Thursday, March 23, 2017

Terjebak Dengan Smiggle

Assalamualaikum...

Korang biasa dengar nama kedai Smiggle?  
Smiggle

Aku pernah dengar nama kedai ni daripada kawan aku, Sofia. Masa dia tunjuk gambar barang-barang kat Smiggle ni, memang aku pun tergoda tapi disebabkan harga ya ampun mahal, so...takde la rasa nak membeli.

Hendak dijadikan cerita, outlet terbaru Smiggle ni dah dibuka di IOI Mall Putrajaya. MAKANYA... anak buah aku pun dah terjebak dengan Smiggle. Kisahnya, dia tengok kawan sekolah dia beli pencil case Smiggle ni la. Dia pun dah suka.

Last week, kitorang bawa la dia pegi kedai ni kat IOI Mall tu. Biasalah budak, dia tengok barang comel-comel, mau tak tertarik dia. Tak tentu hala aku tengok dia usha barang-barang dalam kedai tu. Aku faham dah, mesti ada yang dia dah berkenan. Aku pun tengok-tengok juga barang-barang kat situ. 
So, aku tanya dia nak apa. Dia tunjuk apa yang dia nak...tapi harga mahal wei. Ya ampun, menggigil cu dia ni nak beli...apatah lagi belum gaji. So, aku offer dia barang lain tapi dia tak nak. OKAY. So, tunggu je la Cu Ain nanti ya sayang.

Hmm...tapi ada juga beli dia beberapa alat tulis yang dia berkenan, dan makcik dia ni pun ada juga beli yang makcik dia ni berkenan. HAHAHA

So, hari gaji ni..Cu Ain dia bagi duit untuk beli pencil case yang dia nak. MAKANYA, tak sabar-sabar dia ajak aku pegi IOI Mall sebab nak beli pencil case tu. Excited dia....aku tumpang gembira je la. 

Sampai je IOI, terus pegi Smiggle. Dia terus pegi ke tempat pencil case yang dia nak tu. Tak banyak cerita, terus ambil pencil case tu. Muka dah puas hati, aku bagi dia tinjau-tinjau lagi apa yang ada dalam kedai tu. Saja nak tengok, dia ada lagi tak apa yang dia nak. Hmm..dia memang nak tu je la. 
Lepas bayar tu, barulah dia senyum puas hati dan tak sabar nak ajak balik. HAHAHAHA.... aku bawa dia beli churros dulu, sushi dulu then baru la balik. Ni dia excited menulis guna alat-alat tulis yang dia baru beli tu... Alahai anak....

Smiggle, where smile meets a giggle...memang menggigil Cu membayar tadi..hahaha (gurau je)

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, March 22, 2017

Projek Sushi & Kimbap....Sushi Ke Kimbap?

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Nak cerita kisah minggu lepas, waktu rehat panjang hari Jumaat.
Unit aku sebenarnya ada orang baru masuk iaitu CC Mawar. CC Mawar ni rupanya sama dengan aku, minat Korea. Makanya, ada la juga aku geng nak bercerita daripada makanan sampai la ke dunia hiburan Korea...gitu.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu, CC Mawar bawa kimbap ke ofis, bekalan breakfast. Makanya timbullah idea kengkawan satu unit nak belajar buat kimbap. Dorang panggil sushi..ye la, rasanya macam sama sushi. So, hari Jumaat tu kitorang mulakan projek sushi & kimbap.
Oh ye, petang Khamis tu, aku dan kengkawan masing-masing sibuk beli barangan keperluan untuk buat Sushi & Kimbap tu. Aku sendiri beli barangan keperluan tu dengan cik kembar. Macam-macam yang aku beli..antaranya beras sumo, minyak bijan, bayam, sosej, isi ketam, bijan dan beberapa keperluan yang lain.

So, tengah hari Jumaat tu kitorang terus mulakan aktiviti membuat sushi & kimbap. CC Mawar ajar cara-cara buat sushi, aku pulak buat kimbap. Aku ni both sushi & kimbap aku okay je sebab tekak boleh terima. Sebenarnya, nak buat kimbap ni tak susah mana pun cuma tang nak menyediakan bahan-bahan tu je yang penat sikit. Remeh la kata orang. Mana tidaknya, setiap bahan tu perlu disediakan dan cara potongan pun kenalah betul. Nak masak certain bahan pun kena betul juga.
Hmm...tak nak bebel banyak...korang tengok je la hasil daripada kami yang masih baru dan amatur dalam membuat sushi & kimbap. Rupa tu nak kata cantik sangat tak lah, tapi rasa tu tetap ada. For first timer, should be okay la kan? Lainlah kalau ni yang kami buat hari-hari...

Ni yang Kak Ila buat, cantikkan? Bulat-bulat je...hahaha. Kemas pulak tu
Ni hasil yang kami buat ramai-ramai. Biasalah, baru pertama kali buat...cantik tak cantik belakang kira..janji rasa dia sedap..hahaha
Tiga roll ni aku yang buat...kimbap yang aku gulung sendiri tanpa guna tikar gulung tu..hahaha. Jenuh aku cari kat rumah tak jumpa pulak. Nasib pulak menjadi gulungan tu..hahahah 
Ni hasil setelah dipotong...aku bawa balik sikit untuk cik kembar sebab dia memang teringin betul. Hehehe...

Seronok juga tau sesekali masak beramai-ramai. Gotong-royong gitu. Ada next project in plan..hehehe..apa tu? Tungguuuuuuu

Okay....till we meet again
Read more ...

Tuesday, March 14, 2017

SEGMEN BLOGLIST APRIL 2017 by Farah Shahidah

Assalamualaikum....

http://fashapurple.blogspot.my/2017/03/segmen-bloglist-april-2017-by-farah.html
Pepagi lagi dah join segmen anjuran teman-teman blogger sekalian. Hmm..bukan sekadar nak penuhkan entri. Maklumlah, dah lama tak blogging, ni nak aktif balik ni, sesuai sangatlah rasanya spend masa sikit join segmen kawan2. Gitu...

Well, blog ni adalah personal blog aku. Memandangkan personal blog, dah tentu-tentu banyak berkisarkan ceritera hidup aku. More likely to my daily life/ activities. Oh ya, nak kata banyak sangat share pasal makanan tu, betul jugalah sebab iolls ni memang kaki makan especially Korean Food. Kalau korang scroll entri blog aku ni...confirm banyak entri makanan + makanan Korea. Hahaha

Selain daripada itu, banyak aku share berkenaan pendapat aku tentang sesuatu isu, minat aku pada larian, ada juga kisah jenjalan aku dengan kengkawan dan keluarga. Dipendekkan cerita, blog ni ibarat online diary aku. Mana-mana kisah yang aku rasa aku nak ingat...aku simpan dalam blog ni.

Hmm..ada juga aku share berkenaan dengan media events, blogger events, dan yang sewaktu dengannya.

Hmm...itulah sedikit sebanyak berkenaan blog ini....korang rasa cerita-cerita aku dalam blog okay ke? By the way, aku nak suggest korang join juga segmen kawan blogger kita ni ya.


Okay....till we meet again

Read more ...

Monday, March 13, 2017

lakastah join segmen belog urang brunei

Assalamualaikum...

Jom support Fae punya segmen ni..

 lakastah
So far, blog aku ni jarang terima komen-komen yang buruk...kalau ada pun komen-komen spam. Aku senang je, delete terus komen-komen tu. Lagipun buat semak je...Oh ye...ada satu komen berkenaan dengan entri blog aku suatu masa dulu. Berkenaan dengan kematian seorang rakan blogger. Ada satu blog tak bertanggungjawab dah salah guna gambar aku dan arwah yang diambil semasa arwah masih hidup. 

Ada pulak mereka2 yang tak tau cerita, terus jatuh hukum kat aku, cakap aku menyebarkan aib si mati. Hmm..memang aku cari blogger tu, aku suruh dia delete gambar tu dan aku tegur dia sebab ambil gambar tanpa kebenaran aku. Dah tentu2 blog ni ada disclaimer. Takkan la tak faham bahasa lagikan? 

So, itulah antara pengalaman dapat komen paling teruk pernah aku terima tapi itu pun mengajar kita untuk sentiasa berhati-hati dalam penulisan. Ye la, kita tak pernah buat memang kita takkan terfikir tapi kesalahan orang pun boleh jadi panduan untuk kita. Gituu...

Nak join segmen Fae ni tak? Klik je banner kat atas tu ya,

Okay...till we meet again
Read more ...

Sunday, March 12, 2017

Belajar Bercakap Bahasa Korea?

Assalamualaikum...

Buat apa tu? Minggu ni memang busy sangat untuk aku. Kerja kat ofis tu takyah cakaplah. Mana pernah tak busy....dengan berniaga sampingan, pergi event dan macam-macam hal lagilah.By the way, hari ahad ni...baru ada kesempatan untuk duduk kat rumah dan berehat. Cumanya takdelah berehat sangat ni. 

Kalau baca tajuk kat atas tu, mesti korang dapat tangkap apa yang aku nak bercerita kan? Haa..sebenarnya aku ada berfikir nak start balik belajar bahasa Korea. Hmm..saja nak mengisi masa lapang yang ada sikit-sikit ni.

Sebenarnya, aku pernah belajar bahasa Korea anjuran Korea Plaza KL, pada tahun 2012. Berpeluang belajar di Korea Plaza tu cukup untuk buat aku jatuh cinta dengan bahasa Korea ni atau Hangeul. Seronok juga belajar bahasa asing tambahan pulak minat aku pada Korean entertainment. Kononnya dulu sebab nak senang baca lirik lagu Super Junior. Hahaha

Ingat lagi, ada sorang member datang workplace aku, tengok ada poster Super Junior kat tempat...'Oh, kaki Super Junior rupanya'. Hahaha...time tu aku dah start belajar Hangeul. Selama 6 bulan belajar dengan Tiara Seonsaengnim...banyak yang aku pelajari tentang Hangeul.

Cumanya, bila dah habis dengan KTO, aku stop belajar Hangeul disebabkan course fee yang agak mahal kalau amik kat luar. Kisahnya aku ada buat online studies dengan Talk To Me In Korean (TTMIK) tapi kekangan masa yang buat aku terus stop belajar. 

Tapiiiiii...bila azam tu datang balik, maka aku fikirkan, sekarang ni masa yang paling sesuai untuk sambung balik belajar Hangeul ni. Well, bukan untuk siapa pun, untuk kemahiran diri sendiri.

Kebetulan Yonsei University ada tawarkan pembelajaran secara 'online' dengan sistematik. Aku ambil keputusan untuk enroll course ni. Lagipun dah ada basics in Korean, rasanya takde masalah sangat untuk aku enroll course ni.

Kalau korang berminat, boleh juga cuba belajar tapi kalau belum ada basics Hangeul, dinasihatkan untuk belajar dulu then baru start dengan Coursera ni. Kalau tak, ternganga pulak nanti.




Kat atas ni serba sikit yang aku boleh share topik dan modul yang bakal dipelajari. Oh ya, kursus ni more to speaking learning process. Menariknya ada interactive video yang memudahkan korang untuk belajar dan memahami sebutan setiap perkataan. Juga disediakan lecture note, workbook dan ada quiz juga untuk korang jawab. 

Menarik tak? Aku baru start..so, banyak lagi bab nak dihabiskan. Oh lupa nak cakap, ada dua pilihan. Samada korang nak berbayar atau percuma. Kalau berbayar lagi berbaloi sebab ada certificate. 

Boleh klik YONSEI UNIVERSITY untuk ketahu lebih lanjut ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com

Assalamualaikum....

Lamanya tak join Giveaway...hari ni terasa nak join juga.



Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Kisahnya di SINI.


Siapa nak ole-ole dari Padang Besar? Ada 30 fridge magnet berbentuk selipar pelbagai warna. Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia Liana ya...

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 13 Mac 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2017.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...
Read more ...

Friday, March 10, 2017

Uniknya Wanita! Hari Wanita Sedunia Bersama Stellavingze International

Assalamualaikum...

Rasanya sempat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita diluar sana. Tarikh 8 Mac setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Wanita Sedunia atau Hari Wanita Antarabangsa yang bertujuan bagi menghargai kaum wanita dalam segala lapangan usaha mereka samada dalam pembangunan ekonomi, politik dan sosial.

Uniknya wanita! Mempunyai pelbagai peranan...sebagai ibu, isteri, anak, kakak, adik, sahabat, ketua dan juga pemimpin.
Pada tanggal 8 Mac 2017 bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia, aku berpeluang untuk menghadiri majlis sambutan yang dianjurkan oleh Stellagvingze International. Terlebih dahulu, Stellavingze International merupakan sebuah badan organisasi yang membantu wanita diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang juga seorang usahawan wanita tempatan yang telah membawa syarikat miliknya dan suami menuju pasaran global. Fungsi Stellavingze International adalah untuk mendidik wanita untuk menemukan titik keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan sebuah kehidupan yang lebih bahagia.
Majlis yang diadakan di Menara Melilea, Bangsar South bertujuan untuk menggalakkan wanita di Malaysia untuk keluar daripada zon selesa mereka dan mencari potensi diri untuk berusaha memajukan negara samada dalam bidang ekonomi mahupun menyumbang ke arah menjadikan Malaysia ke arah negara yang lebih makmur.
Pada malam tersebut, empat orang  tokoh wanita yang telah banyak berjasa dan menabur bakti dijemput untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan tips bersama para jemputan. Sambil berkenalan dengan speaker jemputan, apa kata korang baca tip-tip dan ilmu yang dikongsi bersama para jemputan.
Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)

Wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang. Hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggunjawab untuk melahirkan, membesarkan, mendidik dan memberi sokongan. Wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa yang sama. Wanita yang berpendidikan mampu menjadi 'influencer' dan contoh akhlak yang baik. Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunyai prinsip dan integriti serta bijak membahagikan masa dalam kepimpinan keluarga mahupun organisasi. Wanita perlu sentiasa menjaga kesihatan dan menimba ilmu, imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga.

 
Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai

Adalah penting bagi wanita memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan mengutamakan keluarga. Wanita yang menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Wanita yang berkerjaya perlu mengadakan majlis atau jamuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Wanita perlu sentiasa bersabar, mempunyai iman yang teguh dan menjaga kesihatan.

 
Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang 

Wanita adalah hebat kerana tugas dan tanggungjawab yang banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Wanita yang hebat, mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik. Wanita hanya mampu menjadi pemimpin yang cemerlang apabila memimpin dengan kasih sayang sekaligus meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka. Insan yang memerlukan amat sukar untuk dicari dan justeru itu, menjadi tugas sebagai wanita dan rakyat yang bertanggungjawab untuk menemui mereka dalam kumpulan seperti persatuan dan sukarelawan untuk memastikan kadar kemiskinan negara kekal rendah. Wanita punyai lumrah dan sifat yang lembut dan berkasih sayang, berusaha bersungguh-sungguh dan kuat menghadapi cabaran.

Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International 

Wanita yang bekerja sentiasa menghadapi kekangan masa. Justeru itu, wanita perlu bijak mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri. Tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan sekiranya wanita bijak membahagikan masa. Formula Datuk Stella Chin, Pengasas Stellavingze International ; Kebahagiaan Wanita = (+) Kasih Sayang/ Cinta, (-) Kebencian/ Kemarahan, (x) Kesyukuran, (÷) Umpatan/ Gosip dikongsi. Wanita diajak menyertai Stellavingze International dan menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang. Wanita umpama air yang mudah membiasakan diri dalam apa-apa keadaan, namun jangan sesekali mencabar mereka kerana lautan yang juga bakal membawa tsunami.

Diakhir sesi perkongsian ini, para wanita diajak untuk menyertai Stellavingze International dengan menghadiri sesi latihan dan kursus yang dianjurkan oleh mereka.

Stellavingze Smart Star - Peningkatan Nilai Kewanitaan 

Objektif : Membantu wanita dalam mengurus; Diri, Kerjaya, Perkahwinan, Keluarga,  Anak-Anak, Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang dan Indah

Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
↝ Kelas Imej
↝ Kesihatan dan Kecantikan
↝ Pembentukan Minda dan Rohani
↝ Pengurusan Rumah Tangga
↝ Interaksi Bersama Anak
↝ Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah

Setelah menamatkan Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya seorang wanita yang lebih bahagia

Kelayakan:
↝ Pendidikan: Diploma / Ijazah
↝ Pengalaman: 2 tahun ke atas
↝ Status Perkahwinan: Berkahwin / Bujang

Syarat-syarat Kemasukan:
↝ Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita
↝ Perlu menjadi ahli Stellavingze International


Stellavingze Guiding Star - Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti

Objektif:
↠ Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan
↠ Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya
↠ Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya

Stellavingze Guiding Star:
↠ Kami menyediakan kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh
↠ Kami menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran
↠ Kami menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja.

Kursus dan Latihan:
↠ Kelas Imej Perniagaan
↠ Latihan Skill Perniagaan
↠ Kursus Eksklusif Home Party MELILEA
↠ Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan
↠ Kelas Pengurusan Perniagaan
↠ Kelas Kualiti Kepimpinan

Kelayakan Penyertaan:
Pendidikan: Ijazah
Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/ lebih
Umur: 25 - 60 tahun

Sebelum acara berakhir, sesi memotong kek dan acara cabutan bertuah turu diadakan...tapi iolls tak bertuah malam tu. Tahniah kepada semua pemenang. 
Kepada kalian diluar sana yang berminat untuk menyertai program latihan yang dianjurkan oleh Stellavingze International, bolehlah mendaftarkan diri dan dapatkan maklumat lanjut mengenai program-program tersebut dipautan www.stellavingzeinternational.com. 


Okay...till we meet again
Read more ...

Nuff Ads