Monday, September 22, 2008

Aidilfitri

Hari Raya bakal tiba..Aku juga turut tidak sabar untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini..Namun aku juga sedih kerana bakal meninggalkan Ramadhan yang berkat ini..Segala persiapan untuk raya berjalan dengan lancar..Moga Syawal kali ini memberi kenangan yang indah buat aku tahun ini..InsyaAll
More AIDILFITRI graphicsah..
Read more ...

Hari Raya Aidilfitri

Read more ...

Saturday, September 06, 2008

ainim's snow theme park

Read more ...

Friday, September 05, 2008

Puasa

Telah 5 aku berpuasa..macam kebiasaan setiap tahun..petang2 mesti gi bazar ramadhan..aku x beli apa2 cuma kuih2. kalau teringin nak makan yang berat baru aku beli.. Tapi mulai minggu depan iaitu 8/9/2008 aku akan berbuka puasa di ofis..almaklumlah kena keje lebih masa (OT)..hehe..kira duit lepas raya la aku dapat...setakat 5 hari puasa ni, aku tak terlalu letih..Syukur Alhamdulillah...mungkin sebab keje kat ofis pun tak terlalu membebankan.. cuma dua hari sebelum ni bila sahur je aku sakit perut..tak tau la kenapa....tapi hari ni dah ok...aku harap puasa tahun akan lebih sempurna berbanding tahun lepas..InsyaAllah...
Read more ...

graphics

Read more ...

Sunday, August 31, 2008

Merdeka 51- Malaysia ku Gemilang


Hari ini genap 51 tahun kemerdekaan Malaysia. Aku rasa bersyukur dan gembira kerana hidup dibumi bertuah ini. Namun ada kekesalan dihati ini kerana masih ada rakyat yang tidak bersyukur dengan kemerdekaan ini. Mereka tetap cuba untuk melakukan huru-hara dalam negara yang selama ini masyarakatnya hidup aman dan makmur dengan pelbagai kaum. Ada segelintir masyarakat yang cuba bermain api untuk melaga-lagakan rakyat supaya pertelagahan terjadi. Mereka tidak pernah cuba untuk mengerti perit jerih dan susah payah Pemimpin terdahulu berusaha untuk menuntut kemerdekaan supaya kita dapat hidup tanpa penjajahan. Cukukp kesal dihati ini. Hanya doa yang dapat kulakukan supaya negara ini sentiasa aman dan makmur.. Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Ya Allah, aman dan damaikanlah Bumi Malaysia tercinta ini. Jauhilah kami dari perkara-perkara yang tidak elok. Jauhilah kami dari perpecahan dan pertelagahan dan pergaduhan kaum. Pelihara dan lindungilah kami hamba-MU yang lemah ini..Sesungguhnya pada-MU kami meminta dan pada-MU juga kami berserah...Amin..
Read more ...

Salam Ramadhan


Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi. InsyaAllah pada awal September ini seluruh umat Islam didunia akan berpuasa sebagai menunaikan salah satu daripada Rukun Islam. Terasa gembira hati ini untuk menyambut kedatangan bulan penuh dengan barakah ini. Sebaik nama bulan penuh Rahmat, Allah menyediakan pelbagai Rahmat buat hamba-hamba-NYA yang beriman. Puasa ini mempunyai banyak hikmah yang terkandung secara tidak langsung buat diriku. Kesabaran yang ada dalam diriku semakin meninggi dalam bulan ini. Aku berharap semoga Ramadhan kali ini memberi seribu erti buat diriku dan tidak ketinggalan juga buat keluargaku. Buat semua teman-temanku, Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga kita semua mendapat keberkatan dibulan ini...INSYAALLAH..
Read more ...

Khabar Sedih di Petang Sabtu

Petang tadi (Sabtu, 30 August 2008), aku terima khabar kurang gembira daripada sahabat aku, Shidi memberitahu bahawa seorang sahabat kami Aizat telah mengalami kemalangan pada hari Isnin, 25 August 2008. Agak terkejut aku mendengar berita ini kerana tidak menyangkanya. Lantas aku dan kembar segera memberitahu seorang sahabat kami (Dayana). Aizat mengalami kecederaan yang agak serius dibahagian muka. Sangat simpati aku dengan sahabat aku ni. Lantas aku menelefon Zohde, adik kepada Aizat bertanyakan khabar jelas mengenai dia (Aizat). Sejenak aku berfikir bahawa didalam hidup ini tiada yang dapat dijangka. Jika hari ini kita sihat, esok belum tentu lagi. Teringat aku akan lagu Kehidupan nyanyian INTEAM duet dengan Nazri (Raihan). Lagu ini jelas memberi pengajaran dan pengubat duka. Agak kecewa kerana aku tidak dapat menziarahi Aizat dihospital kerana aku masih berada di Kuala Lumpur.Hanya doa dan simpati yang dapat aku berikan. Semoga Aizat cepat sembuh. semoga berjumpa di Hari Raya nanti..InsyaAllah...
Read more ...

Friday, August 22, 2008

Malam MATRADE 2008


Pada 15 Ogos 2008, telah berlangsung Malam MATRADE 2008 bertempat di Imperial Ballroom, One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor. Aku juga sempat merakamkan gambar kenang-kenangan selepas majlis tersebut selesai..





Read more ...

Tuesday, August 19, 2008

Stress Management Workshop - Improve Productivity at Berjaya Hills Colmar Tropical, Bukit Tinggi, Pahang



x
On 12 - 14 August 2008, I've attended a workshop on Stress Management - Improve Productivity at Berjaya Hills Colmar Tropical, Bukit Tinggi, Pahang. More than 70 participants from MATRADE attending the course. The course is all about how to manage stress. On the first day of the programme, we have been conducted by Kapt (R) Zaidi Ismail. We expect that we will have a wargame but unfortunately, Kapt Zaidi had told us that they will no any wargame since we will having a class session after lunch. Really sad la...Kapt Zaidi said that we will go for rekkie "tempat musuh" because all of us will make a strategy on how attack the enemy..hehehe(macam leftenan la kami ni...hehehe).


Sedang rancang strategy nak lawan musuh..





HOn the second day adalah hari sebenar nak de-stressed..Kami diberi ceramah oleh Dr. Zaitun Sulaiman from CTA Academy..quite good because i'd attended her course last year in MATRADE..so, already know her modul la..here some photo on the second day..At night we have present tarian and the judges are Mr. Silmi, Mr. Fauzi and Mdm Wan Norma...






The last day of the programme, kami diberi taklimat tentang menangani stress melalui cara pemakanan. Kami diberi pilihan untuk mengikuti sesi Dr. Zaitun atau Dr. Steve untuk BI @ BM.






Read more ...

Monday, August 18, 2008

Rintihan Kasih

Sehelai Kain Putih
Terentang di atas lantai yang bersih
Pelukis Alam Mula Melukis
Sebuah Lakaran Jiwa Yang Sedih
Semakin Pudar Dirasakan Kasih
Yang Telah Diciptakan Yang Maha Pengasih

Pelukis Alam Mula Merintih
Mengharap Hati Dikunjungi Kasih
Agar Kain Putih Dapat Terlakar Cantik & Bersih
Sebersihnya Bayi Yang Dilahirkan Atas Jalinan Kasih
Menitipkan Kebahagiaan Dalam Meniti Usia Yang Menyisih

Kasih? Di manakah Kau Kasih?
Mengapa kau semakin menyisih?
Atau Mungkin Kau Yang Tersisih?
Oleh Insan Yang Tak Kenal Erti Kasih
Atau Mungkin Luka Mu Itu Pedih?
Lantaran Diri Dinodai Insan Yang Terlalu Asyik Berkasih?

Pelukis Alam Masih Melukis
Beralun Lembut Tangan Beralih
Mula Dilakar Jiwa Yang Merintih
Rintihan Jiwa Yang Teramat Pedih

Setelah Mengenal Ertinya Kasih
Terbit Awan Yang Semakin Menindih
Menindih Langit Kelabu Yang Mencemburui Kasih
Lalu Terbitlah Awan Nan Putih
Bersama Jiwa Yang Suci Lagi Bersih

Tuhan Itu Maha Pengasih
Mengasihani Insan Yang Mengharapkan Kasih
Mengembalikan Jiwa Yang Kian Beralih
Seketika Itu Pelukis Alam Berhenti Melukis
Dititipkan Doa Kepada Yang Maha Pengasih
Diiringi Air Mata Kasih
Bersama Jiwa Yang Merintih
Mengharapkan Agar Tidak Lagi Dipudarkan Kasih
Kepada Tuhannya Yang Maha Pengasih

Nukilan – Ainim
Read more ...

Me At Limkokwing University

Read more ...
Read more ...

Sunday, August 17, 2008

Malam MATRADE 2008

Last night i went to MATRADE Annual Dinner 2008 (Malam MATRADE 2008)..Sungguh meriah dan grand le jugak..aku sendiri turut terlibat dalam menjayakan dinner tersebut..sebagai sekretariat untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)..Aku bersiap kat hotel je..maklum la malas nak balik ofis la katakan..hehehe..berbaju kurung moden berwarna maroon..nampak ok la jugak..tarian daripada kump. tarian MATRADE sungguh menghiburkan hati..cuma tang live band je tak berapa nak ok..hehehe..majlis berakhir dalam pukul 10 lebih..tapi kami tak terus balik..aku, kek syeeda, kak lela, shazana, chin chin n epul bergambar bersama2 tanda kenang-kenangan.
Read more ...
Read more ...

Welcome....to the new world...

This is my first blog..seronok gak ada blog ni..boley luah apa2 je rasa dalam hati..hehehe..to all my friends..sudi2kanlah layari blog ku ini ya...
Read more ...