..

No comments:

Post a Comment

My friend say: