Sunday, August 31, 2008

Khabar Sedih di Petang Sabtu

Petang tadi (Sabtu, 30 August 2008), aku terima khabar kurang gembira daripada sahabat aku, Shidi memberitahu bahawa seorang sahabat kami Aizat telah mengalami kemalangan pada hari Isnin, 25 August 2008. Agak terkejut aku mendengar berita ini kerana tidak menyangkanya. Lantas aku dan kembar segera memberitahu seorang sahabat kami (Dayana). Aizat mengalami kecederaan yang agak serius dibahagian muka. Sangat simpati aku dengan sahabat aku ni. Lantas aku menelefon Zohde, adik kepada Aizat bertanyakan khabar jelas mengenai dia (Aizat). Sejenak aku berfikir bahawa didalam hidup ini tiada yang dapat dijangka. Jika hari ini kita sihat, esok belum tentu lagi. Teringat aku akan lagu Kehidupan nyanyian INTEAM duet dengan Nazri (Raihan). Lagu ini jelas memberi pengajaran dan pengubat duka. Agak kecewa kerana aku tidak dapat menziarahi Aizat dihospital kerana aku masih berada di Kuala Lumpur.Hanya doa dan simpati yang dapat aku berikan. Semoga Aizat cepat sembuh. semoga berjumpa di Hari Raya nanti..InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

My friend say: